Font size
Worksheets(T6) Jauhi Syirik
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Syirik ialah ________________
Perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
Perbuatan yang menyenangkan Allah
Perbuatan yang menggembirakan makhluk selain Allah
Perbuatan yang pelik
Syirik boleh berlaku sama ada dengan
perkataan dan i'tikad
perkataan, pelakuan dan ingkar
perkataan, perbuatan dan i'tikad
perbuatan dan kepercayaan
Hukum mensyirikkan Allah ialah haram. Perbuatan ini dikategorikan sebagai ______________________________________.
dosa yang paling besar serta dijanjikan dengan azab yang pedih
dosa kecil dan tidak dijanjikan dengan azab yang pedih
dosa yang sederhana serta dijanjikan dengan azab yang pedih
dosa yang besar dan tidak dikenakan azab yang pedih
Pilih dalil naqli yang betul berkaitan dengan syirik
وَٱللَّهُ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٍ
فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادٗا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُ
إِنَّ ٱللَّهَ يَحۡكُمُ مَا يُرِيدُ
Syirik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
Syirik Khafi dan syirik Laili
Syirik Khafi dan syirik I'tikad
Syirik Jali dan syirik I'tikad
Syirik Khafi dan syirik Jali
Syirik Jali ialah ____________ atau ___________ bahawa adanya tuhan lain selain Allah atau menyembah selain Allah yang Esa. Syirik Jali dikenali juga dengan syirik besar.
mempercayai, mengaku
mempercayai, menyembah
menyembah, mengakui
menyembah, mengaku
Pilih pelakuan syirik Jali yang betul
Menyembah berhala
Menyembah matahari
Menyembah bulan
Meminta doa dan pertolongan hanya kepada Allah
Riak dalam beribadah
Syirik Khafi ialah tidak meletakkan Allah sebagai yang (a) dalam niat ketika beribadah.
Akibat orang yang mengamalkan syirik Khafi:
Berdosa besar dan dimurkai Allah
Mudah berputus asa
Menimbullkan permusuhan
Menghapuskan pahala amalan
Hilang pergantungan dengan Allah
Berikut ialah contoh keadaan syirik Jali kecuali
Kemarau panjang membawa banyak kemusnahan kepada makhluk dan alam. Penduduk kampung meminta hujan turun dengan melakukan upacara memuja bintang.
Seluruh dunia dilanda wabak covid 19. Umat Islam haruslah memperbanyakkan ibadah dan berdoa memohon pertolongan dari Allah supaya terhindar dari musibah itu.
Bayi yang baru dilahirkan Mawar kerap menangis. Dia berjumpa Nenek Timah untuk mendapatkan tangkal atau azimat supaya bayinya tidak diganggu makhluk halus.
Wafi memuja nasib dan meminta nombor ekor di atas kubur lama di hujung kampung untuk menjadi kaya.
Punca berlakunya syirik Khafi ialah perasaan ______ dalam beribadah.
riak
tawaduk
khusyuk
tawakal
Akibat orang yang mengamalkan syirik Jali adalah seperti berikut kecuali
Mendapat rahmat Allah
Merosakkan aqidah
Berdosa besar dan dimurkai Allah
Kekal dalam api neraka
Apakah yang ditawarkan oleh kaum musyrikin Quraisy kepada Nabi Muhammad SAW?
Meminta Nabi Muhammad SAW memeluk agama mereka selama setahun kemudian kembali memeluk agama Islam semula. Mereka juga berjanji akan memeluk agama Islam dan kembali memeluk agama nenek moyang mereka selama setahun.
Meminta Nabi Muhammad SAW memeluk agama mereka dan menyembah berhala selama setahun kemudian kembali memeluk agama Islam semula. Mereka juga berjanji akan memeluk agama Islam, menyembah Allah dan kembali memeluk agama nenek moyang mereka selama setahun.
Meminta Nabi Muhammad SAW menyembah berhala selama setahun kemudian kembali menyembah Allah semula. Mereka juga berjanji akan menyembah Allah dan kembali menyembah agama nenek moyang mereka selama setahun.
Meminta Nabi Muhammad SAW memeluk agama mereka dan menyembah berhala selama sepuluh tahun kemudian kembali memeluk agama Islam semula. Mereka juga berjanji akan memeluk agama Islam, menyembah Allah dan kembali memeluk agama nenek moyang mereka selama sepuluh tahun.
Anak Pak Sadiq Sirgaragar selalu sakit. Dia mempercayai memakai azimat boleh menyembuhkan sakit anaknya itu. Pak Sadiq Sirgaragar telah ________.
bertawakal
syirik Jali
syirik Khafi
berusaha
Mengambil gambar selepas solat dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk ialah contoh
syirik Jali
syirik Khafi
syirik Laili
syirik hati
Apakah asbab penurunan surah al-Kafirun?
Menjawab persoalan sahabat berkenaan perbezaan syirik Jali dan syirik Khafi
Menjawab permintaan kaum musyrikin Quraisy yang melampau
Menjawab tuduhan orang kafir bahwa Allah telah membenci dan mengabaikan Nabi SAW kerana telah lama tidak menurunkan wahyu
Menjawab persoalan sahabat berkenaan hukum minum arak
Ia hanyalah kertas, kain atau bahan lain yang mempunyai tulisan tertentu. Ia dipercayai mempunyai sakti, dapat memberi manfaat kepada diri sendiri seperti menyembuhkan penyakit, menentukan kejayaan dan melindungi diri dari bahaya serta berkuasa memudaratkan orang lain. Kepercayaan itu merosakkan aqidah.
Pernyataan di atas merujuk kepada?
Hasil seni
Azimat dan tangkal
Tongkat sakti
Upacara memuja pokok atau kubur
Syirik ialah perbuatan yang mesti dihindari.
Tidak pasti
Betul
Mungkin
Salah
Berikut adalah contoh-contoh syirik dalam kehidupan seharian kecuali…
percaya sekiranya lalu di bawah ampaian baju boleh membawa kecelakaan
melaksanakan solat sunat Dhuha untuk murah rezeki
mempercayai angka 99 sebagai angka yang memberi tuah
memuat naik gambar selepas solat Tahajud di media sosial
Pada pendapat kamu, apakah kesan buruk syirik kepada individu?
Menganggu pembangunan ekonomi negara
Masyarakat berpecah belah
Terbatal iman
Masalah sosial melanda negara
