wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi STPM: Pasaran Persaingan Sempurna 1.0

Total questions: 10

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Jika firma sedang mengeluarkan pada tingkat output kos sut sama dengan hasil sut firma tersebut perlu..

a)

keluar dari industri tersebut kerana nilainya kurang kos tetap

b)

meningkatkan output supaya hasil sut adalah kurang kos sut

c)

mengurangkan output supaya hasil sut melebihi kos sut dan untung firma naik

d)

menetapkan keluaran pada tingkat output ini kerana untungnya maksimum

2.

Pengelasan firma dalam struktur pasaran berasaskan ciri yang berikut kecuali

a)

bilangan firma dalam pasaran

b)

kebebasan keluar masuk firma

c)

jangka masa pengeluaran firma

d)

jenis barang yang dikeluarkan oleh firma

3.

Sebuah pasaran boleh dibezakan melalui ciri yang berikut, kecuali

a)

bilangan firma di pasaran

b)

jenis barang yang dikeluarkan

c)

kuasa menentukan harga di pasaran

d)

tujuan firma mengeluarkan keluaran

4.

Yang manakah benar tentang konsep hasil dalam pasaran persaingan sempurna?

a)

hasil sut lebih kecil daripada harga

b)

hasil sut dan hasil purata adalah malar

c)

hasil sut lebih besar daripada hasil purata

d)

hasil purata lebih besar daripada hasil sut

5.

Yang manakah kebaikan firma persaingan sempurna?

a)

Tiada kos pengiklanan

b)

Kawalan harga oleh kerajaan

c)

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

d)

Menikmati ekon0omi bidangan jangka panjang

6.

Keluk permintaan firma PPS anjal sempurna kerana

a)

firma ialah penentu harga

b)

firma ialah penerima harga

c)

bahagian pasaran firma kecil

d)

bahagian pasaran firma besar

7.

Dalam jangka panjang, firma PPS mencapai keseimbangan apabila

a)

kos sut minimum

b)

kos purata minimum

c)

kos tetap purata minimum

d)

kos berubah purata minimum

8.

Jika jumlah kos adalah RM 10 000, kos tetap RM2000, hasil purata RM900 dan output 10 unit. Apakah tindakan yang perlu dilakukan firma tersebut?

a)

meneruskan operasinya

b)

memberhentikan operasinya

c)

menurunkan kos pengeluarannya

d)

menambah outputnya daripada 10 unit kepada 11 unit

9.

Dalam jangka panjang, firma PPS memperoleh untung normal kerana

a)

firma boleh mengubah skel pengeluaran

b)

terdapat kebebasan keluar masuk firma dalam pasaran

c)

firma mengalami ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan

d)

kos purata jangka pendek sama dengan kos purata jangka panjang

10.

Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran kerana firma itu

a)

memperoleh untung maksimum

b)

mengeluarkan output yang paling banyak

c)

mengeluarkan output pada kos purata minimum

d)

mengeluarkan output pada tingkat harga menyamai kos sut