wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T1 : BAB 9 (BUMI)

Total questions: 20

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Sistem bumi terdiri daripada semua yang berikut kecuali :

a)

Biosfera

b)

Hidrosfera

c)

Geosfera

d)

Atomsfera

2.

Di antara lapisan atmosfera berikut, yang manakah lapisan yang sesuai dan stabil untuk penerbangan kapal terbang?

a)

Troposfera

b)

Stratosfera

c)

Mesosfera

d)

Termosfera

3.

Lapisan atmosfera manakah mempunyai jalur-jalur berwarna-warni (aurora)?

a)

Stratosfera

b)

Troposfera

c)

Mesosfera

d)

Termosfera

4.

Semakin tinggi kedudukan dari permukaan bumi....

a)

semakin rendah suhu dan semakin tinggi tekanan

b)

semakin tinggi suhu dan semakin tinggi tekanan

c)

semakin rendah suhu dan semakin rendah tekanan

d)

semakin tinggi suhu dan tekanan sama dengan bumi

5.

Gambar menunjukkan ikan yang berada di ........................ lautan

a)

zon permukaan

b)

zon tengah malam

c)

zon gelap

d)

zon siang

6.

Dalam kitar air, air akan tersejat oleh cahaya matahari melalui proses ........

a)

penyejatan

b)

kondensasi

c)

pemejalwapan

d)

pengewapan

7.

Apakah lapisan paling dalam pada bumi?

a)

Mantel

b)

Kerak

c)

Teras luar

d)

Teras dalam

8.

Planet bumi paling sesuai untuk didiami kerana faktor berikut kecuali ...

a)

Mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi

b)

Suhu bumi tidak terlalu panas

c)

Suhu bumi paling sejuk berbanding planet lain

d)

Mempunyai bekalan air yang banyak

9.

Jenis batuan manakah yang paling keras?

a)

Igneus

b)

Sedimen

c)

Metamorfik

d)

Glasier

10.

Hakisan merupakan proses penghausan yang dialami bumi akibat tindakan oleh agen-agen berikut KECUALI ....

a)

air

b)

angin

c)

ombak

d)

mikroorganisma

11.

Apakah contoh proses eksogen?

a)

Pergerakan magma

b)

Pergerakan plak tektonik

c)

Proses olakan mantel

d)

Luluhawa

12.

Kejadian geobencana adalah kesan daripada proses ...

a)

eksogen

b)

endogen

c)

mampatan

d)

hakisan

13.

Semua yang berikut adalah kejadian geobencana KECUALI ...

a)

Pemanasan global

b)

Gempa bumi

c)

Banjir kilat

d)

Volkanisme

14.

Hujan asid adalah geobencana yang biasanya berlaku di kawasan ...

a)

perindustrian

b)

pertanian

c)

perikanan

d)

perladangan

15.

Apakah kegunaan alat ini?

a)

untuk mengesan gempa bumi

b)

untuk mengesan gunung berapi

c)

Untuk mengesan hakisan tanah

d)

Untuk mengesan tsunami

16.

Berikut adalah kesan geobencana kecuali ...

a)

kebuluran

b)

kehilangan nyawa

c)

penyakit

d)

peluang pekerjaan

17.

Berapakah usia bumi?

a)

5.5 juta tahun

b)

2.5 bilion tahun

c)

3.5 juta tahun

d)

4.5 bilion tahun

18.

Apakah nama objek ini?

a)

Pepatung

b)

Fosil

c)

Igneus

d)

Mantel

19.

Berikut adalah sumber air permukaan bumi KECUALI ...

a)

air laut

b)

sungai

c)

air bawah tanah

d)

kolam

20.

Berikut adalah contoh mineral logam kecuali ...

a)

emas

b)

petroleum

c)

bijih besi

d)

bijih timah