Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah SPM KBSM 2

Total questions: 25

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Raja berikut bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan dan membina Baray untuk mengairi sawah padi. Siapakan Raja yang dimaksudkan ?

a)

Raja Sukhotai

b)

Raja Banmipol 2

c)

Raja Indravarman I

d)

Firaun Hatshepsut

2.

Mengapakah Angkor menjadi kerajaan agraria yang kuat pada zaman tamadun awal Asia Tenggara?

a)

Tentera yang setia

b)

Empayar yang luas

c)

Berhampiran Tasik Tonle Sap

d)

Rakyat jelata pelbagai keturunan

3.
Mengapakah tamadun awal dunia terbentuk di kawasan lembah sungai?    
a)
Kepercayaan nenek moyang
b)
Kemudahan pemujaan
c)
Keselamatan terjamin 
d)
Kesuburan tanah
4.
Mengapakah Maharaja Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan Tembok Besar China?    
a)
Menunjukkan ketinggian seni bina 
b)
Menghalang penghijrahan penduduk 
c)
Melaksanakan pemerintahan secara autokratik
d)
Mempertahan empayar daripada serangan musuh 
5.
Selepas kedatangan Islam, berlaku perubahan dalam adat istiadat pertabalan raja dalam masyarakat Melayu tradisional.     Apakah perubahan tersebut?    
a)
Pembacaan ciri 
b)
Menjunjung duli 
c)
Sumpah daulat 
d)
Proses baiah
6.
Senarai berikut adalah teori kedatangan Islam di Asia Tenggara.  
•  Islam dari Arab  
•  Islam dari China
 
•  Islam dari India

Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut?    
T4 ms 175-176 (SPM 2009)
a)
A. Menerusi kegiatan perluasan kuasa
b)
B. Melalui pertukaran kebudayaan
c)
C. Melalui kegiatan perdagangan
d)
D. Menerusi kegiatan kesusasteraan 
7.
Pada zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura. 
Apakah kebaikan sistem tersebut?
T4 ms 143 (SPM 2010)
a)
A. Menjamin kesinambungan pemerintahan
b)
B. Meneruskan tradisi masyarakat Arab
c)
C. Mendapat sokongan orang bukan Arab
d)
D. Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
8.
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan ?
 T4 B4 ms 101
 (SPMU 2016) 
a)
A. Harta tergadai


b)
B. Hilang jawatan
c)
C. Maruah tercabar
d)
D. Keluarga terancam
9.

Bagaimanakah konsep daulat diperkukuhkan?

a)

Menggunakan kekuatan tentera

b)

Memantapkan adat istiadat

c)

Melalui pendidikan formal

d)

Menjalin hubungan luar

10.

Kepentingan tulisan jawi dibuktikan menerusi penulisan dalam Buku ?

a)

Sejarah Melayu

b)

Merong Mahawangsa

c)

Syaribun Alashikin

d)

Hikayat

11.

Selepas kedatangan islam, istiadat pemakaman telah ditiru dari zaman Bani ____________ ?

a)

Umaiyah

b)

Abbasiyyah

c)

Mamluk

d)

Israel

12.

Apakah nama matawang kerajaan Melayu Terengganu tersebut?

a)

Dinar emas

b)

Kupang emas

c)

Jongkong Tampang

d)

Katun

13.

Syarikat tersebut asalnya milik pelabur asing yang berfokuskan kepada penanaman ?

a)

Getah

b)

Tebu

c)

Kopi

d)

Tembakau

14.

Ketiga-tiga kawasan berikut telah menjadi tumpuan imperialisme Barat.


China

India

Asia Tenggara


Apakah tarikan utama kuasa Barat terhadap ketiga-tiga kawasan tersebut?

a)

Penemuan pasaran baru

b)

Kaya dengan sumber minyak

c)

Kedudukan yang strategik

d)

Sistem pengangkutan yang maju

15.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kesan penciptaan telegraf semasa perkembangan imperialisme Barat di Asia Tenggara.


Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.

X

Ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur.


Apakah kesan X?

a)

England muncul sebagai pelopor

b)

Mudahkan urusan perniagaan

c)

Kos perhubungan yang murah

d)

Persaingan pesat kuasa-kuasa Barat

16.

Apakah imperialis Barat memberi tumpuan kepada kedua-dua negara berikut?


China

India

a)

Kekayaan bahan mentah

b)

Tenaga mahir yang ramai

c)

Tanah pamah yang subur

d)

Kawasan pasaran yang baru

17.

Apakah ciri-ciri umum sistem birokrasi yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara semasa penjajahan Barat yang kekal hingga hari ini?

a)

Pengenalan undang-undang Barat

b)

Pelantikan Gabenor Kecil sebagai ketua pentadbir

c)

Gabenor Jeneral sebagai ketua biro

d)

Golongan Datu sebagai pentadbir bandar

18.

Selepas dikuasai oleh Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral.


Mengapakah Gabenor Jeneral bertanggungjawap terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris?

a)

Kawalan pemerintahan penjajah

b)

Permintaan rakyat IndoChina

c)

Pertelingkahan yang tiada penghujung

d)

Kebangkitan rakyat tempatan

19.

Maklumat berikut menunjukkan sistem pemerintahan di Vietnam sebelum penjajahan Perancis?


Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.


Bagaimanakah pelantikan golongan tersebut dijalankan?

a)

Proses pilihan raya

b)

Sistem penggiliran

c)

Melalui peperiksaan

d)

Berasaskan keturunan

20.

Apakah peranan kemunculan persatuan-persatuan berikut dalam perkembangan politik di Asia Tenggara?


Persatuan Belia Buddha

Pan-Islamisme

a)

Menjadi alat perpaduan

b)

Menyampaikan mesej penjajahan

c)

Menewaskan gerakan pengkristianan

d)

Menentang penjajah barat

21.

Pembaharuan berikut merupakan beberapa perkara yang diperkenalkan oleh British semasa mentadbir Tanah Melayu.


Pengenalan sistem kehakiman Barat

Pelaksanaan sistem pengutipan cukai

Pembahagian negeri kepada daerah

X


Apakah X?

a)

Penubuhan balai polis

b)

Peluang pekerjaan kepada wanita

c)

Rampasan wang graduiti kerabat diraja

d)

Kekejaman kepada kaum minoriti

22.

Maklumat berikut merupakan kesan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah.


Kemasukan imigran secara besar-besaran telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.


Apakah dasar tersebut?

a)

Autonomi

b)

Buka pintu

c)

Keterbukaan

d)

Campur tangan

23.

Tokoh berikut telah berjasa kepada negara kita.


Dato Maharaja Lela

Dato Bahaman

Haji Abdul Rahman Limbong


Apakah jasa mereka?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Menetang Malayan Union

c)

Mencetuskan gerakan nasionalisme

d)

Menyokong perluasan imperialisme

24.

Maklumat berikut merupakan peraturan tanah yang diperkenalkan oleh british di Terengganu.


Setiap tanah yang dibuka mesti mendapat keizinan British

Pengenalan cukai tanah


Mengapakah masyarakat tempatan menentang peratauran tersebut?

a)

Mengambil alih kuasa pembesar

b)

Bertentangan amalan tradisi masyarakat

c)

Tanpa berunding dengan masyarakat tempatan

d)

Menghapuskan sistem pemilikan tanah orang Melayu

25.

Perkara berikut merupakan gelaran yang digunakan oleh golongan pembesar di kelantan.


Nik

Wan


Bagaimanakah golongan tersebut mengukuhkan kewibawaan sultan?

a)

Menjalankan upacara pelantikan

b)

Menggunakan unsur mitos

c)

Memberikan kesetiaan

d)

Menyediakan kerahan tenaga