wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 6 : Peribahasa

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Penduduk Kampung Raja selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu ___________ .

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

2.

Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu __________ .

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti gajah masuk kampung

c)

bagai Belanda meminta tanah

d)

bagai menatang minyak yang penuh

3.

Lee dikatakan __________ kerana tidak tahu menghargai hadiah daripada rakannya.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai kera mendapat bunga

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

bagai menantang minyak yang penuh

4.

Sikap buaya yang menganiayai kerbau yang telah membantunya diibaratkan sebagai __________ .

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

5.

Perasaan Encik Lee __________ apabila anaknya hanya lulus dua matapelajaran dalam peperiksaan UPSR.

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti belut pulang ke lumpur

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti kaca terhempas ke batu

6.

Air mukanya __________ kerana disahkan positif Covid-19.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti ayam berak kapur

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai dakwat dengan kertas

7.

Nasihat ibu kepada Ehsan __________ kerana Ehsan langsung tidak memperdulikannya.

a)

seperti sampah hanyut

b)

seperti gergaju dua mata

c)

seperti ayam patuk anaknya

d)

bagai mencurah air ke daun keladi

8.

Encik Ali dan Puan Habsah menjaga anak angkat mereka __________ .

a)

seperti ular kena palu

b)

seperti bumi dengan langit

c)

seperti anjing dan kucing

d)

bagai menatang minyak yang penuh

9.

Mulut Soo Min __________ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

10.

Jia Ling __________ kerana kurang membaca.

a)

bagai abu di atas tunggul

b)

bagai pinang dibelah dua

c)

bagai bertepuk sebelah tangan

d)

seperti katak di bawah tempurung