NEW
Font size
WorksheetsKemahiran Saintifik Tahun 5
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Maklumat dibawah menerangkan pemerhatian oleh seorang murid
"Kura-kura mempunyai cangkerang yang keras"
Apakah organ deria yang terlibat semasa murid tersebut melakukan pemerhatian di atas?
Rajah menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh seorang murid. Apakah kemahiran proses sains yang terlibat dalam aktiviti di atas?
Berkomunikasi
Membuat inferens
Membuat hipotesis
Mengawal pemboleh ubah
Rajah menunjukkan suatu pengelasan tumbuhan. Apakah ciri yang digunakan untuk mengelaskan tumbuhan-tumbuhan di atas?
M - Batang berkayu , N - Batang tidak berkayu
M - Berdaun , N - Tidak berdaun
M. Tidak berbunga , N - Berbunga
M. Berakar serabut , N - Berakar Tunjang
Rajah menunjukkan suatu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid. Ramalkan keadaan ikan-ikan selepas beberapa jam.
Ikan-ikan akan mati
Ikan-ikan masih hidup
Ikan-ikan semakin membesar
Bilangan ikan semakin bertambah
Rajah menunjukkan suatu penyiasatan. Apakah pembolehubah dalam penyiasatan ini?
Saiz lilin
Saiz balang
Jenis balang
Masa untuk lilin terpadam
Rajah menunjukkan peringkat-peringkat dalam kitaran hidup katak. Susun kitaran hidup katak dengan betul mengikut perubahan rupa yang berlaku mengikut masa.
R → P → S → Q
Q → P → R → S
S → R → P → Q
P → R → Q → S
Jadual menunjukkan keputusan bagi suatu penyiasatan. Apakah pola perubahan saiz gelang getah dalam penyiasatan ini?
Bertambah
Berkurang
Tiada perubahan saiz
Berkurang dan bertambah
Rajah menunjukkan sebuah carta pai mengenai jisim murid-murid dalam kelas 4 Mawar. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan carta pai tersebut?
Tiada murid berjisim kurang daripada 25 kg
Paling ramai murid berjisim
Rajah menunjukkan tiga jenis haiwan. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang haiwan-haiwan itu?
Haiwan berkaki
Haiwan bersisik keras
Haiwan bercangkerang
Haiwan yang hidup di air
Rajah menunjukkan aktiviti oleh seorang murid selepas menjalankan satu penyiasatan. Apakah kemahiran manipulatif sains yang dilakukan oleh murid itu?
Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
Rajah menunjukkan satu penyiasatan untuk mengukur kekuatan magnet. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian di atas?
Magnet Q lebih kuat daripada magnet P
Magnet P lebih kuat daripada magnet Q
Magnet P lebih besar daripada magnet Q
Magnet P dan magnet Q boleh menarik jenis semua objek
Rajah menunjukkan dua jenis haiwan yang mempunyai ciri litupan badan yang sama. Antara yang berikut, yang manakah dikelaskan dalam kumpulan yang sama dengan haiwan-haiwan itu?
Rajah menunjukkan dua ekor haiwan. Apakah persamaan ciri yang terdapat pada haiwan-haiwan ini?
Bersayap
Berparuh
Bertelur
Beranak
Jadual 1 menunjukkan keputusan penyiasatan ke atas kekuatan empat jenis magnet. Susun magnet mengikut urutan, daripada yang paling lemah kepada yang paling kuat
X, Y, Z, W
W, X, Y, Z
W, Z, X, Y
X, W, Y, Z
Ali dan kawan-kawannya diberi tugas untuk memerhati ciri-ciri yang terdapat pada seekor belalang. Apakah yang perlu dilakukan oleh mereka selepas penyiasatan?
Cabut kaki belalang agar dia tidak boleh melompat
Cabut sayap agar dia tidak boleh terbang
Lepaskan belalang agar dia boleh hidup selamat
Kurung belalang di dalam bekas tertutup
Antara berikut yang manakah bukan kemahiran proses sains?
Meramal
Membuat inferens
Melakar spesimen
Mengawal pembolehubah
Antara berikut yang manakah menunjukkan pemerhatian kualitatif?
I. Berasa Pahit
II. Berjisim 200g
III. Berkaki enam
IV. Berwarna hijau
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Antara berikut yang manakah ialah unit ukuran panjang?
I. meter
II. mililiter
III. Kilogram
IV. Sentimeter
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut yang manakah bukan definisi secara operasi bagi pertumbuhan pokok?
Pertambahan saiz pasu
Pertambahan ketinggian pokok
Pertambahan bilangan daun
Pertambahan ukur lilit batang
Antara alat berikut, yang manakah digunakan untuk mengukur panjang objek?
I. Bikar
II. Pembaris
III. Pita pengukur
IV. Silinder penyukat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara alat berikut, yang anakah digunakan untuk memerhati objek yang halus?
Jam randik
Kanta pembesar
Silinder penyukat
Kelalang kon
Semakin bertambah kuantiti air, semakin cepat masa yang diambil untuk garam larut.
Apakah pemboleh ubah manipulasi bagi pernyataan di atas?
Masa yang diambil
Garam laut
Kuantiti air
Jenis garam
Apakah yang diperlukan untuk melakar?
pensil
pensil dan pemadam
pensil, pemadam dan pembaris
pensel, pemadam, pembaris dan warna
Semakin bertambah kuantiti air, semakin cepat masa yang diambil untuk garam larut.
Apakah pemboleh ubah manipulasi bagi pernyataan di atas?
Masa yang diambil
Garam laut
Kuantiti air
Jenis garam
Apakah yang perlu dilakukan pada spesimen kulat roti di atas bahagian tengahslaid kaca setelah digunakan?
Simpan spesimen yang telah digunakan
Berikan spesimen pada kucing
Buang spesimen yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan bersihkan sisip kaca dan slaid kaca
Biarkan spesimen itu diatas slaid kaca dan simpan slaid di tempat yang betul
Mengapakah kita perlu mengendalikan spesimen kulat roti dengan betul dan cermat ketika menjalankan penyiasatan ?
Supaya spesimen kulat tidak mati
Supaya pengurusan alatan dan bahan menjadi lebih sistematik
Supaya spesimen kulat roti boleh digunakan berulang kali
Supaya hasil penyiasatan yang diperolehi jelas dan tepat
K,L dan M adalah tiga langkah untuk menyiasat objek-objek yang mengalirkan haba
K - Isi air panas ke dalam besen sehingga separuh penuh
L - Pilih satu objek
M - Pegang satu hujung objek dan rendam satu hujung lagi
ke dalam air panas
N - ....................................................................................
Antara yang berikut, yang manakah paling sesuai menerangkan N, langkah keempat?
Sentuh besen itu
Rekodkan isipadu air selepas beberapa minit
Sukat suhu air dengan menggunakan termometer
Keluarkan objek daripada air panas apabila jari kamu terasa panas
Maklumat di bawah menunjukkan langkah-langkah mengekperimen.
W - Merancang eksperimen
X - Menjalankan eksperimen dan mengumpul data
Y - Mentafsir data
Z - ...................................................................
Apakah langkah Z?
Membuat kesimpulan
Membuat hipotesis
Membuat inferens
Membuat pelaporan
Bilangan harimau di Malaysia berkurangan sebanyak 50% dalam tempoh 20 tahun.
Apakah inferens bagi pernyataan di atas?
Jumlah harimau berkurangan kerana pemburuan haram.
Bilangan harimau berkurangan kerana sukar membiak.
Habitat harimau musnah kerana pemburuan haram
Kepupusan harimaau sudah dijangka.
Apakah peralatan yang sesuai digunakan untuk menyukat isipadu air?
Bikar
Tabung uji
Kelalang kon
Silinder penyukat
