wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERKAHWINAN

Total questions: 101

Worksheet time: 59mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perkahwinan?

a)

Satu ikatan sah untuk isytiharkan sesebuah pasangan itu "couple"

b)

Satu ikatan sah yang menghalalkan hubungan antara lelaki & perempuan

c)

Satu ikatan sah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai lelaki & perempuan

d)

Satu ikatan sah untuk menghalalkan lelaki & perempuan membina rumah

2.

Berikan 2 tujuan perkahwinan dalam kehidupan.

a)

Mewujudkan pertalian antara keluarga lelaki & keluarga perempuan

b)

Muncul tanggungjawab yang baharu seperti suami & isteri

c)

Membolehkan seseorang lelaki & perempuan itu tinggal sendirian

d)

Tidak melahirkan zuriat untuk sambungan legasi

3.

Berikut

adalah syarat-syarat bakal suami dalam

Islam.

a)

Lelaki

b)

Beristeri empat

c)

Berada dalam ihram haji

d)

Bukan mahram kepada isteri

4.

-Ibu mertua

-menantu perempuan

Pernyataan di atas berkaitan dengan perempuan yang haram dikahwini ....

a)

kerana persemendaan

b)

sementara

c)

kerana penyusuan

d)

sebab keturunan

5.

Berikut adalah pernyataan yang benar tentang rukun nikah kecuali...

a)

suami dan isteri

b)

wali dan dua orang saksi

c)

sighah(ijab dan kabul)

d)

mahar

6.

Ulama Mazhab Syafie mengharuskan untuk melihat calon isteri sebelum berkahwin.Anggota yang sunat dilihat ialah..

a)

kaki

b)

muka

c)

tangan

d)

mata

7.

Ciri bakal isteri yang diberikan keutamaan oleh Rasulullah SAW ialah...

a)

memiliki rupa paras yang cantik

b)

memiliki kekayaan

c)

keturunan yang baik

d)

beragama dan mengamalkannya

8.

Antara berikut yang manakah perempuan yang haram dikahwini disebabkan keturunan?

a)

ibu tiri dan ke atas

b)

ibu mertua dan ke atas

c)

anak tiri dan ke atas

d)

ibu,nenek dan ke atas

9.

Wali nikah ialah orang yang mempunyai kuasa mengahwinkan seseorang perempuan.Antara berikut yang manakah termasuk dalam wali mujbir..

a)

bapa

b)

saudara lelaki seibu sebapa

c)

bapa saudara

d)

datuk

10.

Pengertian yang sesuai bagi wali mujbir ialah

a)

Bapa atau datuk kepada perempuan janda

b)

Bapa atau datuk sebelah bapa kepada perempuan yang masih gadis

c)

Selain daripada bapa dan datuk kepada perempuan yang masih gadis

d)

Pemerintah atau semua wali yang dilantik oleh kerajaan

11.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَات الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Ciri utama memilih bakal isteri menurut hadis di atas ialah

a)

Rupa paras yang cantik

b)

Pegangan agama yang teguh

c)

Keturunan yang baik

d)

Keluarga berharta

12.

Hikmah walimatul urus ialah:

a)

Memupuk semangat kerjasama dalam pelbagai lapisan masyarakat

b)

Menzahirkan keikhlasan suami terhadap isteri

c)

Bermulanya tanggungjawab suami terhadap isteri

d)

Mengiktiraf dan meningkatkan taraf perempuan

13.

Berikut adalah syarat2 sah akad ijab dan kabul dalam akad nikah kecuali:

a)

Di antara ijab dan kabul tidak boleh diselangi dengan kata2 yang lain

b)

Bahasa yang digunakan hendaklah difahami oleh semua yang hadir

c)

Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau تزويج

d)

Ijab dan kabul berlaku di dalam satu majlis

14.

Maksud adil bagi wali dalam perkahwinan ialah...

a)

Tidak menzalimi mana-mana pihak

b)

Tidak mempunyai kecacatan pancaindera

c)

Tidak bersifat pilih kasih dalam sesuatu perkahwinan

d)

Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dalam dosa kecil

15.

Ali menceraikan Fatimah yang sedang mengandung.Beliau berhasrat untuk mengahwini anak tirinya (anak Fatimah).

**********************************

Sebab yang menghalang Ali daripada mengahwini anak tirinya ialah kerana.........

a)

Faktor keturunan

b)

Fatimah telah disetubuhi

c)

Fatimah masih dalam idah

d)

Fatimah belum melahirkan anak

16.

Seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh tetapi lemah syahwat

********************


Hukum berkahwin bagi situasi diatas ialah.....

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Haram

17.

Siti telah berkahwin dengan Abu setelah setahun kematian kakaknya (bekas isteri Abu) .

***********

Hukum perkahwinan tersebut sah kerana......

a)

Abu bukan saudara susuannya

b)

Abu bukan diharamkan berkahwin dengan Siti kerana nasab

c)

Siti bukan perempuan yang haram berkahwin kerana persemendaan

d)

Siti bukan perempuan yang diharamkan berkahwin selama-lamanya

18.

Islam menetapkan terdapat golongan yang haram dikahwini dengan sebab keturunan.Apakah hikmah pengharaman tersebut?

a)

Memelihara kesucian salasilah keluarga

b)

Memudahkan pembahagian harta pusaka

c)

Menghalang daripada perkara-perkara yang haram

d)

Boleh memberikan zuriat yang ramai

19.

-Isteri kepada bapa (ibu tiri)

-Isteri kepada anak (menantu)

-Ibu kepada isteri (ibu mertua)

**************


Wanita yang disenaraikan di atas haram kerana dikahwini dengan sebab...

a)

Penyusuan

b)

Keturunan

c)

Persemendaan

d)

Kekeluargaan

20.

Berikut adalah sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim kecuali...

a)

wali menyembunyikan diri

b)

wali sibuk dengan kerja

c)

wali akrab tidak dapat dikesan

d)

wali akrab dalam tahanan

21.

Mahar ialah suatu pemberian daripada suami kepada isteri selepas akad nikah.Apakah hukum pemberian mahar tersebut?

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Wajib

d)

Makruh

22.
NYATAKAN HIKMAH POLIGAMI?
a)
MENINGKATKAN KEIMANAN
b)
SUATU PENYELESAIAN MASALAH RUMAHTANGGA
c)
MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA
d)
MEMBANTU ORANG MISKIN
23.
BERAPAKAH BILANGAN TALAK DALAM ISLAM?
a)
10
b)
100
c)
3
d)
13
24.
BERIKUT ADALAH JENIS-JENIS TALAK KECUALI:
a)
SUNNI
b)
AD-DIWAN
c)
BID'IE
d)
RAJ'I
25.
BERIKUT ADALAH HIKMAH TALAK DALAM ISLAM KECUALI:
a)
SELESAI KRISIS RUMAHTANGGA
b)
MEMBERI KEINSAFAN  KEPADA PASANGAN
c)
MERUPAKAN PENAWAR KEPADA MASALAH YANG DIHADAPI
d)
MENIMBULKAN PERGADUHAN DAN PERMUSUHAN
26.
NYATAKAN SYARAT SAH TALAK?
a)
SUAMI YANG SEDANG TIDUR
b)
SUAMI YANG HILANG AKAL
c)
SUAMI YANG DIPAKSA
d)
SUAMI BALIGH
27.
"SAYA TALAK AWAK"..BERIKUT ADALAH LAFAZ TALAK SECARA?
a)
MAJAZ
b)
KINAYAH
c)
SORIH
d)
RAJIE
28.

Seorang bakal suami tdak boleh melihat bakal isteri kecuali:

a)

Muka dan tapak kaki

b)

Tapak tangan dan muka

c)

Semua badan kecuali alat-alat sulit

29.

Berikut adalah perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan apabila ikatan pertunangan terputus kecuali:

a)

Mengambil balik hantaran yang telah didahulukan

b)

Memutuskan silaturrahim

c)

Enggan membayar ganti rugi akibat mungkir janji

30.

Hantaran pertunangan adalah hibah,sekiranya hantaran itu masih ada,pihak lelaki boleh meminta kembali,sekiranya sudah rosak,hilang atau sudah digunakan ,maka pihak lelaki tidak berhak menuntut ganti rugi. Pendapat ini berkaitan hantaran oleh:

a)

Malikiah

b)

Hanafiah

c)

As-Syafieyah dan al-Hanbaliah

31.

Antara yang berikut,manakah yg merupakan syarat untuk perempuan yang hendak dipinang:

a)

Mahram

b)

Tunang orang

c)

Bukan isteri orang

32.

Perempuan haram dikahwini disebabkan faktor berikut kecuali

a)

penyusuan

b)

persaudaraan

c)

persemendaan

33.

Berikut adalah perempuan yang haram dikahwini sementara kecuali

a)

adik perempuan seibu

b)

perempuan yang bersuami

c)

perempuan yang ditalak tiga

34.

Peminangan boleh dilakukan dengan lafaz

a)

soreh dan inayah

b)

soreh dan riayah

c)

soreh dan kinayah

35.

Hukum menyebut kadar mahar ketika akad adalah

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

36.

Berikut adalah tujuan Islam mensyariatkan pemberian mahar kepada isteri kecuali

a)

sebagai tanda kasih sayang

b)

sebagai tanggungjawab suami

c)

sebagai tanda ikatan kekeluargaan

37.

Antara hikmah walimatulurus ialah

I menghubungkan silaturahim

II dapat mengembangkan keturunan

III pengisytiharan sebagai suami isteri

IV dapat mengadakan kenduri secara besar-besaran

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

38.

Hukum menghadiri walimatulurus adalah

a)

sunat muakad

b)

sunat

c)

harus

39.

Orang yang tidak mendesak untuk berkahwin @ tidak ada perkara yang mengharamkannya berkahwin.


Apakah hukum tersebut ?

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat

40.

Orang yang tidak mampu memberi nafkah zahir batin dan akan melakukan kezaliman kepada pasangan.


Apakah hukum tersebut ?

a)

wajib

b)

haram

c)

sunat

41.

Seorang perempuan diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga.


Apakah hak yang boleh dituntut oleh perempuan itu semasa idah?

a)

Berhak mendapat tempat tinggal sahaja jika tidak mengandung

b)

Berhak mendapat nafkah perbelanjaan dan pakaian

c)

Jika mengandung berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal

d)

Jika sedang menyusukan anak,berhak mendapatkan upah menyusu

42.

Pilih pernyataan yang benar mengenai tempoh idah.

a)

Idah kematian suami ialah empat bulan

b)

Tidak ada idah bagi isteri hamil yang diceraikan

c)

Idah bagi perempuan yang putus haid tiga bulan genap

d)

Idah isteri yang belum disetubuhi ialah 3 kali suci daripada haid

43.

Seorang perempuan diceraikan oleh suaminya dengan talak 3.

Nyatakan hak yang boleh dituntut oleh perempuan itu semasa idah.

a)

Harta sepencarian

b)

Mahar yang belum dibayar

c)

Nafkah sahaja jika mengandung

d)

Upah menyusu jika sedang menyusukan anak

44.

Antara yang berikut yang manakah tidak benar mengenai syarat sah rujuk.

a)

Talak rujie'

b)

Dalam tempoh idah

c)

Tanpa diikat dengan syarat

d)

Dengan persetujuan isteri

45.

Perkahwinan akan terfasakh dengan sendirinya apabila.....

a)

Berlaku kecacatan atau keaiban

b)

Fasakh kerana tidak sekufu atau setaraf

c)

Suami tidak mampu atau cuai memberi nafkah

d)

Selepas berlaku akad ternyata isteri adalah mahram

46.

Perkara yang membezakan antara khuluk dan fasakh ialah...

a)

Pengurangan jumlah talak

b)

Isteri tidak mendapat hak mut'ah

c)

Tidak boleh rujuk kecuali dengan akad yang baru

d)

Isteri hanya berhak mendapat tempat tinggal sahaja

47.

Salmah diceraikan oleh suaminya dengan talak 1 atas permintaannya.


Apakah hak yang boleh dituntut oleh Salmah semasa idah?

a)

Berhak mendapat bayaran mut'ah

b)

Berhak mendapat nafkah tempat tinggal dan pakaian

c)

jika sedang menyusukan anak,berhak mendapat upah menyusu

d)

Jika mengandung berhak mendapat nafkah tempat tinggal dan pakaian

48.

Pilih keadaan yang paling tepat bagi membolehkan bekas suami dan isteri berkahwin semula selepas bercerai dengan talak 3

a)

Berkahwin dengan suami baharu kemudian bercerai

b)

Tamat idah kemudian berkahwin semula dengan akad yang baharu

c)

Tamat idah,berkahwin dengan suami baharu kemudian bercerai

d)

Berkahwin dengan suami baharu,berlaku persetubuhan,bercerai dan tamat idah

49.

Aminah telah diceraikan oleh suaminya ketika dia sedang mengandung.

Apakah nafkah yang boleh dituntut oleh Aminah semasa dalam tempoh idah?

a)

Makan dan minum sahaja

b)

Tempat tinggal dan pakaian sahaja

c)

Makan,minum dan tempat tinggal sahaja

d)

Makan, minum,tempat tinggal dan pakaian

50.

Perpisahan antara suami dan isteri dengan bayaran tertentu.

Pernyataan di atas merujuk kepada......

a)

Talak

b)

Fasakh

c)

Khuluk

d)

Ta'liq

51.
Maksud Kahwin pada bahasa
a)
Lamaran
b)
Halalkan hubungan
c)
Cantum
d)
Ijab
52.

kabul hendaklah dilafazkan oleh suami atau _________

a)

bapa

b)

datuk

c)

wakil wali

d)

wakil suami

53.

melakukan upacara tepung tawar semasa walimatulurus mengandungi unsur

a)

membazir

b)

khurafat

c)

maksiat

d)

bidaah

54.

Mak cik Kiah ingin membuat kenduri perkahwinan anak perempuannya.Berikan hukum majlis tersebut

a)

harus

b)

sunat muaakad

c)

wajib

d)

haram

55.

Berikut adalah tanggungjawab isteri terhadap suami kecuali

a)

Tinggal di rumah suami.

b)

Memberi layanan baik kepada suami

c)

Memelihara kehormatan diri

d)

keluar rumah tanpa izin suami

56.

hukum orang yang mampu menunaikan nafkah zahir batin dan berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak khuatir terjerumus kepada zina

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat

d)

makruh

57.

Orang yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuan dengan syarat bakal suaminya adalah sekufu ialah

a)

wali mujbir.

b)

wali hakim.

c)

saudara lelaki.

d)

wali bukan mujbir.

58.

MAKSUD LI'AN dari sudut bahasa

a)

Laknat

b)

Benci

c)

Mengherdik

d)

Lalai

59.

MAKSUD LI'AN dari sudut ISTILAH

a)

SUMPAH suami disertakan LAKNAT Allah untuk menafikan NASAB/kandungan isterinya.

b)

SUMPAH suami disertakan LAKNAT Allah untuk menolak QAZAF dan untuk menafikan NASAB.

c)

SUMPAH suami disertakan LAKNAT Allah untuk menolak kejahatan isteri yang NUSYUZ.

d)

SUMPAH suami disertakan LAKNAT.

60.

Pilih RUKUN LI'AN yang betul

a)

Suami, Isteri dan Lafaz

b)

Isteri, Lafaz dan Sebab

c)

Suami, Isteri, Lafaz dan Sebab

d)

Suami, Lafaz dan Sebab

61.

Pilih 3 SEBAB berlakunya sumpah Li'an

a)

Apabila suami menuduh isterinya berzina tanpa saksi

b)

untuk mengelakkan hukuman QAZAF (tuduh zina)

c)

untuk menghukum isterinya

d)

Apabila suami sendiri melihat isterinya berzina

62.

Apakah hukuman kepada suami yang menuduh isterinya berzina tanpa 4 saksi

a)

100 sebatan

b)

Dipenjarakan

c)

80 sebatan

d)

Denda RM 1000

63.

Apakah hukuman kepada isteri yang tidak dapat menolak dakwaan zina oleh suaminya melalui Li'an

a)

100 sebatan

b)

Dipenjarakan

c)

Dibuang daerah

d)

Rejam sampai mati

64.

Pilih 3 KESAN Li'an kepada suami dan isteri

a)

Suami dan isteri terpisah selama-lamanya (tidak boleh kahwin semula)

b)

Isteri dikenakan hukuman rejam sehingga mati jika tidak menolak dakwaan

c)

Anak yang dinafikan nasab perlu dihantar ke rumah kebajikan

d)

Suami terlepas daripada hukuman QAZAF

65.

Pilih 2 HIKMAH Li'an

a)

Suami dapat mencari penyelesaian secara adil

b)

Anak-anak tidak terabai

c)

Isteri dapat mempertahankan maruahnya melalui sumpah Li'an

d)

Menyemarakkan kasih sayang dalam perhubungan

66.
Qabul merupakan istilah yang merujuk kepada
a)
lafaz yang diucapkan oleh wali.
b)
lafaz penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami
c)
lafaz untuk menceraikan isteri
d)
lafaz untuk tujuan rujuk kembali
67.

Rukun nikah terbahagi kepada 5 perkara.

a)

Betul

b)

Salah

68.

Sighoh adalah ucapan lafaz tawaran dan penerimaan dalam pernikahan.

a)

Betul

b)

Salah

69.

Ijab adalah pernyataan dalam akad pernikahan yang disampaikan oleh…

a)

wali

b)

saksi

c)

calon suami

d)

penghulu

e)

istri

70.

Apakah yang dimaksudkan dengan WALI BUKAN MUJBIR

a)

mereka selain daripada bapa dan datuk

b)

bapa dan datuk

c)

wali yang hampir dengan perempuan tersebut

71.

Siapakah yang akan melafazkan ijab?

(a)  

72.

Siapa pula yang akan melafazkan qabul ?

(a)  

73.
Qabul merupakan istilah yang merujuk kepada
a)
lafaz yang diucapkan oleh wali.
b)
lafaz penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami
c)
lafaz untuk menceraikan isteri
d)
lafaz untuk tujuan rujuk kembali
74.

  1. Talak yang sesuai dengan dengan peraturan syarak dinamakan talak (a)   .

75.

Talak (a)   bermaksud talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.

76.

Hukum menceraikan isteri yang berakhlak buruk adalah (a)   .

77.

(a)   ialah talak yang menyalahi dengan peraturan syarak.

78.

Talak juga boleh berlaku dengan tulisan atau (a)   yang difahami.

79.

Talak raj’ie ialah talak satu atau dua yang belum tamat tempoh (a)   .

80.

“Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah

Hukum talak di atas ialah

a)

makruh

b)

haram

c)

harus

d)

wajib

81.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai talak.

a)

Talak boleh dijatuhkan sesuka hati

b)

Talak hak suami sekalipun isteri tidak setuju

c)

Talak boleh dilafazkan ketika isteri sedang haid

d)

Talak hendaklah dilafazkan di hadapan saksi

82.

Berikut adalah rukun talak, kecuali

a)

Isteri

b)

Lafaz

c)

Saksi

d)

Suami

83.

• Boleh rujuk dalam tempoh iddah

• Tidak perlu akad dan mahar yang baru



Berdasarkan pernyataan di atas, talak tersebut ialah

a)

Taklik

b)

Raj’ie

c)

Bain sughra

d)

Bain kubra

84.

Encik Abu menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan tidak disetubuhi ketika suci.

Berdasarkan pernyataan di atas, namakan jenis talak bagi situasi tersebut

a)

Bain

b)

Raj’ie

c)

Sunni

d)

Bid'ie

85.

Berikut adalah hikmah talak kecuali

a)

Memberi peluang kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk memulakan hidup baru

b)

Menyedarkan pasangan tentang kepentingan menghayati ajaran Islam

c)

Menyedari kesalahan dan menginsafi kelemahan masing-masing

d)

Memberi pengalaman kepada setiap pasangan

86.

Talak Bain Kubra bermaksud

a)

Talak yang boleh dijatuhkan sesuka hati

b)

Talak boleh dilafazkan ketika isteri sedang haid

c)

Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad yang baru

d)

Talak yang haram bekas suami mengahwini semula kecuali selepas isterinya berkahwin lain

87.

Rujuk adalah hak suami tetapi hanya boleh dilakukan dalam talak _________ sahaja.

a)

Sunni

b)

Bid 'i

c)

Raj 'i

d)

Bain

88.

Hukum rujuk bagi mendatangkan kemudaratan kepada isteri dan menzaliminya adalah

a)

makruh

b)

harus

c)

sunat

d)

haram

89.

Suami berkata “Aku rujuk engkau”. Lafaz tersebut adalah lafaz secara

a)

soreh

b)

kinayah

c)

sahih

d)

taklik

90.

Suami berkata” aku pegang engkau kembali”. lafaz tersebut adalah lafaz

a)

kifarah

b)

soreh

c)

sahih

d)

kinayah

91.

Manakah antara berikut bukan syarat suami yang hendak rujuk dengan isterinya?

a)

Islam

b)

Berakal

c)

Mumaiyyiz

d)

Kemahuan sendiri

92.
waktu untuk rujuk adalah 
a)
setelah habis iddah
b)
sebelum habis iddah 
93.
hukum melafazkan rujuk bertaklik dan ditentukan masa adalah 
a)
sah
b)
tidak sah
94.

Rujuk secara bergurau juga dianggap (a)   walaupun dilakukan secara bermain-main

95.

Berikut syarat sah isteri yang dirujuk..KECUALI

a)

bukan secara fasakh

b)

tamat tempoh idah

c)

bukan secara khuluk

d)

islam

96.

Berikut kesan rujuk terhadap institusi kekeluargaan

a)

anak-anak akan kembali merasai kasih sayang

b)

anak-anak terabai

c)

pihak keluarga berpecah

97.

Bagaimanakah keadaan yang dikatakan hukum perkahwinan itu wajib?

a)

Seseorang itu tidak mampu menunaikan nafkah zahir namun sihat tubuh badan dan ditakuti jatuh ke dalam penzinaan

b)

Seseorang itu berkemampuan menunaikan nafkah zahir & batin, sihat tubuh badan dan mampu mengawal diri daripada perzinaan

c)

Seseorang itu berkemampuan menunaikan nafkah zahir & batin, sihat tubuh badan dan tiada tuntutan mendesak untuk berkahwin

d)

Seseorang itu berkemampuan menunaikan nafkah zahir & batin, sihat tubuh badan dan ditakuti jatuh ke dalam penzinaan

98.

Faqih merupakan seorang duda yang sudah kematian isterinya. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia setahun. Bagi memastikan anaknya membesar dengan kasih-sayang dan perhatian seorang ibu, dia berhasrat untuk berkahwin buat kali kedua. Namun, dia sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab batin sebagai seorang suami selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Apakah hukumnya jika dia hendak berkahwin buat kali kedua?

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Sunat

99.

Pernyataan yang berikut, manakah BUKAN merupakan implikasi pernikahan yang tidak mengikut syariat?

a)

Melahirkan anak syubhah yang diragui nasab keturunannya

b)

Memberi kesan negatif kepada anak-anak

c)

Anak-anak akan lebih menyayangi ibu bapa

d)

Menimbulkan masalah sekiranya berlaku penceraian atau kematian

100.

· Berlaku dalam satu majlis

· Bahasa yang boleh difahami

· Tidak diselangi dengan masa diam yang lama @ perkataan yang tidak berkaitan

Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan di atas?

a)

Lafaz Sighah (ijab dan kabul)

b)

Pemberian Mahar

c)

Pengakuan ‘Sah’ daripada dua orang saksi semasa Ijab dan Kabul

d)

Lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan

101.

Apakah yang dimaksudkan dengan Mahar Mithil?

a)

Mahar yang tidak ditentukan kadarnya semasa akad. Dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar dan penilaian mahar saudara-saudara perempuan pengantin itu.

b)

Mahar yang ditentukan kadarnya semasa akad. Dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar dan penilaian mahar saudara-saudara perempuan pengantin itu.

c)

Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak

d)

Mahar yang dibayar secara beransur-ansur kepada isteri dan wajib dilafazkan berkenaan perkara itu semasa Ijab dan Kabul.