WorksheetsWacana
Total questions: 13
Worksheet time: 13mins
Konsep wacana yang manakah yang betul?
Wacana ialah satu satuan bahasa yang komples bagi menyampaikan idea.
Wacana ialah satu kesatuan fikiran yang disusun secara berurutan melebihi batas ayat.
Wacana ialah satu satuan bahasa yanng lengkap, yang hanya meliputi dialog, perenggan, dan bab.
Wacana terdiri daripada unsur-unsur linguistik yang mengandungi perkembangan fikiran yang komples.
Keutuhan wacana dapat dilihat daripada
kekukuhan hujah yang diberikan
jalinan unsur-unsur tatabahasanya
teknik persembahan idea penulisnya
tautan idea dalam ayat dan perenggan
Yang manakah pernyataan yang benar tentang wacana?
Menyampaikan idea secara berurutan
memberikan fokus kepada sesuatu isu
mengutamakan bidang yang diperkatakan
mementingkan penggunaan bahasa yang berkesan
Tautan dalam sesebuah wacana digambarkan menerusi aspek yang berikut, kecuali
runtutan idea
penanda kohesi
jalinan perkataan, frasa, atau ayat
keserasian hubungan antara unsur linguistik
Yang manakah wacana yang memperlihatkan kesinambungan idea untuk memperkuat isi?
Kita harus berfikiran positif. Amalan ini boleh menyihatkan minda.
Kakaknya seorang yang bersopan santun. Adinya lebih bbersopan santun.
Tingkah lakunya menarik. Dia sentiasa sopan dan bertutur dengan nada yang lembut.
Kereta jiran saya itu sungguh canggih. Kereta itu sebenarnya kereta buatan Jerman yang terkini.
Pernyataan yang manakah benar tentang wacana?
Satuan bahasa yang lengkap.
Unit bahasa yang melebihi batas ayat
susunan idea yang lengkap dalam satu ayat
gabungan perkataan yang membentuk ayat yang lengkap.
Yang manakah ayat yeng menggunakan penanda penghubung tambahan?
Aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah setiap minggu. Walau bagaimanapun penglibatan pelajar masih kurang menggalakkan.
penglibatan pelajar dalam gejala negatif semakin menjadi-jadi. Ekoran daripada itu, semua pihak hendaklah bekerjasama bagi menangani masalah ini.
Para pelejar hendaklah memberikan tumpuan kepada pengajaran guru di bilik darjah. Di samping itu, mereka juga digalakkan untuk bertanya tentang perkara yang tidak difahami.
Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah penting demi kecemerlangan pelajar. Oleh hal yang demikian, tugas mendidik pelajar perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.
Laut perlu dipelihara agar penecemaran tidak berlaku. Kebersihan (i) habitat bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti sotong, udang, ketam, kerang dan sebagainya perlu dijaga. Hal ini demikian kerana (ii) hidupan akuatik ini menjadi sumber protein bagi manusia. Usaha untuk memelihara khazanah alam itu perlu dilakukan secara berterusan oleh pihak berkuasa agar kebersihan(iii)nya sentiasa terjamin.
Yang manakah padanan yang betul bagi jenis penanda wacana dengan contohnya yang ditandai oleh I, II, dan III dalam petikan di atas?
i) Leksikal II) Penggantian iii) Leksikal
i) Penggantian II) Leksikal iii) Rujukan
i) Leksikal II) Penggantian iii) penggantian
i) Penggantian ii) Rujukan iii) Leksikal
Kerajaan kini giat berusaha untuk memulihkan kegawatan ekonomi. Pelbagai langkah telah diambil, termasuk meliberalisasikan beberapa sektor. ____(i)____, untuk memastikan kejayaannya, usaha kerajaaan itu perlu mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam hal ini, rakyat perlu memahami matlamat pelaksanaan sesuatu usaha yang diperkenalkan oleh kerajaan dan terlibat secara aktif dalam apa-apa jua program ekonomi yanng dilaksanakan. ___(II)___, kerjasama antara kerajaan dengan rakyat amat diperlukan.
Penanda wacana yang sesuai untuk (i) dan (II) ialah
(i) selain itu (ii) Tuntasnya
(i) Walau bagaimanapun (ii) Tegasnya
(i) Dengan kata lain (ii) Pendek kata
(i) Meskipun demikian (ii) Sehubungan dengan itu
Pemimpin itu merupakan pemimpin yang amat dihormati oleh rakyat. ___(I)___ sangat prihatin terhadap masalah rakyat. ___(II)___, rakyat sentiasa menghormatinya.
Yang manakah jenis penanda wacana yang sesuai bagi I dan II dalam petikan di atas?
I) Penanda rujukan
II) Penanda penghubung tempoh
I) Penanda rujukan
II) Penanda penghubung musabab
I) Penanda penggantian
II) Penanda penghubung tambahan
I) Penanda penggantian
II) Penanda penghubung kesimpulan
Pak Jalil berasa sangat gembira kerana telah menerima dua menantu perempuan serentak, iaitu isteri kepada Along dan Angah. Apabila berpeluang berbicara dengan suri hidup Along dan Angah, Pak Jalil mereka berdua menjaga anak-naknya dengan penuh tanggungjawab.
Apakah jenis penanda wacana yang berhuruf condong dalam petikan di atas
Penanda rujukan
penanda leksikal
penanda penggantian
penanda penghubung
I- Amira dipelihara oleh neneknya di Bukit Katil, Melaka hinggalah dia dewasa. Namun demikian, sejak neneknya meninggal dunia, dia tidak mahu lagi pulang ke sana.
II- Rashid sering memarahi pekerjanya. Sikap itu tidak disenangi oleh pekerja bawahannya.
Padanan yang manakah yang betul bagi jenis penanda wacana yang digubakan dalam wacana I dan II di atas?
I) Elipsis
II) Penanda rujukan
I) Penanda leksikal
II) Penanda elipsis
I) penanda penggantian
II) Penanda leksikal
I) Penanda Rujukan
II) penanda penggantian
P
I : Penduduk Taman Melati hidup saling mebantu dalam urusan seharian.
II: Mereka hidup aman damai.
Q
I: Petani itu mengamalkan kedah pertanian moden.
II : Pendapatan mereka mengalahkan pendapatan jurutera.
Hubungan semantik antara ayat I dan ayat II dalam wacana P dan Q di atas ialah
sebab dan hasil
syarat dan hasil
sebab dan akibat
latar dan kesimpulan
