NEW
Font size
WorksheetsSejarah B10T4 KSSM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
"Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas."
Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?
Soekarno
Nelson Mandela
Mahatma Gandhi
Dr. Mahathir Mohamad
"Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni"
Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan tersebut?
Soekarno
Nelson Mandela
Mahatma Gandhi
Dr. Mahathir Mohamad
Apakah peranan utama Jawatankuasa Persediaan Fizikal?
Menonjolkan identiti
Melaksanakan protokol
Mempromosikan majlis sambutan
Menghias bandar dan jalan raya
Apakah tujuan pembinaan Stadium Merdeka yang dibina pada tahun 1957?
Menonjolkan identiti negara
Meraikan kemerdekaan negara
Mewujudkan kemudahan bersukan
Menganjurkan pertandingan bola sepak
Siapakah yang mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu?
Saiful Bahari
Mohamed Hamzah
Yaacob Abdul Latif
Tunku Abdul Rahman
Siapakah yang menulis lirik lagu Negaraku sebagai lagu kebangsaan negara?
Saiful Bahari
Mohamed Hamzah
Yaacob Abdul Latif
Tunku Abdul Rahman
Lagu Negaraku berasal daripada lagu _____________.
Pungguk Rindukan Bulan
Cempaka di Rembulan
Terang Bulan
Wau Bulan
Di manakah bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan buat pertama kalinya?
Padang Kelab Selangor
Padang Bandar Hilir Melaka
Istana Sultan Selangor
Stadium Merdeka
Mengapakah Tunku Abdul Rahman dikalungkan rantai emas dengan pingat berukir "Bapa Kemerdekaan Tanah Air" oleh Pasukan Pemuda Perikatan?
Menghormati ketua parti
Negara kita kaya dengan emas
Menandakan kemerdekaan negara
Menghargai jasa Tunku Abdul Rahman
Bagaimanakah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dicapai?
Revolusi
Rundingan
Demonstrasi
Penentangan bersenjata
Menteri dan pegawai tinggi kerajaan memakai sejenis pakaian dari negeri Kedah, diubahsuai lengkap dengan seluar satin hitam dan bersongket, bersamping dan tengkolok.
Baju Muskat
Baju Melayu
Baju Cekak Musang
Tunku Abdul Rahman melaungkan "MERDEKA" sebanyak ___________ kali.
3
5
7
10
Dalam sistem pemerintahan negara kita pada hari ini, siapakah yang menjadi ketua negara?
Sultan
Ketua Menteri
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah masalah utama yang dihadapi oleh pemimpin negara apabila negara mencapai kemerdekaan?
Mengamalkan birokrasi Barat
Bekerjasama dengan pentadbir British
Menggantikan pegawai Barat dengan rakyat tempatan
Melantik rakyat tempatan untuk jawatan penting kerajaan
Malaysia menyertai misi pasukan pengaman PBB di Congo. Pencapaian tersebut menunjukkan _________
dasar luar yang bebas
cabaran kemerdekaan
kerjasama politik dunia
pengiktirafan tertinggi PBB
Apakah manfaat Pertubuhan Komanwel selepas kemerdekaan kepada negara kita?
Mengukuhkan hubungan diplomatik
Menjaga keselamatan dalam negara
Menjalinkan kerjasama politik dan ekonomi
Merapatkan sosioekonomi antara negara ahli
Bank ini khusus untuk orang Melayu, ditubuhkan di Klang Street, Kuala Lumpur oleh Maarof Zakaria.
Malay National Bank
Bank Negara
Bank Rakyat
Bank Simpanan Nasional
Mengapakah Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah?
Memajukan kehidupan penduduk luar bandar
Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek pembangunan
Menggalakkan perkembangan ekonomi penduduk luar bandar
Memindahkan penduduk luar bandar ke rancangan FELDA
Projek berkaitan penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar dipantau dan dinilai pelaksanaannya dalam ______________.
Buku Merah
Pelan Induk Perindustrian
Majlis Amanah Rakyat
Perbadanan Nasional Berhad
Bendera negara kita dikibarkan secara rasmi di ibu pejabat PBB di New York pada _______
31 Ogos 1957
17 September 1957
15 Oktober 1957
16 September 1963
Apakah perkara yang diberi penekanan dalam Penyata Rahman Talib?
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
Apakah tujuan Jabatan Penerangan ditubuhkan?
Memberi penekanan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Memajukan tanah baharu secara besar-besaran
Menyampaikan maklumat tentang peristiwa di dalam dan di luar negara
Menyediakan kemudahan asas berbentuk infrastruktur kepada rakyat
Kawasan yang mempunyai sempadan untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
Wilayah pengaruh
Wilayah sempadan
Wilayah naungan
Wilayah taklukan
Apakah maksud di sebalik prinsip Kedaulatan Undang-undang?
Undang-undang mengatasi pihak yang lain
Undang-undang negara tidak boleh dipinda
Undang-undang negara digubal oleh Perdana Menteri
Kerajaan dan rakyat tertakluk di bawah undang-undang negara
Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanakah peluang tersebut dicapai?
Melantik Yang di-Pertuan Agong
Meminda fasal dalam perlembagaan
Mengundi wakil untuk Dewan Negara
Memilih perwakilan melalui pilihan raya
