Font size
WorksheetsPendidikan Moral Tahun 3: JUJUR
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Apakah yang dimaksudkan dengan jujur?
Segala percakapan atau perbuatan yang tulus dan ikhlas.
Segala percakapan atau perbuatan yang menunjukkan keberanian.
Segala percakapan atau perbuatan yang memberi harapan palsu.
Segala percakapan atau perbuatan untuk mendapatkan ganjaran.
Zarif terjumpa wang bernilai RM20 di kantin sekolahnya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Zarif?
memberikan wang tersebut kepada guru
mengambil wang tersebut
belanja rakannya menggunakan wang tersebut
membiarkan wang tersebut di situ
Apakah kepentingan bersikap jujur terhadap rakan?
disisihkan oleh rakan-rakan
disenangi oleh rakan-rakan
sentiasa dibuli oleh rakan
diri akan menjadi lemah
Hafiz dianugerahkan sebagai tokoh murid kerana beliau bersikap _______________.
panas baran
jujur kepada guru
suka melawan
selalu membuli
Zaki melihat Leong sedang mengangkat meja yang berat ke dalam kelas. Apakah yang perlu Zaki lakukan?
Zaki meminta upah kepada Leong sebelum menolongnya
Zaki membantu Leong dengan ikhlas
Zaki membiarkan dan tidak menolong Leong
Zaki memarahi Leong
Apakah maksud nilai kejujuran?
sanggup menghadapi cabaran
adil kepada rakan
suka menolong
bercakap benar
Berikut merupakan perlakuan bersikap jujur kepada guru, kecuali
tidak menipu
mengakui kesalahan apabila ditegur oleh guru
menyiapkan kerja sekolah dengan meniru buku rakan lain
membantu guru dengan ikhlas
Nyatakan perasaan anda apabila bersikap jujur.
takut
gembira
sedih
risau
Kesan memberitahu rahsia kawan kepada orang lain ialah
dipuji oleh ibu
akan dipercayai
menimbulkan pergaduhan
tidak akan dibenci
Pei Ling mendapat _______________ kerana memulangkan buku yang dijumpanya di pondok menunggu.
duit
buku
pujian
tepukan
Mei Mun meniru semasa peperiksaan. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Mei Mun?
tidak adil
tidak jujur
berani
bersikap rajin
. .
Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia mengamalkan sikap ___________ .
kerajinan
berterima kasih
belas kasihan
jujur
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas ?
Saroja menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir tanpa mengharapkan balasan.
Saroja menderma kerana rakan-rakannya menderma
Saroja memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma terbanyak
Saroja tidak menderma langsung
Jika kita suka berbohong, rakan-rakan tidak akan mempercayai kata-kata kita lagi
Betul
Salah
Adenan berpura-pura sakit kepala kerana tidak mahu membantu gurunya menyusun kerusi
Betul
Salah
Kita mestilah menolong rakan yang menghadapi kesusahan dengan mengharapkan balasan
Betul
Salah
Sebagai manusia, kita perlu mengakui kesilapan atau kesalahan kita
Betul
Salah
Saya akan __________ oleh rakan-rakan yang lain jika membantu mereka dengan hati yang ikhlas
disukai
dibenci
Saya ___________ wang yang terlebih bayar di kedai buku.
memulangkan
meminta maaf
memberitahu
menyimpan
