wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKBBBK: KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Berikut perkara yang murid harus lakukan semasa memulakan penulisan karangan, kecuali ...

a)

memahami kehendak soalan dengan tepat berdasarkan arahan tugasan.

b)

memahami dan memikirkan isi-isi / subtopik yang diberikan.

c)

mencatat idea-idea sampingan yang berkaitan dengan isi soalan.

d)

menghuraikan isi berdasarkan kepentingannya di luar topik.

2.

Berikut ialah ciri-ciri penulisan yang menarik, kecuali ...

a)

Menepati tugasan berdasarkan kata kunci soalan / arahan tugasan.

b)

Menggambarkan keseluruhan topik karangan.

c)

Pengolahan yang menarik dengan menyelitkan peribahasa.

d)

Menghuraikan isi dalam perenggan pendahuluan.

3.

Berikut ciri-ciri penulisan isi yang berkesan dan matang, kecuali...

a)

Menulis tiga perenggan isi yang dicadangkan.

b)

Pengetahuan sedia ada haruslah luas.

c)

Penyampaian idea haruslah kritis.

d)

Tugasan yang ditulis tidak mempunyai kesinambungan idea.

4.

Berikut ciri-ciri penutup yang menarik dan berkesan kecuali ...

a)

Mengulas isi berikutnya dengan jelas.

b)

Membuat kesimpulan karangan yang ditulis.

c)

Menyatakan pendirian terhadap tugasan yang diolah dengan kenyataan bernas.

d)

Menyatakan cadangan dan harapan terhadap topik dan impak kepada diri/keluarga/masyarakat juga negara.

5.

Langkah-langkah penulisan karangan yang cemerlang.

i- Catatkan idea-idea sampingan.

ii-Analisis soalan dari segi tema, tugasan dan format.

iii-Baca soalan dengan teliti.

iv-Tulis karangan berpandukan idea dan formula yang disediakan.

v-Semak karangan anda dari segi ejaan, tanda baca dan struktur ayat.

a)

ii, iii, i, v dan iv

b)

ii, iii, i, iv dan v

c)

iii, ii, i, iv dan v

d)

iii, i, ii, iv dan v

6.

Berikut ialah penanda wacana yang sesuai untuk memulakan ayat pertama dalam perenggan pendahuluan kecuali ...

a)

Dengan ini....................

b)

Dewasa ini menyaksikan .......................

c)

Sejak akhir-akhir ini, ...........................

d)

Pada zaman globalisasi ini, .......................

7.

Apakah ayat kedua dalam perenggan pendahuluan yang sesuai digunakan sebagai ayat tanya tentang tugasan?

a)

Maksud sebenarnya ialah ...........

b)

Apakah benar bahawa ........

c)

Sebenarnya kenyataan ini benar tentang ..........................

d)

Sebelum kita menghuraikan idea-idea berkaitan, apakah konsep sebenar yang dikatakan sebagai ........................

8.

Berikut ialah ayat ketiga yang sesuai digunakan sebagai memulakan ayat huraian dalam perenggan pendahuluan. Kecuali ..................

a)

Hal ini demikian kerana ...........

b)

Hal ini berlaku kerana .............

c)

Hai ini disebabkan oleh .............

d)

Hal ini demikian oleh .............

9.

Berikut ialah ayat penyata contoh yang sesuai digunakan. Kecuali ........

a)

Contoh yang berkaitan dengan tugasan ini .............

b)

Tugasan ini dengan lebih jelas dapat dilihat melalui contohnya iaitu........

c)

................ dan ............. merupakan contoh yang relevan dengan ................

d)

Tamsilnya akan difikirkan kemudian kerana .................

10.

Berikut ialah penanda wacana yang sesuai digunakan untuk memulakan ayat rumusan dalam perenggan pendahuluan, kecuali ...............

a)

Demikianlah permulaan.......

b)

Sebenarnya ada banyak ..........

c)

Pada hakikatnya ada banyak ........

d)

Oleh itu ada banyak ............

11.

Berikut ungkapan menarik yang boleh digunakan dalam ayat terakhir perenggan pendahuluan, kecuali ..............

a)

Persoalan tersebut akan dikupas ke akar umbi.

b)

Permasalah tersebut akan dibincangkan ke akar umbi.

c)

Perbincangan ini akan dijelaskan hingga ke akar umbi.

d)

Persoalan tersebut telah dikupas hingga ke akar umbinya.

12.

Berikut ialah penanda wacana yang sesuai digunakan untuk memulakan ayat topik bagi perenggan isi, kecuali ..............

a)

Kesimpulannya ialah ............

b)

Pada perspektif saya, ............

c)

Pada hemat saya ialah ............

d)

Umum mengetahui bahawa ............

13.

Berikut ialah penanda wacana yang sesuai bagi permulaan ayat huraian dalam perenggan isi, kecuali ................

a)

Dalam hal ini .................

b)

Impaknya ialah

c)

Jika disoroti secara teliti ............

d)

Hal ini jelas terbukti apabila........

14.

Berikut ialah penanda wacana yang sesuai digunakan dalam ayat huraian sokongan bagi perenggan isi , kecuali .........

a)

Lantaran itu ..........

b)

Secara jelasnya ..............

c)

Sesungguhnya ..............

d)

Tamsilnya ...............

15.

Berikut ialah penanda wacana yang sesuai digunakan sebagai ayat penegas bagi setiap perenggan isi, kecuali ................

a)

Selain itu .........

b)

Izharnya ...........

c)

Oleh itu ............

d)

Jelaslah bahawa ........

16.

Berikut ungkapan menarik yang boleh digunakan sebagai permulaan ayat pertama / terakhir dalam perenggan kesimpulan, kecuali ..........

a)

Secara tuntasnya...........

b)

Secara konklusinya ............

c)

Akhirulkalam ..................

d)

Tambahan pula ..............

17.

Berikut penanda wacana untuk menyatakan contoh dalam perenggan pendahuluan / isi, kecuali ............

a)

Sebagai tamsilnya .........

b)

Sebagai analoginya ........

c)

Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah ..........

d)

Contoh yang ketara dan paling dekat dengan kita ialah .........

e)

Pada hemat saya, demikianlah perkara yang perlu dibincangkan.........

18.

Berikut penanda wacana memulakan atau menyatakan peribahasa dalam huraian isi, kecuali ..............

a)

bak persis kata peribahasa ...........

b)

bak kata peribahasa Melayu .............

c)

persis kata peribahasa .............

d)

bak kata orang-orang tua ..........

19.

Berikut adalah maksud yang betul bagi kosa kata dan ungkapan menarik kecuali .......

a)

bitara - tiada tandingan

b)

acap kali - sering

c)

konkurensi - persaingan

d)

memanifestasikan fikiran - menggunakan idea dengan sebaik-baiknya.

e)

mendabik dada - sombong dan angkuh yang dibendung

20.

CEGAH SEBELUM PARAH. Berdasarkan peribahasa ini, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah amalan yang memudaratkan kesihatan masyarakat. Berikut ialah cadangan isi-isi penting, kecuali ...

a)

Mengambil makanan seimbang.

b)

Bersenam dan beriadah.

c)

Menjauhi amalan gaya hidup tidak sihat.

d)

Media massa melaksanakan kempen kesedaran

e)

Kerajaan menyediakan perkhidmatan rawatan yang kurang efektif.