NEW
Font size
WorksheetsPERCUBAAN SPM 2020 SET 1
Total questions: 30
Worksheet time: 10mins
Ziggurat merupakan binaan masyarakat Mesopotamia. Mengapakah masyarakat Mesopotamia membina binaan tersebut?
Kubu pertahanan dari serangan musuh
Menjalankan upacara keagamaan
Perkembangan yang pesat dalam perancangan bandar berlaku pada sekitar tahun 2000 S.M dalam Tamadun Indus.
Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut?
Kemahiran ilmu geometri
Kejayaan kegiatan penerokaan
Gambar 2 berikut menunjukkan cara ikatan kolar kuda. Apakah kebaikan ikatan kolar kuda China berbanding Eropah?
Tidak mencekik kuda
Pergerakan kuda pantas
• Berbentuk kubah
• Siap semasa Maharaja Flavian
• Tempat pertarungan
Maklumat di atas merujuk kepada monumen
Colloseum
Acropolis
Mengapakah kerajaan Angkor membina candi Angkor Wat tersebut?
Menjadi pusat pentadbiran
Lambang penguasaan alam semesta
Mengapakah orang Arab Quraisy Mekah menentang ajaran Islam?
Prinsip perjuangan yang berbeza
Perbezaan kepercayaan yang dianuti
Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah dimeterai,orang Quraisy Mekah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang
Pembukaan semula kota Mekah
Dasar sosial Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian untuk memeluk Islam.
Mengapakah dasar tersebut menarik minat orang Kristian?
Memberi penekanan kepada kecemerlangan individu
Menjamin kemuliaan keturunan
IBN BATTUTA
Hasil tulisan beliau menjadi
rujukan sejarawan hingga kini
Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan sehingga kini?
Keindahan bahasa
Ketepatan fakta
Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempengaruhi cara hidup bermasyarakat tempatan?
Persaudaraan ummah
Adat persandingan
PENDIDIKAN TIDAK FORMAL
Penceritaan lisan
Pembelajaran pantang-larang
X
Apakah X ?
Menerusi pantun
Mengadap guru
Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat .
Mengapakah kritikan tersebut berlaku?
Perpecahan sesama penganut
kepincangan amalan
Maklumat di bawah berkaitan dengan tokoh Eropah pada abad ke-15.
Ferdinand Aragon - Sepanyol
Putera Henry - Portugal
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tokoh tersebut?
Penerokaan kawasan timur
Peperangan sesama mazhab
Bagaimanakah Land Settlement Order yang diperkenalkan oleh British di Sarawak pada tahun 1933 dapat melindungi tanah milik peribumi?
Pemindahan hak milik secara warisan
Penghapusan cukai tahunan
Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal menyatupadukan kaum di Tanah Melayu?
Penubuhan sekolah Inggeris
Perkembangan sekolah vernakular
Mengapakah kuasa imperialis memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara?
Memajukan tanah jajahan
Memudahkan penguasaan ekonomi
Maklumat berikut merujuk perkembangan yang berlaku di Thailand.
Tahun - 1932
Peristiwa - Revolusi Thai
Apakah implikasi daripada peristiwa tersebut?
Kemerdekaan negara dikekalkan
Sistem raja berkuasa mutlak ditamatkan
Undang-undang berikut dikeluarkan oleh British di Tanah Melayu pada awal abad ke -20.
"Tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran sultan"
Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut terhadap Kaum Muda?
Berkembang di Negeri-Negeri Selat
Melancarkan pemberontakan bersenjata
Realpolitik - Mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik
Kaedah tersebut merujuk kepada
Penguatkuasaan undang-undang
Pelancaran peperangan
Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan Jus Soli. Apakah kesan prinsip tersebut terhadap orang Melayu?
Jumlah penduduk peribumi berkurangan
Perpaduan dalam kalangan penduduk diperkukuh
Maklumat berikut merujuk perubahan pentadbiran di Tanah Melayu.
"Persekutuan Tanah Melayu 1948"
Mengapakah orang Melayu menerima pentadbiran tersebut ?
Kedudukan istimewa dilindungi
Syarat kerakyatan dilonggarkan
British telah memperkenalkan Sistem Ahli pada tahun 1951. Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
Ahli berpendidikan tinggi
Ahli dari pelbagai kaum
Negeri berikut menyokong pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
• Singapura
• Sarawak
• Sabah
Mengapakah negeri tersebut menyokong pembentukan Malaysia?
Ancaman komunis ditamatkan
Kerjasama pertahanan diperkukuhkan
1966 - Presiden Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia Adam Malik untuk memulihara hubungan diplomatik Malaysia -Indonesia
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Kerjasama ekonomi dijalin
Dasar konfrontasi ditamatkan
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bekas Mufti Wilayah Persekutuan telah dilantik menjadi Senator Dewan Negara pada 10 Mac 2020.
Apakah syarat yang membolehkan beliau dipilih menjadi seorang senator?
Berilmu pengetahuan luas
Cemerlang dalam perkhidmatan awam
Zaid telah berusia 21 tahun dan ingin melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihanraya umum.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Zaid untuk melayakkannya menjadi pengundi?
Menyertai kempen parti
Mendaftar sebagai pemilih
Sufri merupakan seorang petani muda. Beliau menghadapi masalah dalam memasarkan hasil pertaniannya.
Apakah agensi yang dapat membantu Sufri ?
RIDA
FAMA
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas perang Badar berakhir.
• Mengampunkan tawanan perang
• Membebaskan tawanan wanita
Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
Kebebasan beragama diamalkan
Islam diterima dengan kerelaan
Gambar 4 menunjukkan sambutan Hari Awal Muharram di Malaysia. Sambutan tersebut diadakan setiap tahun untuk memperingati
Perjuangan umat Islam
Kelahiran Nabi Muhammad
Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.
"Surah al-Mudassir ayat 1 hingga 7"
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?
Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah
Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu
