wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa BM

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan gambar tersebut, pilih peribahasa yang sesuai

a)

Semakin membaca bertambah ilmu didada

b)

Membaca jambatan ilmu

c)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

2.

Berdasarkan situasi dalam gambar, pilih Dua peribahasa yang sesuai.

a)

Kaki bangku

b)

Bersukan pasti menyihatkan tubuh badan

c)

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

d)

Bermandi peluh

3.

Berdasarkan gambar tersebut, pilih peribahasa yang sesuai.

a)

bagai mencurai air ke daun kelad

b)

kasih ibu membawa ke syurga

c)

carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum jua

d)

bagai isi dengan kuku

4.

Baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut, pilih satu peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung Cempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.

a)

muafakat membawa berkat

b)

kebersihan separuh daripada iman

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bersih amalan mulia

5.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.


Datin Alyah membesarkan anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang dan beliau sentiasa memastikan segala yang terbaik untuk anaknya itu.

a)

Bagai menatang minyak yang penuh

b)

Indah khabar daripada rupa

c)

Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi

d)

Anak sebatang kara

6.

Pilih Dua peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.


Setelah beberapa bulan bertungkus-lumus memerah otak dan berjaga hampir setiap malam, akhirnya penulis muda itu dapat juga menyiapkan novel terbaharunya.

a)

Harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama

b)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

c)

Usaha tangga kejayaan

d)

Alang-alang mandi biarlah basah

7.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.


Datuk Salim menentang hebat sikap isterinya yang suka membezakan saudara-mara berdasarkan pangkat dan kedudukan.

a)

kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

b)

enggang sama enggang,pipit sama pipit

c)

ada bau ada bangkainya

d)

Terapung sama hanyut, terendam sama basah

8.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.


Seseorang yang menceritakan keburukan keluarganya kepada orang lain tetapi akhirnya dia sendiri yang mendapat malu.

a)

Ada udang di sebalik batu

b)

Mengaburi mata orang

c)

Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

d)

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

9.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.


Orang yang khianat dan tidak mengakui akan kesalahanya

a)

Lempar batu sembunyi tangan

b)

Anjing ditepuk menjungkit ekor

c)

Sudah terantuk baru terngadah

d)

Kacang lupa akan kulitnya

10.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.


Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi malah dibalas pula dengan keburukan.

a)

Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati

b)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

c)

Kalau tidak api, masakan tidak ada asap

d)

Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit