Font size
WorksheetsCTU152 - Bab 3 (Elemen Teras Peradaban Islam)
Total questions: 15
Worksheet time: 6mins
Semua manusia mengimpikan kebahagian. Namun, kebahagiaan hakiki hanya dapat dicapai dengan..
hubungan dengan Allah
hubungan dengan dunia
hubungan dengan manusia
hubungan dengan jin
Apakah perkara yang dapat memberikan kebahagiaan yang sebenar?
Hiburan
Harta
Allah
Cinta
Insan Kamil adalah manusia yang sempurna mengikut acuan Islam. Insan Kamil yang paling sempurna dan paling hebat di dunia ini adalah ......... yang perlu dijadikan contoh ikutan seluruh manusia.
Umat Nabi Muhammad
Ayah kita sendiri
Nabi Muhammad SAW
Abu Bakar RA
Insan Kamil mempunyai ciri-ciri berikut kecuali:
Berakhlak mulia
Mempunyai fitrah yang normal
Menghiasi diri dengan sifat ketuhanan
Menggunakan akal dan tenaga ke arah keburukan
Dalam Islam ilmu terbahagi kepada dua iaitu:
Ilmu Naqli & Ilmu Aqli
Ilmu Dunia & Ilmu Akhirat
Ilmu Sains Tulen & Ilmu Sains Sosial
Ilmu Fizik & Ilmu Metafizik
Allah menggesa manusia untuk memerhatikan ayat-ayat Allah di muka bumi ini untuk mencapai kebenaran. Apakah ayat-ayat tersebut?
Ayat Kawniyyah
Ayat Qawliyyah
Ayat Insaniyyah
Ayat Cinta
Apakah peranan al-Ta'dib (Pendidikan) dalam Islam?
Melahirkan insan yang beramal dengan ilmunya
Melahirkan insan yang bermanfaat untuk alam
Melahirkan insan yang semakin tunduk kepada satu-satunya sumber ilmu iaitu Allah
Melahirkan insan yang bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Manusia sebenarnya telah gagal dalam pendidikan dirinya apabila
Mereka menggunakan ilmu yang dipelajari untuk kepentingan diri sahaja
Mereka menggunakan ilmu yang dipelajari untuk maksiat dan jenayah
Mereka tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan baik dan sempurna
Mereka tidak menghormati ilmu dan kepakaran orang yang ahli dalam bidang masing-masing.
Islam memberikan kebebasan (al-Hurriyyah) kepada manusia. Malah, Islam memberikan kebebasan secara mutlak kepada manusia. Manusia bebas melakukan apa sahaja sebebas-bebasnya.
Betul
Salah
Pilih contoh prinsip kebebasan dalam Islam yang betul:
Manusia bebas bercakap. Namun, manusia tidak boleh bercakap sesuka hati seperti mengumpat dan mencaci
Manusia bebas berfesyen. Namun manusia wajib untuk menutup aurat.
Manusia berhak untuk makan. Namun, manusia dibenarkan makan apa sahaja.
Manusia berhak dicintai dan memiliki pasangan. Manusia bebas untuk mencintai sesiapa sahaja hatta sesama jenis.
Islam memberikan nilai kesamarataan dalam beberapa aspek dan melebihkan sesuatu golongan berbanding yang lain dalam beberapa aspek yang lain. Ini merupakan konsep
al-'Adl
al-Hurriyyah
Al-Musawah
al-Ta'dib
Apakah maksud al-Musawah menurut Islam?
Hak yang diberikan bersamaan dengan tanggungjawab yang perlu digalas
Kesetaraan gender atau jantina dalam semua aspek kehidupan
Kesamarataan manusia untuk diadili dalam undang-undang
Dari sudut ibadah, manusia semua sama sahaja di sisi Allah
Apakah maksud al-'Adl atau al-'Adalah?
Meletakkan sesuatu pada tempat dan waktu yang sesuai
Memberikan sesuatu sama banyak
Meletakkan sesuatu sebelum masanya
Keadilan
Mengapakan keadilan penting dalam pembinaan peradaban Islam?
Jika negara hanya melebihkan orang kaya sahaja maka ekonomi negara akan seimbang.
Keadilan amat penting dalam menjaga keharmonian dan perpaduan masyarakat
Keadilan akan menyebabkan masyarakat tidak takut untuk melakukan jenayah dan kerosakan
Tanpa keadilan yang seimbang, pemimpin bebas melakukan apa sahaja sehingga menggadai negara
Elemen-elemen teras dalam peradaban Islam ini perlu dihayati dengan baik. Umat Islam juga tidak seharusnya terpengaruh dengan konsep-konsep yang disebarkan oleh Barat kerana
Peradaban Barat menolak peranan agama dalam kehidupan
Peradaban Barat mengikut nafsu dan mementingkan kebendaan sahaja
Peradaban Islam menjamin kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat.
Peradaban Islam lebih menjamin hak manusia berbanding Barat
