NEW
Font size
WorksheetsSISTEM BAHASA TINGKATAN 1
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
_______ yang terkenal itu menghidangkan makanan dan minuman yang berasaskan bahan-bahan tempatan sahaja
Restoren
Restoran
Rastoren
Ramai remaja sekarang memiliki _____ pintar
talipon
telefon
talefon
Izwan sedang menungu kawan karibnya di ______ bas
stasyen
stesen
stesyen
Emas yang dipakai oleh Jamilah benar-benar _______________
tulin
tulen
Pilih ejaan yang betul
bandaraya
olah raga
analisa
profesion
Pilih ejaan yang betul
anti-buli
anti dadah
antimerokok
anti Israel
Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
prasyarat
prasarana
prasejarah
prasekolah
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
bersemayam
bersiram
bertabal
beradu
Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.
comot ... terputus
pudar ... tertatal
lusuh ... meretas
kusam ... mengoyak
Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
kelam
gelap
sunyi
senyap
Umar menunggu kawannya ___________ pukul tiga hingga empat petang.
daripada
pada
dari
di
Kebanyakan nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka sibuk ____________ jala yang koyak.
mencuci
menenun
menyirat
menjala
Orang ramai bersorak ketika Syabil _________ piala kemenangan selepas menjurai kejohanan bola sepak itu.
menjulang
memikul
mengelek
menjinjing
Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.
menyeberang
menongkah
menyusur
meredah
Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang _______________ gawang gol.
membolos
melepasi
melewati
menepati
Razi ______________ keluar batu-batu kecil
yang terlekat pada kasutnya.
mencolek
mencucuk
mencuit
mencungkil
Mak Minah duduk di bawah rumah sambil ___________ lidi untuk dibuat penyapu
meraut
melarik
mengikis
menghiris
“__________ mahu semua rakyat bersatu padu demi menjaga keharmonian
negara,” titah , Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena sambutan
Hari Kemerdekaan negara.
patik
beta
tuanku
baginda
Hujah-hujah bidasan pihak pembangkang amat __________ sehingga sukar untuk ditangkis oleh pihak pencadang.
bestari
baik
padu
bernas
Cikgu Azizi terpaksa memakai cermin mata gelap untuk mengelakkan
__________ cahaya matahari semasa beliau menunggang motosikal.
biasan
sinaran
kiasan
panahan
“Masukkan kira-kira tiga __________ beras ke dalam tiap-tiap sarung ketupat itu,” kata ibu kepada Zaleda.
suku
separuh
semua
setengah
Nakhoda kapal dagang mengarahkan kelasi kapalnya agar _________sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.
melabuh
membongkar
menarik
membuka
Sebelum meninggalkan majlis kenduri kahwin itu, Encik Nazri menghulurkan __________ bunga telur kepada para tetamu sebagai buah tangan.
sejambak
sekuntum
sekaki
sebiji
Pak Mamat menggunakan _____________ untuk membuat ukuran pada bingkai tingkap.
sesiku
kekisi
kekuda
jejari
PILIH AYAT YANG BETUL.
i)Puan Maizura membawa anak bongsunya ke klinik desa
untuk periksa doktor.
ii)Tuan hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu
hukuman penjara seumur hidup.
iii) Pendingin hawa di makmal komputer itu sedang dibaiki oleh Encik Alex Young.
iv) Berbagai barangan keperluan harian dijual dengan
harga yang murah di ekspo itu.
I dan II
II dan III
iii dan iv
i dan iv
Para ____ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.
A. hartawan
B. dermawan
C. bangsawan
D. sukarelawan
Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak ____ tikus.
A. digerit
B. digigit
C. dikesip
D. diketip
Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu ____ ruang tamu _____ ruang dapur rumahnya
A. dari....ke
B. dari...kepada
C. daripada....ke
D. daripada...kepada
Pilih ayat yang menggunakan perkataan dengan betul.
I Husin memikul baldi yang berisi air untuk
dibawa pulang ke rumahnya kerana
bekalan air terputus.
II Pihak ibu bapa diseru supaya memikul
tanggungjawab mendidik anak-anak
mereka dengan sempurna.
III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat
kerajaan dalam usaha memperkukuhkan
perpaduan kaum.
IV Pasukan keselamatan memikul senjata
semasa acara perbarisan sambutan Hari
Pahlawan.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan dengan betul.
I Puan Salmiah suka memakai pakaian
berwarna cerah ketika hadir ke majlis
rasmi.
II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada
hari esok diramal cerah.
III Pelajar berdisiplin mempunyai masa
depan yang cerah.
IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan
Hassan kerana hatinya yang cerah.
A. I dan II sahaja
B. III dan Iv sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
A. Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa.
B. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak.
C. Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.
D. Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan.
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Novel Salina karya Sasterawan Negara A.
Samad Said telah dibaca oleh saya.
II Pak Abu menceritakan tentang
pengalamannya menentang komunis.
III Layang-layang itu tersangkut di tiang
telefon kerana diterbangkan angin.
IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari
cara pengendalian mesin daripada
ketuanya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Azril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A. ada hati
B. bulat hati
C. besar hati
D. berat hati
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A. melepaskan batuk di tangga
B. mencurah air ke daun keladi
C. alang-alang berdakwat biar hitam
D. pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
Peribahasa bagai aur dengan tebing bermaksud sikap saling membantu antara satu sama lain dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Yang berikut ialah peribahasa yang sama maksud, kecuali
A. ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.
B. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
C. berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
D. bagai isi dengan kuku.
