wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz imbuhan (awalan dan akhiran)

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Peserta dari Kanada itu _________ dalam perlumbaan dengan penuh bersemangat.

a)

setanding

b)

bertanding

c)

menandingi

d)

pertandingan

2.

Mei Mei sudah ________ di kaki lima kedai itu selama sejam.

a)

mendirikan

b)

pendirian

c)

terdiri

d)

berdiri

3.

Kami terkejut apabila alat ______ kebakaran itu tiba-tiba berbunyi tanpa diketahui puncanya.

a)

mengesan

b)

pengesan

c)

berkesan

d)

terkesan

4.

Mereka ________ menunggang basikal ke sekolah pada setiap pagi.

a)

bertiga

b)

ketiga

c)

ketiga-tiga

d)

pertiga

5.

Ramli tidak _______ kotak yang penuh dengan buku-buku itu.

a)

pengangkat

b)

mengangkat

c)

diangkat

d)

terangkat

6.

Gasing kepunyaan Tai Seng ________ di atas tanah.

a)

memutarkan

b)

diputar

c)

berputar

d)

pemutar

7.

Lori itu __________ dengan perlahan kerana muatannya yang banyak.

a)

pergerakan

b)

bergerak

c)

tergerak

d)

penggerak

8.

“Tolong ________ salam saya kepada keluarga kamu, “ kata Rosana kepada Faiza.

a)

sampaikan

b)

kesampaian

c)

penyampaian

d)

menyampaikan

9.

Tanah Tinggi Cameron pernah saya ________ pada tahun lepas.

a)

pelawat

b)

melawat

c)

lawatan

d)

lawati

10.

Persembahan artis yang terkenal itu mendapat ________ yang gemuruh daripada para penonton.

a)

bertepuk

b)

ditepuk

c)

tepukan

d)

menepuk

11.

“ _________ kaki kamu mengikut muzik yang dimainkan ,” kata Cikgu Nazira kepada murid-muridnya.

a)

Hentakan

b)

Hentakkan

c)

Penghentak

d)

Menghentak-hentak

12.

______ Kumpulan Bestari memang bernas dan sesuai dengan terma.

a)

Cadangan

b)

Bercadang

c)

Cadangan

d)

Mencadangkan

13.

Tolong ________ perkara-perkara penting yang disampaikan oleh guru kelas.

a)

pencatat

b)

catatan

c)

catatkan

d)

dicatat

14.

____________ cabaran itu dengan hati yang cekal.

a)

Berhadapan

b)

Hadapkan

c)

Hadapan

d)

Hadapi

15.

Acara yang kami _________ semasa Hari Sukan ialah lompat tinggi.

a)

penyertaan

b)

menyertai

c)

peserta

d)

sertai