wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RBT TINGKATAN 2- BAB 1

Total questions: 25

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
Nyatakan maksud masalah bukan inventif dengan betul
a)
Masalah yang tidak dapat diselesaikan dan mempunyai kesan sampingan
b)
Masalah yang dapat diselesaikan tanpa mempunyai kesan sampingan
2.
Aminah, Nadia, Jamila berkongsi payung yang kecil pada hari hujan dan menyebabkan baju mereka basah. Oleh itu Nadia menukarkan payung yang lebih besar, namun masalah baru timbul iaitu payung tersebut lebih berat dan menyebabkan tangan menjadi lenguh apabila memegangnya.
Nyatakan jenis masalah di atas
a)
Masalah inventif
b)
Masalah bukan inventif
3.
Apakah proses kerja kedua dalam penyelesaian masalah bukan inventi?
a)
Mengenal pasti masalah
b)
Membuat pilihan
c)
Melaksanakan pilihan
d)
Menyenaraikan pilihan untuk menyelesaikan masalah
4.
Parameter bagi percanggahan fizikal beban ialah
a)
Besar lawan kecil
b)
Berat lawan ringan
c)
Tinggi lawan rendah
5.
Pilih jenis kaedah pemisah yang betul jika sebuah kerusi perlu besar dan kecil pada masa yang sama
a)
Kaedah pemisah ruang
b)
Kaedah pemisah masa
6.
Pilih kaedah pemisah yang betul jika sebuah kerusi tidak perlu tinggi dan rendah pada masa yang sama
a)
Kaedah pemisah ruang
b)
Kaedah pemisah masa
7.
Prinsip inventif bagi pemisah ruang ialah ......
a)
Kualiti setempat
b)
Kedinamikan
c)
Tindakan Berkala
d)
Tindakan awal
8.
Prinsip inventif bagi kaedah pemisah masa ialah ............
a)
Pengekstrakan
b)
Pembahagian
c)
Pengembangan terma
d)
Penyarangan
9.
Jika komponen muka meja memegang buku, kaki meja memegang .........................
a)
Skru
b)
Lantai
c)
Muka meja
10.
'Cawan memegang air'. Pilih yang mana satu penerima kesan
a)
Cawan
b)
Air
c)
Memegang
11.
Nyatakan fasa ketiga penyelesaian masalah inventif
a)
Analisis punca masalah
b)
Model masalah
c)
Kaedah penyelesaian
d)
Model Penyelesaian
12.

Apakah maksud bagi simbol ini?

a)

Berguna tetapi tidak mencukupi

b)

Berguna

c)

Berguna tetapi berlebihan

d)

Bermasalah

13.

"Adakah meja perlu berat untuk menampung beban tinggi dan ringan untuk mudah dialihkan dalam masa yang sama?" Jika jawapannya adalah tidak, apakah kaedah yang boleh dipilih?

a)

Kaedah pemisahan ruang.

b)

Kaedah pemisahan masa.

c)

Kaedah pemisahan bersegi.

d)

Kaedah pemisahan berantai.

14.

Berikan maksud objek dalam konsep analisis fungsi.

a)

Menjalankan fungsi

b)

Menerima kesan

c)

Tindakan spontan

d)

Beralih arah

15.

Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai.


(a)   ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku.

16.

Fasa pertama bagi penyelesaian masalah inventif adalah ____________________

a)

Model Masalah

b)

Analisis punca masalah

c)

Model Penyelesaian

d)

Kaedah Penyelesaian

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan supersistem?

a)

faktor dalaman produk

b)

faktor luaran terhadap produk

c)

faktor persekitaran yang memberikan kesan terhadap produk

18.

Apakah maksud simbol bernombor 2?

a)

berguna

b)

berguna tetapi tidak mencukupi

c)

bermasalah

19.

Apakah maksud simbol bernombor 4?

a)

berguna tetapi berlebihan

b)

bermasalah

c)

berguna

20.

Analisis fungsi bertujuan untuk mengenal pasti ____________.

a)

sistem pada sesebuah produk

b)

konsep produk yang direka cipta

c)

hubung kait antara produk dengan reka bentuk

d)

peranan produk dan fungsinyavg

21.

Apakah kegunaan garisan interaksi?

a)

untuk memastikan masalah inventif dapat diselesaikan

b)

untuk menggambarkan punca halangan yang terdapat dalam sesuatu masalah

c)

untuk menunjukkan kaedah penyelesaian yang betul

d)

untuk mengenal pasti punca masalah

22.

Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mencari punca masalah?

a)

memilih kaedah pemisahan yang sesuai

b)

menganalisis masalah yang berlaku

c)

mengenal pasti faktor halangan yang berkaitan

d)

mengenal pasti masalah pada model fungsi

23.

Rajah menunjukkan hubungkait sesuatu produk dengan objeknya.


Apakah hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya?


I kerusi memegang manusia

II Kerusi melindungi manusia

III Kerusi menempatkan manusia

IV Kerusi menampung manusia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis halangan semula jadi dalam analisis berantai punca dan kesan?


I Daya

II Hujan

III Kelembapan

IV Ketinggian

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang model fungsi?


I Mengenalpasti fungsi setiap komponen

II Gabungan komponen dan tugas bagi menyempurnakan tujuan

III Merupakan peringkat awal dalam analisis fungsi

IV Menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen dengan kesannya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV