Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SKOR TATABAHASA

Total questions: 40

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Berikan nama pola bagi setiap ayat dasar di bawah ini.


Encik Wong seorang guru matematik.

a)

Frasa Adjektif + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Sendi Nama + Frasa Nama

d)

Frasa Nama + Frasa Kerja

2.

Pilih ayat yang mempunyai pola Frasa Nama + Frasa Adjektif.

a)

Dia dari kalangan keluarga bangsawan.

b)

Sekumpulan pelajar sedang membuat pembentangan di hadapan kelas.

c)

Kami sekeluarga melancong ke negara Eropah.

d)

Cuaca pada pagi ini amat cerah.

3.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Asni didenda oleh guru Bahasa Melayunya.

Asni tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

a)

dan

b)

atau

c)

walaupun

d)

kerana

4.

Pilih kata hubung yang sesuai untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah.


Izzah seorang yang sangat pendiam.

Apiqah pula seorang yang sangat peramah

a)

dan

b)

kerana

c)

manakala

d)

sungguhpun

5.

Azlan dan rakan-rakannya suka memancing ikan di kolam itu.


Nyatakan predikat bagi ayat di atas.

a)

suka memancing ikan di kolam itu

b)

ikan di kolam itu

c)

Azlan dan rakan-rakannya

d)

Azlan

6.

Jurulatih bola sepak itu akan melatih pasukan Noel empat kali seminggu selama lima bulan.


Nyatakan predikat bagi ayat di atas.

a)

Noel

b)

akan melatih pasukan Noel empat kali seminggu selama lima bulan

c)

Jurulatih bola sepak itu

d)

Pasukan Noel

7.

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin, mineral dan serat.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

kaya dengan vitamin, mineral dan serat.

b)

vitamin, mineral dan serat.

c)

Buah-buahan dan sayur-sayuran

d)

sayur-sayuran kaya

8.

Rumah banglo di hujung jalan itu kepunyaan keluarga Aznita.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

Rumah banglo

b)

Rumah banglo di hujung jalan itu

c)

Hujung jalan itu

d)

Keluarga Aznita

9.

Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.


Jangan lupa untuk mengambil reset selepas kamu membuat pembayaran di kaunter.

a)

Reset

b)

Jangan

c)

Pembayaran

d)

Tiada kesalahan ejaan

10.

Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik-beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat di atas.

a)

Laksana pahat dengan penukul

b)

Baik berjagung-jagung sementara menunggu padi belum masak

c)

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

d)

Bagai dakwat dengan kertas

11.

Kecemerlangan seseorang murid dalam peperiksaan hanya boleh diperoleh dengan usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh.


Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali

a)

sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya

c)

genggam bara api, biar sampai jadi arang

d)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

12.

Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:


Ani menyapu sampah.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

13.
a)
lelangit
b)
peparu
14.
a)
jejari
b)
jejantas
15.
a)
peparu
b)
pepara
16.
a)
jejambat
b)
jejantas
c)
jejari
17.
a)
bebola
b)
lelangit
18.
a)
lelabah
b)
lelangit
19.
a)
jejentik
b)
jejantas
20.

Pilih jawapan yang betul.

a)

kedua mempelai(新郎新娘)

b)

kedua-dua mempelai(新郎新娘)

21.

Pilih jawapan yang betul.

a)

dua suku jam

b)

dua jam suku

c)

jam dua suku

22.

Pilih jawapan yang betul.

a)

dua meter setengah

b)

dua setengah meter

c)

meter dua setengah

23.

Pilih jawapan yang betul.

a)

Mira kedai Roti

b)

Kedai Roti Ros

24.
Yang manakah ejaan yang betul?
a)
Murtabak
b)
Mertabak
c)
Martabak
d)
Mirtabak
25.
Yang manakah ejaan yang betul?
a)
Kue tiow
b)
Kuey tiau
c)
Kueh tiau
d)
kuetiau
26.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ekspedisi pendakian Gunung Tahan itu akan disertai kami sekiranya mendapat keizinan daripada ibu dan bapa.

b)

Ekspedisi pendakian Gunung Tahan itu akan kami sertai sekiranya mendapat keizinan daripada ibu dan bapa.

c)

Ekspedisi pendakian Gunung Tahan itu akan disertai oleh kami sekiranya mendapat keizinan daripada ibu dan bapa.

d)

Ekspedisi pendakian Gunung Tahan itu akan kami disertai sekiranya mendapat keizinan daripada ibu dan bapa.

27.

Pilih ayat yang betul.

a)

Tiap-tiap orang guru diminta untuk mengendalikan kelas dalam talian ketika cuti persekolahan ini.

b)

Tiap-tiap orang guru diminta untuk mengendalikan kelas atas talian ketika cuti persekolahan ini.

c)

Tiap-tiap guru diminta untuk mengendalikan kelas atas talian ketika cuti persekolahan ini.

d)

Tiap-tiap guru diminta untuk mengendalikan kelas dalam talian ketika cuti persekolahan ini.

28.
Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.
a)
sekali
b)
sangat
c)
benar
d)
nian
29.
Pintar ___________ Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.
a)
sungguh
b)
terlalu
c)
paling 
d)
agak
30.
Rasa buah durian tembaga itu ___________ sedap.
a)
betul
b)
benar
c)
sekali
d)
sangat
31.
Indah ___________ pemandangan matahari terbenam pada waktu senja ditepi pantai itu.
a)
nian
b)
paling
c)
terlalu
d)
agak
32.

Pondok di kaki bukit itu tidak kelihatan dari jauh kerana diselubungi _____________ pada waktu pagi.

a)

asap

b)

kabus

c)

jerebu

d)

wap air

33.

Ibu menjahit sepasang baju kebaya untuk kakak yang akan menghadiri _________ kerja di Kuala Lumpur.

a)

temu bual

b)

temu janji

c)

temu duga

d)

temu ramah

34.

“Ya Tuhanku, berikanlah _________ kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian hidup ini tanpa mengeluh sedikitpun,” bisik Farhana dalam doanya.

a)

dia

b)

aku

c)

kita

d)

kamu

35.

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.Pilih jawapan yang paling sesuai.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

36.

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

37.

Peribahasa ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ mempunyai maksud yang sama ataupun hampir sama dengan

a)

harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

d)

harapkan pagar, pagar makan padi

38.

Kenal pasti jenis ayat-ayat berikut


Puan Jauhaya merupakan guru kelas saya.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

39.

Kenal pasti jenis ayat-ayat berikut


Amboi, cantiknya lukisan itu!

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan

40.

Kenal pasti jenis ayat-ayat berikut


Sila jawab soalan ini.

a)

Ayat penyata

b)

Ayat perintah

c)

Ayat seruan