Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kinematik 2.1.1

Total questions: 12

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan Daud berdiri di O. Dia berjalan ke arah P dan kemudian bergerak ke Q. Berapakah sesaran Daud?

a)

3 m ke arah timur

b)

3 m ke arah barat

c)

21 m ke arah timur

d)

21 m ke arah barat

2.

Seorang pelajar berjalan dari A ke B dan kembali ke A sekali lagi. Jarak AB ialah 50 m. Berapakah magnitud sesaran dari A setelah pelajar itu menamatkan perjalanannya?

a)

0 m

b)

25 m

c)

50 m

d)

75 m

3.

Manakah antara kuantiti fizik yang berikut tidak mengalami sebarang perubahan apabila satu daya dikenakan ke atas sesuatu objek?

a)

Halaju objek

b)

saiz objek

c)

Momentum objek

d)

inersia objek

4.

Jika daya paduan yang bertindak ke atas sesuatu objek yang bergerak adalah sifar, objek itu akan

a)

bergerak dengan perlahan dan berhenti

b)

memecut dengan seragam

c)

menyahpecut dengan seragam

d)

bergerak dengan halaju malar

5.

Saufi yang memandu keretanya pada 162 kmj-1 terlihat sesuatu halangan di atas jalan raya. Dia menekankan brek dengan serta merta dan berjaya menghentikan keretanya dalam masa 5 s. Jarak yang dialui oleh keretanya setelah brek ditekan ialah

a)

32.4 m

b)

112.5 m

c)

225.0 m

d)

810.0 m

6.

Antara yang berikut, kuantiti fizik yang manakah akan berubah apabila sebuah bas memecut?

a)

Jisim

b)

Laju

c)

Daya

d)

Halaju

7.

'Halaju ialah kadar perubahan sesaran'

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dirujuk dengan perkataan 'kadar'?

a)

Perbezaan sesaran

b)

Sesaran per unit masa

c)

Perbezaan jarak dengan masa

d)

Jarak terdekat

8.

Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah bertambah apabila suatu objek bergerak sepanjang satu garis lurus dengan pecutan seragam?

I Jarak

II Halaju

III Pecutan

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I, II dan III

9.

Pecutan ditakrifkan sebagai

a)

kadar perubahan sesaran terhadap masa

b)

kadar perubahan jarak terhadap masa

c)

kadar perubahan laju terhadap masa

d)

kadar perubahan halaju terhadap masa

10.

Sebuah bas bergerak dari keadaan pegun mengambil masa 6 saat untuk mencapai halaju 30 ms-1. Hitungkan pecutannya.

a)

3.0 ms-2

b)

4.0 ms-2

c)

5.0 ms-2

d)

6.0 ms-2

11.

Sebuah bas berjisim 1500 kg dan lori minyak berjisim 2500 kg bergerak pada halaju yang sama iaitu 90 ms-1.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang momentum bas dan lori minyak?

a)

Momentum bas lebih besar daripada momentum lori minyak

b)

Momentum lori minyak lebih besar daripada momentum bas

c)

Kedua-dua bas dan lori minyak mempunyai momentum yang sama

d)

Kedua-dua bas dan lori minyak mempunyai momentum sifar

12.

Sebuah van bergerak dengan halaju 30 ms-1 dan kelajuan meningkat secara seragam menjadi 75 ms-1 dalam masa 6 saat, kirakan pecutan lori tersebut.

a)

3.0 ms-2

b)

4.5 ms-2

c)

7.5 ms-2

d)

8.0 ms-2