wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Gerak Gempur UKTT

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan berikut menerangkan asal-usul Sejarah. Apakah maksud Syajaratun ?

a)

Salasilah

b)

Peristiwa

c)

Peradaban

d)

Sumbangan

2.

Antara berikut yang manakah sumber primer

a)

Risalah dan manuskrip

b)

Risalah dan Journal

c)

Manuskrip dan Rangka Manusia

d)

Rangka Manusia dan Journal

3.

Apakah urutan Zaman Pra Sejarah yang betul

a)

Logam, Mesolitik, Neolitik, Paleolitik

b)

Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, Logam

c)

Paleolitik, Mesolitik, Logam, Neolitik

d)

Mesolitik, Neolitik, Paleolitik, Logam

4.

Bagaimanakah benua dan lautan terbentuk ?

a)

Pembentukan ais

b)

Pergerakan glasier

c)

Penurunan suhu bumi

d)

Pembentukan Pentas Sunda

5.

Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia?

a)

Pembinaan piramid

b)

Pembentukan empayar

c)

Perkembangan teknologi maklumat

d)

Pengenalan undang-undang bertulis

6.

Apakah barangan dagangan yang dibawa oleh pedagang dari Arab?

a)

Rempah

b)

Karnelian

c)

Kain kapas

d)

Minyak wangi

7.

Apakah jenis-jenis pelabuhan yang terdapat di Alam Melayu ?

a)

Pelabuhan maritim & pelabuhan entrepot

b)

Pelabuhan entrepot & pelabuhan pembekal

c)

Pelabuhan Maritim & Pelabuhan Antarabangsa

d)

Pelabuhan Antarabangsa & Pelabuhan Maritim

8.

Mengapakah kawasan naungan menghantar ufti kepada Melaka ?

a)

Mengeratkan hubungan

b)

Membeli bahan mentah

c)

Mengakui ketuanan

d)

Menjamin kedaulatan

9.

Maklumat berikut berkaitan tugas pembesar Kesultanan Melayu Melaka

Ketua Polis, Pegawai Protokol, Hakim di darat

Apakah jawatan pembesar tersebut ?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

10.

Bagaimanakah Kesultanan Johor Riau dapat menamatkan ancaman Jambi yang menguggat kedaulatannya?

a)

Membuat pakatan dengan Belanda

b)

Menjalankan pemerintahan yang cekap

c)

Menyerang dan menewaskan Jambi

d)

Meminta bantuan daripada askar upahan Bugis

11.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu. Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?

a)

Meningkatkan cukai eksport

b)

Memeterai pelbagai perjanjian

c)

Menyediakan peluang pekerjaan

d)

Menyalurkan bantuan kewangan

12.

Pada tahun 1826, British telah menggabungkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka menjadi Negeri-negeri Selat. Mengapakah British bertindak sedemikian?

a)

Menjimatkan perbelanjaan

b)

Desakan Gabenor Jeneral British

c)

Memperluaskan kuasa

d)

Memperoleh status pelabuhan bebas

13.

Antara yang berikut, yang manakah peranan Residen British ?

a)

Menasihati sultan berkait adat Melayu

b)

Menggantikan kedudukan peranan dan kedudukan raja

c)

Mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar

d)

Menasihati hal ehwal agama

14.

Apakah kaedah yang digunakan oleh James Brooke untuk menguasai pemerintahan di Sarawak?

a)

Tipu muslihat

b)

Ketenteraan

c)

Rundingan

d)

Pajakan

15.

Peristiwa 1786 Sultan Abdullah menawarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang. Mengapakan Sultan Abdullah berbuat demikian?

a)

Mengatasi masalah kewangan

b)

Menghapuskan ancaman lanun

c)

Memajukan bidang perdagangan

d)

Mendapatkan bantuan ketenteraan

16.

Mengapakah British tidak memberi penekanan kepada penyediaan kemudahan pendidikan di Negeri-negeri Melayu?

a)

Tiada sumber kewangan

b)

Halangan Raja-raja Melayu

c)

Mendapat tentangan masyarakat tempatan

d)

Matlamat mereka hanya untuk mengeksploitasi ekonomi

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan syarat Perjanjian London 1824 terhadap British?

a)

Berundur dari Sumatera

b)

Mengiktiraf pelabuhan Singapura

c)

Menyerahkan Melaka kepada Belanda

d)

Membuka pertempatan baharu di Johor

18.

Mengapakah Sungai Linggi menjadi rebutan antara pembesar Melayu di Negeri Sembilan?

a)

Menguasai perlombongan bijih timah

b)

Menjadi laluan perdagangan utama

c)

Menubuhkan pelabuhan kerajaan

d)

Mengawal pungutan cukai

19.

Tokoh berikut pernah terlibat dengan usaha mempertahankan kedaulatan tanah air. Perjuangan beliau adalah untuk membantu perjuangan dan tidak gentar menghadapi kekuatan tentera British.

a)

Mat Saleh

b)

Mat Kilau

c)

Dol Said

d)

Rentap

20.

Siapakah tokoh yang dianggap sebagai pelopor birokrasi moden di negeri Johor?

a)

Dato' Abdul Rahman bin Andak

b)

Dato' Jaafar bin Muhammad

c)

Temenggung Daeng Ibrahim

d)

Sultan Abu Bakar