Font size
WorksheetsGeografi Tingkatan 1
Total questions: 14
Worksheet time: 28mins
Apakah alat yang digunakan untuk menentukan arah? (page 4)
kompas
pembaris
Tandakan 3 ciri yang terdapat pada kompas (page 5)
Perumah
Pemuka
Jarum kompas
nombor
Berdiri menghadap objek yang hendak ditentukan arah. Letakkan kompas di permukaan yang rata. Orientasikan kompas perlahan-lahan hingga menunjuk arah utara. Baca arah berpandukan kompas
Berikut merupakan langkah-langkah yang dilakukan untuk....(page 5)
menentukan arah menggunakan matahari
menentukan arah menggunakan kompas
-Kereta ialah objek yang diperbuat daripada besi.
-Jarum kompas juga diperbuat daripada besi.
-Objek yang diperbuat daripada besi sentiasa dipengaruhi oleh tarikan magnet dari kutub utara bumi.
Oleh itu, kompas akan menunjukkan arah dengan ____________________ sekiranya berada berdekatan objek besi. (page 4&5)
tidak betul/tidak tepat
betul/tepat
Tandakan 2 antara pekerjaan berikut yang menggunakan kompas? (KBAT)
Doktor
Juruterbang
Jurujual
Tentera
-Tempat letaknya sesuatu objek dalam sesuatu kawasan yang ditentukan dengan merujuk titik rujukan.
Di atas merupakan maksud bagi....(page 14)
Kedudukan relatif
Kedudukan kumulatif
Sila pilih penerangan kedudukan relatif yang betul untuk pergi ke perpustakaan. (KBAT)
Kg. Natoi terletak di sebelah kanan perpustakaan, Balai Bomba terletak di sebelah kiri perpustakaan, Kg. Naka terletak di hadapan perpustakaan dan Sekolah terletak di belakang perpustakaan.
Kilang terletak di sebelah kanan perpustakaan, Balai Polis terletak di sebelah kiri perpustakaan, Masjid terletak di hadapan perpustakaan dan Sekolah terletak di belakang perpustakaan.
Terdapat _______ jenis tasik. (page 83)
2
3
3 Tasik Semula Jadi ialah...(page 83)
Tasik Chini
Tasik Kenyir
Tasik Bera
Tasik Temenggor
Loagan Bunut
Antara kepentingan tasik di Malaysia ialah bagi penjanaan kuasa hidroelektrik dan sebagai pusat rekreasi dan pelancongan.(page 82)
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan bagi membangunkan tasik-tasik di Malaysia ialah...(KBAT)
Menjadikan tasik tempat pembuangan sampah dan sisa toksik.
Menyediakan infrastruktur yang lengkap, mewujudkan kawasan rekreasi seperti taman tema air untuk menarik pelancong, menyediakan perkhidmatan penginapan dan tempat makan.
Nyatakan 2 jenis sisa domestik yang terdapat di Malaysia.(page 146&147)
sisa lembut dan sisa keras
sisa pepejal dan sisa cecair
-Sukar diuraikan dan sukar dilupuskan
-Dihasilkan dari sumber mineral(page 146)
Di atas merupakan penyataan bagi...
sisa pepejal
sisa cecair
Mengamalkan 3R Menggunakan teknologi terkini seperti Waste to Energy(WtE) Menguatkuasakan undang-undang Mengadakan program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar/Menjalankan kempen.
Berikut di atas adalah merupakan...(page 150 & 151)
Langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
Langkah menambahkan kesan pembuangan sisa domestik
Kos pengurusan yang tinggi dan kekurangan pakar dalam negara adalah merupakan faktor(sebab) teknologi terkini kurang digunakan secara menyeluruh di Malaysia.(KBAT)
betul
salah
