wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah B4T4 KSSM

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pada 1 Disember 1945, British Military Administration (BMA) telah mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu. Apakah tujuan BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu?

a)

Menguasai ekonomi

b)

Memulihkan keamanan

c)

Menentang Jepun

d)

Menyokong Malayan Union

2.

Berikut merupakan sebab Malayan Union diperkenalkan bagi menggantikan BMA KECUALI

a)

Melicinkan sistem pentadbiran

b)

Meningkatkan pelaburan ekonomi

c)

Mengadakan perkongsian kuasa dalam pentadbiran

d)

Mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja

3.

Berikut merupakan perkara yang dibentangkan dalam Kertas Putih 6274 KECUALI

a)

Konsep kesatuan

b)

Syarat kewarganegaraan

c)

Hak istimewa orang Melayu

d)

Kedudukan Raja-Raja Melayu

4.

Apakah kaitan Rees Williams dengan proses penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Setiausaha Tanah Jajahan

b)

Setiausaha peribadi Charles Vyner Brooke

c)

Ahli Parlimen British

d)

Gabenor British di Sarawak

5.

Berikut merupakan faktor penentangan penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British KECUALI

a)

Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941

b)

Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

c)

Gerard T. MacBryan menggunakan muslihat

d)

Majlis Negeri memberikan kelulusan tanpa mengambil kira pandangan rakyat

6.

Apakah yang diperkenalkan di Sabah selepas tentera Jepun menyerah kalah?

a)

Syarikat Borneo Utara British

b)

Young Malay Association (YMA)

c)

British Military Administration (BMA)

d)

Malayan Union

7.

Bandar Sandakan pernah dibom oleh tentera Jepun. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Penentangan penduduk terhadap tentera Jepun

b)

Menubuhkan Persekutuan Borneo

c)

Penyerahan Sabah kepada British

d)

Menyertai gagasan Malaysia

8.

Apakah matlamat awal penubuhan persatuan-persatuan di Sabah?

a)

Menuntut kemerdekaan daripada British

b)

Menuntut British menyediakan kemudahan pendidikan

c)

Memperbaiki keadaan ekonomi dan politik kaum bumiputera

d)

Memperjuangkan kedudukan rakyat dalam pentadbiran kerajaan

9.

Apakah tugas British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu?

a)

Memupuk semangat perpaduan

b)

Melindungi kepentingan peribumi

c)

Mengembalikan kestabilan negara

d)

Menghapuskan perasaan perkauman

10.

British telah bertindak mengubah status Tanah Melayu daripada Negeri Naungan kepada Negeri Jajahan. Bagaimanakah perubahan tersebut dilaksanakan?

a)

Memperkenalkan Malayan Union

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Menggubal perlembagaan merdeka

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

11.

Siapakah yang akan mengetuai pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu?

a)

Gabenor

b)

Residen General

c)

Raja-raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi

12.

Apakah persamaan antara tokoh wanita ini?

# Cikgu Zaharah Abdullah

# Halimahton Abd Majid

# Dain Puteh Mariah Ibrahim

a)

Menjaga kebajikan wanita

b)

Meningkatkan ekonomi desa

c)

Mempelopori pendidikan wanita

d)

Menjadi benteng barisan hadapan

13.

Bagaimanakah orang Melayu menzahirkan kesedihan mereka pada hari lahirnya Malayan Union yang dianggap sebagai "Hari Kematian"?

a)

Memakai lilitan kain putih pada songkok

b)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

c)

Membakar bangunan pentadbiran kerajaan

d)

Menganjurkan mogok secara besar-besaran

14.

Apakah kesan pengenalan Malayan Union terhadap orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Perpaduan kukuh

b)

Peningkatan ekonomi

c)

Perkembangan budaya

d)

Pengukuhan kuasa sultan

15.

Senarai berikut merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh Charles Vyner Brooke.

# sudah tua dan uzur

# tidak mempunyai anak lelaki

# enggan melantik Anthony Brooke sebagai pengganti

Bagaimanakah beliau mengatasi masalah tersebut?

a)

Menyerahkan Sarawak kepada British

b)

Memberikan kemerdekaan kepada Sarawak

c)

Melatih pemimpin tempatan dalam pentadbiran

d)

Mengupah pakar perubatan memantau kesihatan

16.

Mengapakah Pekeliling No. 9/1946 dikeluarkan oleh British di Sarawak?

a)

Memberi amaran kepada parti politik

b)

Mengawal pelantikan kakitangan kerajaan

c)

Mengingatkan tentang kebebasan bersuara

d)

Melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan

17.

Parti politik di Sabah tidak aktif semasa pemerintahan British. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Tiada keyakinan diri yang tinggi

b)

Taraf pendidikan penduduk yang rendah

c)

Kurang semangat nasionalisme dalam diri

d)

Penindasan terhadap kegiatan berpersatuan

18.

Apakah peranan dan bidang kuasa sultan dalam pentadbiran Malayan Union?

a)

Ketua pentadbir

b)

Penasihat Gabenor

c)

Penggubal undang-undang

d)

Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

19.

Raja-raja Melayu mengadakan perjumpaan dengan Dato' Onn Jaafar di Hotel Station. Orang ramai melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Hidup Melayu".

Apakah peristiwa tersebut?

a)

Pembentukan UMNO

b)

Mengaktifkan semula persatuan Melayu

c)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union

d)

Rapat umum untuk membantah Malayan Union

20.

Apakah status Sabah semasa pemerintahan SBUB?

a)

Negeri naungan British

b)

Tanah jajahan British

c)

Pengkalan tentera British

d)

Negeri penampan

21.

Apakah permintaan dalam memorandum Persatuan Pelajar Melayu Britain berkaitan kewarganegaraan dalam rancangan Malayan Union?

a)

Hak untuk rakyat sultan

b)

Berasaskan prinsip jus soli

c)

Tidak mengikut prinsip jus soli

d)

Ditentukan oleh Raja-raja Melayu

22.

Mengapakah pihak British menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Rosli Dhoby?

a)

Menikam Sir Duncan Stewart

b)

Melancarkan mogok besar-besaran

c)

Merupakan pengasas parti radikal

d)

Merupakan ahli gerakan antipenyerahan

23.

Apakah peranan Gammans dalam proses penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Menandatangani surat perjanjian

b)

Mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan

c)

Mendapatkan kelulusan Majlis Negeri

d)

Membuat tinjauan terhadap reaksi penyerahan Sarawak

24.

Apakah kaitan Rees Williams dengan proses penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Setiausaha Tanah Jajahan

b)

Setiausaha peribadi Charles Vyner Brooke

c)

Ahli Parlimen British

d)

Gabenor British di Sarawak

25.

Siapakah antara berikut yang ditugaskan oleh British untuk mendapatkan tandatangan sultan?

a)

H.C. Willan

b)

George Henry Hall

c)

Sir Harold MacMichael

d)

Mejar Jeneral Ralph Hone