WorksheetsKEPUPUSAN HAIWAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Gambar di bawah menunjukkan sejenis haiwan. Antara berikut yang manakah boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dengan haiwan ini?
Apakah definisi bagi haiwan yang telah pupus?
Haiwan yang sangat sedikit bilangannya di muka bumi
Haiwan yang diancam kepupusan
Haiwan yang berasal dari zaman purba
Haiwan yang sudah tidak wujud lagi di dunia ini
Berikut merupakan haiwan yang terancam kecuali....
Tenuk
Dugong
Penyu belimbing
Kambing biri-biri
Gambar berikut menunjukkan sejenis tumbuhan yang terancam. Antara berikut yang manakah turut tergolong dalam kumpulan ini?
Baru-baru ini kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan dalam gambar di bawah kerana telah mengalami kepupusan, Antara berikut yang manakah penyebab berlakunya kepupusan haiwan tersebut?
Kerana pihak zoo tidak dapat menyediakan tempat dengan baik
Kerana suhu di negara kita tidak sesuai untuk haiwan tersebut
Kerana aktiviti manusia seperti penerokaan hutan secara berleluasa menyebabkan ia kehilangan tempat tinggal
Kerana jangka hayat umurnya tidak begiti panjang
Gambar di bawah menunjukkan suatu kawasan yang telah diisytiharkan sebaga Taman Negara. Apakah yang tidak boleh dilakukan di kawasan tersebut.
Melakukan aktiviti pembalakan secara kecil-kecilan
Mengadakan lawatan sambil belajar
Menaiki bot menyusuri sungai
Melakukan aktiviti "jungle trekking"
Azizi bersama keluarganya bergerak dari Jeli Kelantan ke Gerik di Perak melalui Jalan Raya Timur Barat. Dalam perjalanan tersebut dia mendapati terdapat banyak longgokan kayu balak di tepi jalan walaupun terdapat papan tanda hutan simpanan di kawasan tersebut. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh beliau?
Berhenti di situ dan manjalankan kempen terhadap orang yang lalu di situ
Memarahi pemandu lori balak
Membiarkan sahaja perkara tersebut
Melaporkan kepada pihak berkuasa
Apakah maksud pemuliharaan?
Mengekalkan keadaan asal sesuatu kawasan supaya tidak terjejas
Mengembalikan semua keadaan sesuatu kawasan agar pulih seperti sedia kala
Menjaga orang utan di pusat rehabilitasi
Mengumpulkan data tentang kemusnahan hutan
Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menjaga khazanah hutan negara kecuali
Mewujudkan Taman Negara
Memungut hasil hutan seperti bunga pakma untuk tujuan perubatan
Menguatkuasakan undang-undang terhadap aktiviti pemburuan dan pembalakan haram
Melaksanakan kempen Cintai Hutan Kita
"Bilangan haiwan di dalam sesebuah hutan dipengaruhi oleh sumber makanan yang terdapat di dalam hutan tersebut." Tuliskan satu hipotesis berdasarkan pernyataan tersebut.
Semakin bertambah bilangan haiwan semakin bertambah sumber makanannya
Jika haiwan bertambah, maka sumber makanannya bertambah
Bilangan haiwan di dalam sesebuah hutan bertambah apabila sumber makanan yang terdapat di dalam hutan itu bertambah
Jika sumber makanan yang terdapat di dalam hutan bertambah, maka bilangan haiwan di dalam sesebuah hutan bertambah.
