wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Karbon

Total questions: 15

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Hidrokarbon merupakan sebatian organik yang mengandungi unsur,

a)

karbon dan hidrogen

b)

karbon dan oksigen

c)

karbon dan nitrogen

2.

Alkohol merupakan sebatian organik yang mengandungi unsur

a)

karbon, hidrogen dan oksigen

b)

karbon, hidrogen dan nitrogen

c)

karbon dan hidrogen

3.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebatian bukan organik?

a)

Kanji

b)

Etanol

c)

Karbon dioksida

d)

Gas Asli

4.

Antara yang berikut, yang manakan betul tentang ciri sebatian organik?

a)

mempunyai ketumpatan yang tinggi

b)

boleh mengkonduksi elektrik

c)

biasanya larut dalam pelarut organik

d)

bukan berasal daripada benda hidup

5.

Selain unsur karbon, lemak juga mengandungi...

a)

Oksigen

b)

hidrogen

c)

oksigen dan nitrogen

d)

hidrogen dan oksigen

6.

Antara yang berikut, yang manakah kaya dengan lemak tepu ?

a)

Minyak kelapa sawit

b)

minyak jagung

c)

minyak zaitun

d)

minyak sapi

7.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang lemak tak tepu?

a)

Mengandungi lebih banyak atom hidrogen

b)

Terbentuk daripada lemak tumbuhan

c)

Mempunyai takat lebur yang tinggi

d)

Mempunyai kandungan kolestrol yang lebih tinggi.

8.

Maklumat berikut menyenaraikan langkah-langkah dalam pengekstrakan minyak sawit.


Antara yang berikut, yang manakah urutan langkah yang betul dalam proses pengekstrakan tersebut?

a)

T,R,P,Q,S

b)

T,R,P,S,Q

c)

R,T,P,S,Q

d)

R,T,S,P,Q

9.
Perhatikan persamaan perkataan di atas
 Apakah nama tindak balas ini?   
a)
Hidrolisis
b)
Pendehidratan
c)
Pengesteran
d)
Penapaian
10.
Rajah menunjukkan eksperimen yang dijalankan ke atas getah asli   
Apakah fungsi sulfur dalam eksperimen ini?   
a)
Untuk menggumpalkan lateks
b)
Untuk menghalang penggumpalan lateks
c)
Untuk meningkatkan kekerasan getah asli
d)
Untuk menjadikan getah asli kurang tahan terhadap bahan kimia
11.
Petroleum boleh diasingkan kepada pecahan hidrokarbon melalui penyulingan berperingkat kerana pecahan hidrokarbon mempunyai
a)
Ketumpatan yang berbeza
b)
Takat didih yang berbeza
c)
Keterlarutan yang berbeza
d)
Unsur juzuk yang sama
12.
Campuran etanol dan air boleh diasingkan melalui
a)
Kondensasi
b)
Penyulingan
c)
Penyejatan
d)
Penurasan
13.
Antara proses berikut yang manakah digunakan untuk menghasilkan alkohol
a)
Pendidihan
b)
Pemanasan
c)
Penyulingan
d)
Penapaian
14.
Apakah peranan yis semasa proses penapaian
a)
Untuk menghasilkan enzim zimase
b)
Untuk memecahkan protein
c)
Untuk menukarkan kanji kepada glukosa
d)
Untuk menghasilkan kanji
15.
Apakah hidrokarbon?
a)
Sebatian yang mengandungi unsur karbon
b)
Sebatian yang mengandungi unsur hydrogen
c)
Sebatian yang mengandungi unsur karbon dan hydrogen sahaja
d)
Sebatian yang mengandungi unsur karbon, hydrogen dan oksigen