Font size
WorksheetsSejarah B9T4 KSSM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah asas yang membolehkan penduduk Persekutuan Tanah Melayu membentuk perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri?
Suruhanjaya Reid
Perang Dunia Kedua
Pilihan Raya Umum 1955
Perkembangan politik di Asia
Mengapakah misi rundingan di London penting dalam usaha mencapai kemerdekaan?
Membincangkan soal perlembagaan
Mengenal pasti pemimpin negara
Melindungi institusi Raja-raja Melayu
Mewujudkan jawatan penting dalam kerajaan
Tunku Abdul Rahman mencadangkan untuk menaiki kapal laut ke Kerachi sebelum terbang ke London dari Kerachi. Mengapakah Tunku berbuat demikian?
Lebih menjimatkan
London terlalu jauh dari Tanah Melayu
Perkhidmatan kapal terbang ke London tergendala
Mengadakan perbincangan dengan wakil Raja-raja Melayu
Apakah antara perkara yang dituntut oleh perwakilan Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan di London?
Jawatankuasa Setiausaha Kewangan dihapuskan
Menteri Pertahanan daripada Negara Komonwel
Kemerdekaan diberikan dengan serta merta
Kerajaan Tanah Melayu memberikan pampasan kepada kakitangan British
Apakah hasil yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan?
Kemerdekaan dengan serta merta
Perjanjian Kemerdekaan ditandatangani
Kerajaan British bersedia menyerahkan kuasa
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk
# Ghafar Baba mengetuai perhimpunan di Padang Banda Hilir, Melaka
# Leong Yew Koh memberi ucapan di Padang Banda Hilir, Melaka
Apakah peristiwa yang dimaksudkan di atas?
Menentang British
Pemasyhuran kemerdekaan
Menyambut kepulangan rombongan kemerdekaan
Keberangkatan rombongan kemerdekaan ke London
Apakah peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Lord Reid?
Membentuk Kabinet Persekutuan Tanah Melayu
Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Menetapkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Antara berikut, manakah antara Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Memastikan pelaksanaan demokrasi
Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat
Melindungi kedudukan Perdana Menteri
Mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan
Menurut Suruhanjaya Perlembagaan, Raja-raja Melayu di negeri masing-masing hendaklah mendapat perlindungan sebagai
Raja berdaulat
Raja berkuasa mutlak
Raja beragama Islam
Raja Berperlembagaan
Meminta cadangan => Meneliti cadangan => Mengadakan persidangan
Apakah tujuan langkah-langkah tersebut diambil dalam gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Perlembagaan yang digubal adil
Tidak berlaku penyelewengan kuasa
Anggota Suruhanjaya bekerja bersungguh-sungguh
Draf perlembagaan dapat diterima oleh semua rakyat
Apakah isu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menimbulkan perbezaan pendirian dalam kalangan Parti Perikatan?
Kewarganegaraan jus soli
Pengagihan kekayaan negara
Sistem pendidikan kebangsaan
Peruntukan jawatan dalam kabinet
Apakah alasan PAS mengkritik soal kewarganegaraan jus soli?
Mengancam kedudukan Islam
Tidak menguntungkan orang Melayu
Bilangan warganegara bangsa Melayu berkurangan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terjejas
Apakah perkara yang ditolak oleh Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara?
Ketiadaan elemen perpaduan
Kelonggaran syarat kewarganegaraan
Tiada perwakilan Parti Negara dalam kabinet
Tiada penekanan terhadap bahasa kebangsaan
Apakah reaksi MIC terhadap draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
Penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
Mengkritik soal kewarganegaraan
Siapakah yang memperkenankan pindaan Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Tunku Abdul Rahman
Majlis Raja-Raja
Majlis Mesyuarat
Parlimen British
Pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957, draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibahaskan dalam
Parlimen British
Kongres Kebangsaan
Majlis Raja-Raja
Majlis Perundangan Persekutuan
Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, bagaimanakah pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat?
Dipilih oleh rakyat jelata
Dicalonkan oleh Perdana Menteri
Dilantik dalam kalangan Raja-Raja Melayu
Mempunyai latar belakang perkhidmatan yang cemerlang
Antara berikut, manakah antara perkara yang berkaitan dengan pengamalan agama masyarakat Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?
Agama Islam sebagai agama tunggal
Agama selain Islam adalah agama Persekutuan
Agama Islam sebagai agama Persekutuan
Agama selain Islam tidak boleh diamalkan
Apakah yang dapat dikaitkan dengan Sheikh Abdullah Fahim?
Rundingan kemerdekaan
Rombongan kemerdekaan
Anggota Suruhanjaya Perlembagaan
Penetapan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
Apakah antara perkara yang terkandung dalam memorandum daripada parti politik dan pihak awam dari segi kewarganegaraan?
Raja-raja Melayu melindungi kepentingan sah kaum lain
Masyarakat Cina menuntut kewarganegaraan diteliti
Masyarakat Serani mahu hak mereka dipertahankan
Dewan Rakyat memohon mengetatkan kewarganegaraan
Apakah antara perkara yang terkandung dalam draf perlembagaan?
Hanya Majlis Mesyuarat dibentuk
Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah
Kewarganegaraan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu
Apakah isu yang timbul daripada memorandum Parti Perikatan?
Jus soli
Pendidikan
Agama Islam
Bahasa Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 5 Ogos 1957. Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah
hak bumiputera
kebebasan beragama
Basaha Inggeris wajib dipelajari
pengamalan Raja Berperlembagaan
Antara berikut, manakah antara jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Permohonan
Kelulusan Perdana Menteri
Perkenan Raja-raja Melayu
Kelulusan Dewan Undangan Negeri
Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting kepada penduduk Tanah Melayu?
Memajukan penduduk tempatan
Membentuk perlembagaan negara
Memperoleh kerakyatan yang sama
Memberikan hak untuk memerintah sendiri
