wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CAHAYA, WARNA & PENGLIHATAN

Total questions: 58

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 menunjukkan pembentukan imej yang oleh suatu cermin satah. Apakah ciri imej tersebut?

a)

Nyata

b)

Songsang

c)

Songsang sisi

d)

Lebih kecil daripada objek

2.

Rajah 2 menunjukkan seorang pelajar berdiri di hadapan sebuah cermin satah. Berapakah jarak antara di antara pelajar itu dengan jam dinding di dalam cermin satah?

a)

3 m

b)

8 m

c)

11 m

d)

13 m

3.

Ciri-ciri imej manakah yang dihasilkan oleh kanta cembung bagi objek yang dekat?

a)

Maya, songsang dan lebih kecil daripada objek

b)

Maya, tegak dan lebih besar daripada objek

c)

Nyata, songsang dan lebih kecil daripada objek

d)

Nyata, tegak dan lebih besar daripada objek

4.

Imej yang dibentuk oleh kanta cekung adalah

a)

nyata, songsang dan lebih besar

b)

maya, tegak dan lebih besar

c)

nyata, songsang dan lebih kecil

d)

maya, tegak dan lebih kecil

5.

Rajah 5 menunjukkan kanta cembung dengan titik fokus, F. Di manakah objek patut diletakkan untuk menghasilkan imej yang nyata, songsang dan sama saiz dengan objek?

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

6.

Rajah 11 menunjukkan seorang budak perempuan memandang wajahnya sendiri pada permukaan kolam. Apakah yang menyebabkan fenomena dalam Rajah 11?

a)

Penyebaran cahaya

b)

Penyerakan cahaya

c)

Pembiasan cahaya

d)

Pantulan cahaya

7.

Rajah 7 menunjukkan satu objek di hadapan satu cermin satah. Apakah imej yang terbentuk?

a)
b)
c)
d)
8.

Rajah sinar yang manakah betul?

a)
b)
c)
d)
9.

Rajah 9 menunjukkan pembentukan suatu imej oleh kanta cembung. Peralatan optik yang manakah menggunakan prinsip ini?

a)

Kanta pembesar

b)

Projektor slaid

c)

Teleskop

d)

Kamera

10.

Rajah 10 menunjukkan suatu objek di hadapan kanta cembung. Peralatan yang manakah menggunakan susunan ini?

a)

Kamera

b)

Mesin fotokopi

c)

Kanta mata

d)

Kanta pembesar

11.

Rajah sinar yang manakah betul?

a)
b)
c)
d)
12.

Satu objek diletakkan 40 cm dari kanta cembung. Jika imej yang terbentuk mempunyai saiz yang sama dengan objek, berapakah jarak fokus kanta itu?

a)

10 cm

b)

20 cm

c)

40 cm

d)

80 cm

13.

Alatan optik manakah yang menggunakan kanta cekung?

a)

Kamera

b)

Binokular

c)

Periskop

d)

Cermin mata

14.

Antara alatan optik berikut yang manakah menggunakan cermin satah?

a)

Kamera

b)

Periskop

c)

Teleskop

d)

Mikroskop

15.

Rajah 3 menunjukkan struktur sebuah kamera. Apakah fungsi U?

a)

Membenarkan cahaya masuk

b)

Mengubah saiz kanta

c)

Mengawal saiz bukaan

d)

Memfokus cahaya untuk membentuk imej

16.

Rajah 4 menunjukkan struktur suatu kamera. Bahagian mata yang manakah mempunyai fungsi yang sama dengan X?

a)

Iris

b)

Anak mata

c)

Retina

d)

Kanta mata

17.

Rajah 5 menunjukkan anak mata manusia. Antara situasi berikut, yang manakah akan menyebabkan saiz anak mata menjadi lebih besar?

a)

Melihat pada objek dekat dan kemudian beralih ke objek jauh

b)

Melihat pada objek berwarna hitam dan kemudian beralih ke objek berwarna putih

c)

Melihat pada objek kecil dan kemudian beralih ke objek yang lebih besar

d)

Melihat objek dalam kawasan yang terang dan kemudian melihat objek dalam kawasan yang gelap

18.

Rajah 6 menunjukkan satu struktur mata manusia. Antara A, B, C dan D, yang manakah berperanan seperti filem dalam sebuah kamera?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

19.

Rajah 7 menunjukkan suatu imej yang terbentuk pada skrin kamera lubang jarum. Apakah yang berlaku kepada imej jika objek digerakkan dari kedudukan X ke kedudukan Y?

a)

Lebih terang

b)

Lebih jelas

c)

Lebih kecil

d)

Lebih besar

20.

Rajah 8 menunjukkan sebuah kamera lubang jarum. Antara yang berikut, yang manakah merupakan imej bagi objek yang terbentuk di atas skrin?

a)
b)
c)
d)
21.

Kapten sebuah kapal selam ingin melihat sama ada terdapat sebarang kapal di atas permukaan laut. Apakah peralatan yang digunakan?

a)

Periskop

b)

Teleskop

c)

Binokular

d)

Kanta pembesar

22.

Rajah 10 menunjukkan satu kamera lubang jarum. Apakah yang berlaku pada imej apabila lubang jarum dibesarkan?

a)

Menjadi semakin kecil

b)

Menjadi semakin besar

c)

Menjadi semakin jelas

d)

Menjadi semakin cerah tetapi kurang tajam

23.

Rajah 11 menunjukkan satu alatan optik yang digunakan oleh seorang guru. Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri-ciri imej yang dihasilkan oleh alatan optik dalam Rajah 11?

a)

Nyata

b)

Maya

c)

Sama saiz dengan objek

d)

Lebih besar dari objek

24.

Rajah 1 menunjukkan proses penyebaran cahaya putih. Apakah warna pada S dan T?

a)

S: ungu

T: merah

b)

S: merah

T: ungu

c)

S: merah

T: biru

d)

S: jingga

T: ungu

25.

Apakah proses pembentukan pelangi?

a)

Penambahan cahaya

b)

Penyebaran cahaya

c)

Penyerakan cahaya

d)

Penolakan cahaya

26.

Fenomena manakah yang menunjukkan kesan penyebaran cahaya?

a)

Pelangi

b)

Kebiruan langit

c)

Kemerahan matahari terbenam

d)

Pencahayaan pentas

27.

Rajah 4 menunjukkan dua prisma yang sama disusun di hadapan sebuah skrin putih.


Manakah antara berikut boleh dilihat di atas skrin putih?

a)

Spektrum cahaya

b)

Kesan terbakar

c)

Cahaya putih

d)

Cahaya merah

28.

Cahaya manakah yang paling kurang dibiaskan oleh prisma kaca?

a)

Merah

b)

Hijau

c)

Ungu

d)

Jingga

29.

Rajah 6 menunjukkan rajah sinar bagi pembentukan pelangi.


Apakah warna S?

a)

Jingga

b)

Ungu

c)

Biru

d)

Merah

30.

Fenomena manakah yang melibatkan penyerakan cahaya?

a)

Laut kelihatan biru

b)

Pembentukan pelangi

c)

Langit gelap sebelum hujan

d)

Langit kelihatan kemerahan semasa senja

31.

Rajah 2 menunjukkan fenomena penyerakan cahaya.


Apakah warna langit yang dilihat oleh seorang pemerhati di P?

a)

Merah

b)

Biru

c)

Ungu

d)

Kuning

32.

Rajah 3 menunjukkan seorang pemerhati langit pada waktu tengahari.


Warna cahaya matahari yang manakah paling banyak diserakkan?

a)

Merah

b)

Biru

c)

Putih

d)

Kuning

33.

Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan langit kelihatan merah semasa senja?

a)

Pantulan cahaya

b)

Penyerapan cahaya

c)

Penyerakan cahaya

d)

Penyebaran cahaya

34.

Rajah 1 menunjukkan penambahan tiga warna cahaya.


Apakah P dan Q?

a)

P: Merah

Q:Kuning

b)

P: Biru

Q: Sian

c)

P: Merah

Q: Sian

d)

P: Merah

Q: Biru

35.

Apakah warna-warna primer bagi cahaya?

a)

Biru, kuning dan merah

b)

Merah, biru dan hijau

c)

Merah, kuning dan hijau

d)

Biru, hijau dan kuning

36.

Rajah 3 menunjukkan penambahan cahaya berwarna.


Apakah warna cahaya di kawasan berlorek?

a)

Sian

b)

Putih

c)

Kuning

d)

Magenta

37.

Cahaya warna yang manakah boleh melalui penapis sian?

a)

Merah

b)

Hijau

c)

Kuning

d)

Magenta

38.

Rajah 5 menunjukkan satu cahaya putih dipancarkan ke penapis warna sekunder.


Apakah warna yang diwakili oleh X, Y dan Z?

a)

X: Merah

Y: Hijau

Z: Kuning

b)

X:Biru

Y: Hijau

Z: Kuning

c)

X: Biru

Y: Merah

Z: Kuning

d)

X: Kuning

Y: Biru

Z: Sian

39.

Rajah 8 menunjukkan cahaya putih melalui dua penapis warna.


Apakah warna yang dapat dilihat pada skrin?

a)

Sian

b)

Biru

c)

Hijau

d)

Hitam

40.

Rajah 7 menunjukkan cahaya merah dan cahaya sian yang dipancarkan ke atas skrin putih.


Apakah warna yang kelihatan pada P, Q dan R?

a)

P: Merah

Q:Magenta

R: Biru

b)

P: Biru

Q:Putih

R: Sian

c)

P: Merah

Q:Putih

R: Sian

d)

P: Putih

Q:Hitam

R: Magenta

41.

Rajah 9 menunjukkan cahaya putih melalui satu penapis kuning.


Apakah warna yang kelihatan di atas kertas biru?

a)

Biru

b)

Sian

c)

Hitam

d)

Kuning

42.

Rajah menunjukkan penapisan cahaya putih menggunakan penapis magenta dan penapis X.


Apakah warna penapis X jika cahaya yang terbentuk pada skrin berwarna merah?

a)

Sian

b)

Biru

c)

Hijau

d)

Kuning

43.

Seorang berpakaian merah berdiri di bawah lampu bercahaya kuning.


Pakaian orang itu akan kelihatan

a)

Merah

b)

Hijau

c)

Hitam

d)

Kuning

44.

Rajah 2 menunjukkan sehelai baju kuning di bawah cahaya sian.


Apakah warna yang dilihat pada baju tersebut?

a)

Merah

b)

Biru

c)

Hijau

d)

Kuning

45.

Rajah 3 menunjukkan kesan penolakan cahaya berwarna.


Apakah warna bunga dan daun-daun apabila dilihat di bawah cahaya berwarna merah?

a)

Bunga: Merah

Daun-daun: Merah

b)

Bunga: Kuning

Daun-daun: Hijau

c)

Bunga: Merah

Daun-daun: Hitam

d)

Bunga: Hitam

Daun-daun: Hitam

46.

Suatu bola berwarna hijau kelihatan berwarna hitam di bawah cahaya merah. Fenomena ini disebabkan oleh


I Tiada cahaya dipantulkan daripada bola hijau

II Warna hijau bergabung dengan cahaya merah

III Bola hijau menyerap cahaya merah

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I, II dan III

47.

Seorang murid tidak mempunyai cat hijau untuk melukis pemandangan.


Apakah warna cat yang perlu dicampurkan untuk mendapatkan cat hijau?

a)

Biru + Kuning

b)

Kuning + Merah

c)

Biru + Merah

d)

Biru + Magenta

48.

Apakah warna yang terhasil apabila pigmen merah dan kuning dicampurkan?

a)

Biru

b)

Hitam

c)

Hijau

d)

Jingga

49.

Rajah 12 menunjukkan percampuran warna pigmen.


Apakah warna di kawasan berlorek?

a)

Merah

b)

Hijau

c)

Hitam

d)

Ungu

50.

Jika kain putih hendak dijadikan warna ungu, apakah pencelup warna yang mesti digunakan?

a)

Merah dan biru

b)

Hijau dan merah

c)

Merah dan kuning

d)

Biru dan kuning

51.

Campuran pigmen yang manakah akan menghasilkan warna hitam?

a)

Merah, biru dan kuning

b)

Merah, biru dan hijau

c)

Kuning dan magenta

d)

Biru dan kuning

52.

Rajah 6 menunjukkan campuran pigmen warna.


Apakah warna R dan S?

a)

R: Magenta

S: Hijau

b)

R: Jingga

S: Hijau

c)

R: Hijau

S: Ungu

d)

R: Hijau

S: Sian

53.

Warna dakwat yang manakah digunakan dalam industri percetakan?

a)

Merah, biru, hijau, hitam

b)

Merah, biru, hijau, putih

c)

Kuning, sian, magenta, hitam

d)

Kuning, sian, magenta, putih

54.

Rajah 2 menunjukkan seekor sesumpah.


Seekor sesumpah mengubah warnanya untuk menyamai persekitarannya. Apakah kepentingan ciri ini?

a)

Memberi amaran kepada musuh

b)

Menyamar diri daripada pemangsa

c)

Menarik perhatian sesumpah betina

d)

Menarik perhatian mangsa

55.

Rajah 9 menunjukkan seekor burung merak jantan memperagakan bulunya yang berwarna-warni.


Kepentingan warna kepada burung merak adalah untuk

a)

mengawan

b)

amaran

c)

perlindungan

d)

penyamaran

56.

Apakah kepentingan warna pada tumbuhan?

a)

Percambahan biji benih

b)

Untuk pemencaran biji benih

c)

Pendebungaan

d)

Penyamaran

57.

Rajah 11 menunjukkan sebatang pokok betik.


Apakah kepentingan warna pada buah tersebut?

a)

Amaran

b)

Pendebungaan

c)

Penyamaran

d)

Percambahan biji benih

58.

Apakah alatan optik yang sesuai digunakan untuk memerhati fenomena gerhana bulan?

a)

Kamera

b)

Periskop

c)

Teleskop

d)

Mikroskop