wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN PERNIAGAAN SEMESTER 1 ( PENGELUARAN)

Total questions: 55

Worksheet time: 55mins

Name
Class
Date
1.

Peranan pengurusan pengeluaran adalah berikut KECUALI

a)

Merancangkan kaedah pengeluaran

b)

Memastikan produktiviti adalah maximum

c)

Menghasilkan input secara maximum

d)

Mengawal input agar digunakan secara optimum

2.

Antara Cabaran pengurus pengeluaran adalah seperti berikut kecuali

a)

Penekanan kepada kuantiti

b)

Peningkatan teknologi

c)

Sumber semakin berkurangan

d)

Perubahan citarasa yang pelbagai

3.

Perancangan ini merujuk kepada pengurangan atau penggabungan beberapa langkah dalam proses pengeluaran. Ia juga dapat menjimatkan masa

a)

Modular

b)

Standardization

c)

Subsistem

d)

Simplification

4.

Salah satu JENIS pengeluaran ialah pengeluaran berlaku secara berterusan, berulangan dan besar besaran dengan volum pengeluaran yang besar

a)

Pengeluaran secara simplification

b)

Pengeluaran secara berkelompok

c)

Pengeluaran secara massa

d)

Pengeluaran secara tempahan

5.

Rekabentuk pengeluaran terdiri daripada

a)

Pengeluaran secara massa,pengeluaran secara berkelompok, pengeluraan mengikut tempahan

b)

Susun atur tetap, susun atur proses, susun atur produk

c)

Rancang, buat, semak, tindakan

d)

Simplification, standardization, modular

6.

Jenis jenis pengeluaran terdiri daripada

a)

Pengeluaran secara massa,pengeluaran secara berkelompok, pengeluraan mengikut tempahan

b)

Susun atur tetap, susun atur proses, susun atur produk

c)

Rancang, buat, semak, tindakan

d)

Simplification, standardization, modular

7.

Kedudukan produk ditetapkan, segala input akan dibawa ke lokasi produk. Sesuai untuk pengeluaran untuk produk bersaiz besar, berat dan mudah pecah

a)

Susun atur proses

b)

Susun atur tetap

c)

Susun atur produk

d)

Susun atur selular

8.

Faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang

a)

Bekalan tenaga buruh yang tersedia

b)

Bahan mentah

c)

Kos pengangkutan

d)

Semua diatas

9.

Proses kawalan kualiti

a)

Rancang, buat, tindakan, semak

b)

Rancang, buat,semak tindakan

c)

Rancang, semak, buat tindakan

d)

Rancang, tindakan, buat semak

10.

Pelan persampelan merujuk

a)

Standard dan piawaian bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen asas yang perlu ada dalam suatu sistem kualiti.

b)

Memerlukan pembekal menghantar bekalan inventori kepada pelanggan tepat pada masanya.

c)

Pemeriksaan terhadap semua produk yang dikeluarkan dan diperiksa satu demi satu.

d)

Pemeriksaan ke atas beberapa sampel kecil yang diambil secara rawak dalam satu kumpulan

11.

Satu sistem perisian grafik komputer yang digunakan untuk mereka bentuk dan mengubah suai sesuatu reka bentuk produk

a)

CAM

b)

CIM

c)

CAD

d)

Sistem Luwes

12.

Satu sistem automasi yang terdiri daripada beberapa komputer yang mangawal mesin mesin pengeluaran secara automatik

a)

CAM

b)

CIM

c)

CAD

d)

Sistem Luwes

13.

Sistem JIT ( Kaedah tepat pada masa) merujuk

a)

Standard dan piawaian bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen asas yang perlu ada dalam suatu sistem kualiti.

b)

Memerlukan pembekal menghantar bekalan inventori kepada pelanggan tepat pada masanya. Saiz inventori dihantar seberapa minimum yang mungkin

c)

Pemeriksaan terhadap semua produk yang dikeluarkan dan diperiksa satu demi satu.

d)

Pemeriksaan ke atas beberapa sampel kecil yang diambil secara rawak dalam satu kumpulan

14.

Ia digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum bagi sesebuah organisasi dengan meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan inventori

a)

Model EOQ

b)

Analisis ABC

c)

Sistem JIT

d)

Sistem Luwes

15.

Jenis jenis inventori

a)

Bahan mentah, kerja dalam proses, produk separa siap

b)

Modal, kerja dalam proses, produk siap

c)

Bahan mentah, kerja dalam proses, produk siap

d)

Bahan mentah, kerja tengah siap, produk belum siap

16.

Pelopor yang memperkenalkan prinsip pengurusan saintifik ialah

a)

Elton Mayo

b)

James Watt

c)

Adam Smith

d)

Frederick W.Taylor

17.

Siapakah pelopor yang menjalankan kajian Hawthorne yang membawa kpd kewujudan Pendekatan Hubungan Kemanusiaan?

a)

Elton Mayo

b)

Adam Smith

c)

Frederick W. Taylor

d)

James Watt

18.

Berikut ialah cabaran pengurus pengeluaran KECUALI

a)

Isu globalisasi

b)

Isu alam sekitar

c)

Citarasa pengguna yang terhad

d)

Persaingan sengit

19.

Proses pengeluaran ialah

a)

Proses transformasi, input, output, maklumbalas

b)

Input, output, proses transformasi, maklumbalas

c)

Maklumbalas, input, proses transformasi, output

d)

Input, proses transformasi, output, maklumbalas

20.

Kawalan...................memastikan semua bahan berada dalam keadaan baik sebelum proses pengeluaran dijalankan.

a)

awalan

b)

semasa

c)

selepas

21.

Kawalan .................... melibatkan aktiviti memasang, mencantum, menggredkan, mengawet, mengadun dan menyisih barang cacat daripada proses pengeluaran.

a)

awalan

b)

semasa

c)

selepas

22.

kawalan ............ dijalankan setelah selesai proses pengeluaran pengeluaran supaya tindakan pembetulan @ penambahbaikan dpt dilakukan pada aktvt pglrn akan datang.

a)

awalan

b)

semasa

c)

selepas

23.

Pengurangan bbrp langkah dlm proses pengeluaran kpd proses pengeluaran yg lebih mudah dan ringkas merupakan reka bentuk pengeluaran....

a)

simplification

b)

standardization

c)

modular

24.

Reka bentuk ..................... merupakan gabungan bbrp kompenen utk menghasilkan pelbagai jenis produk & ia mudah ditukar ganti mengikut permintaan pengguna.

a)

simplification

b)

standardization

c)

modular

25.

Reka bentuk ............ merujuk kpd suatu proses menetapkan suatu piawai pengeluaran yg perlu dipatuhi sepanjang proses pengeluaran supaya ia seragam.

a)

simplification

b)

standardization

c)

modular

26.

Jenis pengeluaran ............... merupakan penghasilan produk mengikut tempahan daripada pengguna.

a)

tempahan

b)

massa

c)

berkelompok

27.

Jenis pengeluaran secara............ melibatkan penghasilan produk secara berterusan dan besar-besaran.

a)

tempahan

b)

massa

c)

berkelompok

28.

Jenis pengeluaran secara ........................ melibatkan beberapa jenis produk yg dihasilkan dalam saiz yang sederhana.

a)

tempahan

b)

massa

c)

berkelompok

29.

Susun atur secara......................merujuk kpd kedudukan produk ditetapkan dan kuantiti produk yg dihasilkan adalah sedikit.

a)

tetap

b)

proses

c)

produk

d)

selular

30.

Susun atur secara .................. melibatkan semua peralatan yg mempunyai fungsi yang sama dikumpulkan dlm jbtn tertentu.

a)

tetap

b)

proses

c)

produk

d)

selular

31.

Susun atur secara ................. merupakan penyusunan barisan mesin mengikut urutan penghasilan produk.

a)

tetap

b)

proses

c)

produk

d)

selular

32.

Susun atur secara ................. merujuk kpd pengumpulan peralatan dan kerja yg serupa ke dalam satu kumpulan yg sama spy sebahagian proses pengeluaran dpt beroperasi dlm unit yg kecil.

a)

tetap

b)

proses

c)

produk

d)

selular

33.

Faktor pemilihan lokasi kilang spt berikut KECUALI

a)

bekalan tenaga buruh

b)

kos sistem pengangkutan

c)

kuantiti produk yg dijual

d)

faktor persekitaran

34.

Kepentingan kawalan kualiti adalah spt berikut KECUALI

a)

dapat mengurangkan kos pengeluaran

b)

mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna

c)

Membentuk imej perniagaan yg baik

d)

dapat meningkatkan tenaga kerja

35.

Langkah dalam proses kawalan kualiti ialah

a)

semak, rancang, buat, tindakan

b)

buat, tindakan, semak, buat

c)

rancang, buat, semak, tindakan

d)

tindakan, rancang, semak, buat

36.

"Perniagaan yg tidak mempunyai kekukuhan sumber kewangan untuk memasarkan produk ke peringkat antarabangsa akan berdepan masalah jika pasaran domestik tepu."


Pernyataan di atas merujuk kepada cabaran pengurus pengeluaran dari segi ........................

a)

Persaingan sengit

b)

Perkhidmatan tambahan

c)

Isu globalisasi

d)

Peningkatan kualiti

37.

"Perkhidmatan penghantaran secara percuma tanpa kos tambahan amat diperlukan jika ingin terus bertahan dalam pasaran."


Pernyataan di atas merujuk kepada cabaran pengurus pengeluaran dari segi ..........................

a)

Isu globalisasi

b)

Perubahan teknologi

c)

Isu alam sekitar

d)

Perkhidmatan tambahan

38.

Berikan empat cabaran pengurus pengeluaran.

a)

Isu alam sekitar

b)

Perubahan teknologi

c)

Kefleksibelan sistem pengeluaran

d)

Pengurangan kualiti

e)

Persaingan sengit

39.

"Jabatan A menyediakan ciri-ciri produk yang dikehendaki pelanggan kepada Jabatan Pengeluaran."


Jabatan A adalah ............................

a)

jabatan pemasaran

b)

jabatan kewangan

c)

jabatan sumber manusia

d)

jabatan pengeluaran

40.

"Jabatan Pengeluaran menyediakan ciri dan kemahiran buruh yang diperlukan kepada Jabatan B."


Jabatan B adalah ...........................

a)

jabatan pemasaran

b)

jabatan kewangan

c)

jabatan sumber manusia

d)

jabatan pengeluaran

41.

Berikan tiga reka bentuk pengeluaran.

a)

Simplification

b)

Standardization

c)

Modelar

d)

Modular

42.

"Satu tindakan mengurangkan kepelbagaian dalam proses pengeluaran kepada proses pengeluaran yg lebih ringkas & mudah. "


Pernyataan di atas merujuk kepada reka bentuk (a)  

43.

"Sebuah kilang perabot membahagikan proses pengeluaran kepada tiga bahagian iaitu membuat komponen separuh siap, memasang komponen dan mengecat perabot"


Contoh di atas merujuk kepada reka bentuk (a)  

44.

"Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di mana semua input pengeluaran spt bahan mentah atau mesin atau tenaga kerja dibawa ke lokasi."


Pernyataan di atas merujuk kepada (a)  

45.

"Penghasilan produk spesifik yg mengikut tempahan pelanggan dalam kuantiti yang kecil."


Yang manakah contoh di bawah merujuk kepada pernyataan di atas?

a)

Pengeluaran barang keperluan isi rumah

b)

Pembinaan rumah

c)

Pemprosesan makanan

46.

"Penyusunan semua input pengeluaran spt mesin, tenaga kerja, bahan mentah & peralatan disusun mengikut fungsi kerja."


Yang manakah contoh di bawah merujuk kepada pernyataan di atas?

a)

Pembinaan bangunan

b)

Pengeluaran sarung tangan

c)

Bilik bedah

d)

Perkhidmatan hospital

47.

Berikan empat faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi kilang.

a)

Bekalan tenaga buruh

b)

Jarak lokasi kilang dengan pasaran sasaran

c)

Sistem ekonomi

d)

Kemudahan infrastruktur

e)

Kemudahan untuk mendapatkan bahan mentah

48.

Mengapakah kawalan kualiti penting?

a)

meningkatkan kos pengeluaran

b)

mengurangkan keyakinan dan kepuasan pengguna

c)

membentuk imej perniagaan yang baik

d)

meningkatkan liabiliti produk terhadap pengguna

49.

"Kaedah yang digunakan untuk memeriksa kualiti produk separuh siap dan produk siap yang mana keputusannya menggambarkan keseluruhan produk"


Pernyataan di atas merujuk kepada (a)  

50.

Berikan empat alat kawalan kualiti.

a)

Analisis nilai tambah

b)

Carta awalan

c)

Benchmarking

d)

Pasukan penambahbaikan kualiti

e)

Kajian kualiti

51.

"Menjadikan amalan dan kawalan kualiti organisasi lain sebagai rujukan untuk meningkatkan kualiti dalam sesebuah organisasi"


Pernyataan di atas merujuk kepada alat kawalan kualiti (a)  

52.

Berikan dua alat kawalan inventori.

a)

Kuantiti Pesanan Ekonomi

b)

Titik Pesanan Ekonomi

c)

Titik Semula Jadi

d)

Tepat Pada Masa

53.

Berikan tiga prinsip TQM.

a)

mengutamakan kualiti produk

b)

pengurusan melalui kepimpinan berkualiti

c)

kerja secara individu

d)

mengutamakan pelanggan

54.

"Kaedah penggunaan grafik komputer untuk mereka bentuk produk"


Pernyataan di atas merujuk kepada

(a)  

55.

Pengeluaran ialah..

a)

sebarang aktiviti, kegiatan atau pekerjaan berkaitan dengan mengeluar, mencipta, menyiapkan bahan mentah dan memberi perkhidmatan

b)

Suatu proses pengurusan yang melaksanakan aktiviti perancangan, pengendalian, penyusunan, penggabungan dan pengawalan sumber-sumber organisasi perniagaan.

c)

proses yang mengawal selia kelancaran proses pengeluaran mengikut jadual yang telah ditetapkan

d)

proses yang mengawal kecekapan penggunaan sumber tanpa pembaziran