wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tingkatan 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut.


Sekiranya orang orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan.

(a)  

2.

Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut.


Orang lain bersusah payah mengerjakannya tetapi orang lain pula yang mendapat nama.

(a)  

3.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa "Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya".

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

4.

Berikan maksud peribahasa "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

a)

Melakukan sesuatu yang sukar, lama-kelamaan berjaya juga jika tekun melakukannya

b)

Manusia akan menjadi kuat jika bekerjasama/bersatu padu

c)

Sifat seseorang yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya

d)

Mengikut adat di tempat orang dengan baik

5.

Berdasarkan maksud peribahasa "Orang yang sengaja mencari susah atau bahaya". Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa yang diberikan.

a)

Kecil-kecil menjadi anak, besar-besar menjadi onak

b)

Tiada beban batu digalas

c)

Bapa borek anak rintik

d)

Bagai inai dengan kuku

6.

Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud peribahasa "Orang yang kurang pandai, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga".

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

b)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

c)

Belakang parang jika diasah nescaya akan tajam

d)

Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

7.

Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa " Menurut sahaja kehendak orang lain".

a)

Anjing menyalak tiada mengigit

b)

Seperti musang berbulu ayam

c)

Anjing ditepuk menjungkit ekor

d)

Seperti kerbau dicucuk hidung

8.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud "Pasangan yang sepadan".

a)

Bagai bulan dipagar bintang

b)

Cahaya mata

c)

Bagai cincin dengan permata

d)

Bagai melepaskan batuk di tangga

9.

Kedua-dua peribahasa yang dinyatakan memberikan maksud yang hampir sama. Berikan maksud peribahasa "Bagai ikan pulang ke lubuk" dan "Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap belakang kerbau juga".

a)

Suatu persahabatan yang erat sekali

b)

Orang yang jauh merantau, akhirnya kembali ke tempat asal

c)

Menyesal kemudian hari

d)

Seseorang yang melakukan kerja orang lain sehingga mengabaikan tugasnya sendiri

10.

Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud "Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya".

a)

Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket

b)

Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan

c)

Ta ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni

d)

Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati