Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains T4: Tenaga Nuklear

Total questions: 12

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenis tenaga yang dijana daripada tenaga nuklear?

a)

Tenaga suria

b)

Tenaga cahaya

c)

Tenaga elektrik

d)

Tenaga kimia

2.

Antara negara berikut, yang manakah menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga untuk menjana tenaga elektrik?

a)

Amerika Syarikat

b)

Malaysia

c)

Australia

d)

Thailand

3.

Apakah kebaikan menggunakan sumber tenaga nuklear berbanding sumber tenaga lain?

a)

Lebih murah

b)

Lebih selamat kepada hidupan

c)

Menghasilkan tenaga yang sedikit

d)

Membebaskan jumlah gas rumah hijau yang sedikit

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan keburukan penghasilan tenaga nuklear?

a)

Menghasilkan gas-gas beracun

b)

Menghasilkan bahan buangan radioaktif yang berbahaya

c)

Lebih mahal berbanding dengan bahan api fosil

d)

Menghasilkan banyak jelaga dan habuk

5.

Rajah di bawah menunjukkan pembelahan nukleus uranium-235 oleh zarah P.


Apakah zarah P?

a)

Proton

b)

Neutron

c)

Nukleon

d)

Elektron

6.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai reaktor nuklear?

a)

Boleh digunakan untuk menghasilkan radioisotop

b)

Tindak balas nuklear di dalam reaktor boleh dikawal

c)

Pembelahan nukleus adalah tindak balas nuklear

d)

Tenaga yang terhasil di dalam reaktor nuklear digunakan untuk menjana tenaga elektrik

7.

Apakah sumber tenaga dalam reaktor nuklear?

a)

Iodin-131

b)

Uranium-235

c)

Kobalt-60

d)

Karbon-14

8.

Rajah menunjukkan satu proses R.


Antara yang berikut, yang manakah benar tentang proses R?

a)

Melibatkan pemecahan satu nukleus berjisim besar

b)

Helium yang terbentuk mempunyai nukleus yang tidak stabil

c)

Berlaku pada suhu yang rendah

d)

Dua nukleus ringan bercantum menjadi satu nukleus yang lebih berat

9.

Apabila nukleus uranium-235 dibedil dengan satu neutron, nukleus akan terpisah kepada dua nukleus yang baharu. Apakah proses ini?

a)

Pembelahan nukleus

b)

Pelakuran nukleus

c)

Pereputan radioaktif

d)

Tindak balas eksotermik

10.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan somatik disebabkan oleh kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear?

a)

Kanser

b)

Mutasi sel

c)

Keguguran rambut

d)

Kecacatan pada bayi

11.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kesan pengeboman di Hiroshima?

a)

Bandar raya itu menjadi amat sejuk

b)

Mengorbankan banyak nyawa orang awam

c)

Tanah di bandar raya itu menjadi lebih subur

d)

Bangunan di bandar raya itu masih kukuh

12.

Apakah faktor yang perlu diambil kira untuk membina stesen jana kuasa nuklear di Malaysia?

a)

Kawasan pembinaan perlu berhampiran dengan punca air

b)

Tenaga yang dihasilkan adalah lebih kecil

c)

Kos bahan api fosil semakin menurun

d)

Kesan pencemaran oleh tenaga nuklear yang lebih tinggi