WorksheetsSejarah Tahun 4: Unit 10 Tun Perak Bendahara Terbilang
Total questions: 13
Worksheet time: 26mins
Tun Perak pernah memegang jawatan Penghulu ___________ dan Penghulu Bendahari Melaka.
Kluang
Klang
Kelang
Keluang
Apakah tujuan Tun Perak membawa keluarga dan tentera semasa melawan tentera Siam?
Untuk menaikkan semangat juang tentera.
Untuk meramaikan barisan pertahanan Melaka.
Untuk membolehkan tentera Siam melihat tentera Melaka.
Untuk meningkatkan hasil pendapatan Melaka.
Tun Perak telah dilantik sebagai Bendahara Melaka oleh Sultan ___________ Shah atas kebijaksanaannya.
Mansur
Muzaffar
Mahmud
Ahmad
Tun Perak telah berkhidmat dengan ______ orang Sultan Melaka.
1
2
3
4
Sebagai Ketua Pembesar, Tun Perak menjalankan tugas sultan ketika sultan ________ atau ke luar negara.
beradu
bersantap
gering
bersemayan
Tun Perak berperanan sebagai __________ sultan supaya sultan memerintah kerajaan mengikut ajaran Islam.
penceramah
penasihat
pengikut
pengawal
Sebagai Ketua ___________, Tun Perak menyambut kedatangan utusan dari negara luar ke Melaka.
Diplomat
Tentera
Perairan
Istana
Empayar Kesultanan Melayu Melaka menjadi semakin luas atas bantuan Tun Perak sebagai __________ Tentera.
Hulubalang
Agen
Pegawai
Panglima
Kerjasama yang erat antara sultan dengan pembesar merupakan kebijaksanaan Tun Perak dalam ______________.
pentadbiran
peperangan
pelantikan
pemilihan
Kebijaksanaan Tun Perak dalam pertahanan dilihat apabila Tun Perak mengarahkan ____________ dipasang di sepanjang pantai Melaka.
jamu
jamung
jaring
jala
Tujuan Tun Perak menulis surat kepada Raja Siam adalah untuk menjalinkan hubungan ______________.
persahatan
permusuhan
pergaduhan
perperangan
Bagi mengembangkan agama Islam, Tun Perak menggalakkan kedatangan ______________ ke Melaka.
ulama
pedagang
tentera
pelayar
Kesetiaan Tun Perak kepada Sultan Melaka terbukti apabila anaknya terbunuh iaitu __________.
Tun Kudu
Tun Besar
Tun Fatimah
Tun Fatih
