Font size
WorksheetsSejarah B7T4 KSSM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Mengapakah British mengharamkan Angkatan Pemuda Insaf (API)?
Memperjuangkan hak rakyat
Membuat tuntutan kemerdekaan
Menyokong perjuangan komunis
Menggunakan pendekatan radikal
Slogan "Merdeka dengan Darah" digunakan oleh parti berikut bagi menggerakkan perjuangan kemerdekaan.
Kesatuan Melayu Muda
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
Pergerakan Pemuda Melayu
Angkatan Pemuda Insaf
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi dan beberapa tokoh lain.
Antara tokoh tersebut ialah
Tunku Abdul Rahman
Ahmad Boestamam
Zakaria Gunn
Tan Cheng Lock
Mengapakah Independence of Malayan Party (IMP) yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar ditubuhkan?
Menyekat pengaruh komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Mempertahankan hak peribumi
Mengurangkan pengaruh golongan radikal
Apakah matlamat perjuangan Hizbul Muslimin?
Memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya
Menekankan pemerintahan demokrasi dan dasara ekonomi mengutamakan rakyat
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai negara Islam
Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan
Antara berikut, tokoh yang manakah yang memimpin Malayan Chinese Association (MCA)?
Tan Cheng Lock
Lee Kuan Yew
Tun H.S. Lee
C.C. Tan
Manakah antara berikut merupakan matlamat penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan
Menuntut pemerintahan berkerajaan sendiri dan pembentukan negara yang berdaulat
Menghapuskan komunis di Tanah Melayu
Apakah kepentingan pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ?
Merundingkan kemerdekaan dengan kerajaan British
Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Menggalakkan penubuhan parti politik berasaskan kaum
Meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum
Antara berikut, yang manakah slogan yang digunakan oleh UMNO dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu?
Merdeka
Hidup Melayu
Hidup Melayu-Merdeka
Tanah Melayu untuk Malayan
Penubuhan _____________ membuktikan kebencian Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) terhadap kolonial.
Rukun 13
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Siapakah tokoh yang menuntut Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) 1950 ditubuhkan?
E.E.C. Thuraisingham
Dato' Onn Jaafar
Dr. Mustapha Osman
Zainal Abidin Haji Abas
Bagaimanakah Sistem Ahli membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri?
Mengenal pasti peranan pemimpin pelbagai kaum
Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan
Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum
Undang-undang antiperkauman digubal
Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas
Apakah portfolio yang dijawat oleh H.S. Lee dalam Sistem Ahli?
Ahli Pelajaran
Ahli Kesihatan
Ahli Pengangkutan
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
Antara berikut, yang manakah DUA kandungan yang terdapat dalam Laporan Barnes 1951?
Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan
Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu
Sekolah rendah wajib menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Antara berikut, yang manakah kandungan yang terdapat dalam Laporan Fenn-Wu 1951?
Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan
Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan sistem kurikulum di China
Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Apakah maksud sekolah vernakular?
Sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
Sekolah yang menggunakan pelbagai bahasa sebagai bahasa pengantar
Sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Antara berikut, yang manakah DUA pernyataan yang benar berkaitan dengan Laporan Woodhead 1955?
Memperkasakan pendidikan menengah sahaja
Mementingkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa
Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan
Pasangan manakah yang BETUL berkaitan Dasar Pendidikan Kebangsaan?
Laporan Barnes 1951 =>Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Laporan Fenn-Wu 1951 => Tanah Melayu mempunyai dua jenis sekolah rendah
Ordinan Pelajaran 1952 => Pendidikan percuma untuk semua sekolah rendah
Laporan Woodhead 1955 => Kurikulum yang seragam untuk semua sekolah
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 juga dikenali sebagai _______________
Ordinan Pelajaran 1956
Penyata Razak 1956
Penyata Rahman Talib
Ordinan Pelajaran Koloni 1956
# Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
# Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Maklumat ini berkaitan
Laporan Barnes 1951
Laporan Fenn-Wu 1951
Laporan Woodhead 1955
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
Antara berikut, yang manakah cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956?
Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
Memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah
Memperkenalkan buku teks yang berlatarbelakangkan unsur tempatan
Apakah matlamat penubuhan United Malays National Organisation (UMNO)?
Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya
Menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan
Memperjuangkan hak yang sama untuk semua kaum
Menjaga kepentingan orang dagang di Tanah Melayu
Selain memelihara kepentingan kaum Cina, apakah tujuan utama penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) di Tanah Melayu?
Menentang komunis
Membentuk Perikatan
Menuntut kemerdekaan
Memajukan ekonomi
Bagaimanakah UMNO, MCA dan MIC mewujudkan kerjasama politik?
Melonggarkan syarat kerakyatan
Menggalakkan penubuhan parti politik
Membentuk Parti Perikatan
Menyekat kemasukan imigran
