wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ________ kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

a)

prasyarat

b)

prasarana

c)

prasejarah

d)

prasekolah

2.

Iffa sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.

a)

mencalit

b)

mencoret

c)

mencelup

d)

mencalar

3.

Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.

a)

bersemayam

b)

bersiram

c)

bertabal

d)

beradu

4.

Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.

a)

comot ... terputus

b)

pudar ... tertatal

c)

lusuh ... meretas

d)

kusam ... mengoyak

5.

Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.

a)

kelam

b)

gelap

c)

sunyi

d)

senyap

6.

Umar menunggu kawannya ___________ pukul tiga hingga empat petang.

a)

daripada

b)

pada

c)

dari

d)

di

7.

Kebanyakan nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka sibuk ____________ jala yang koyak.

a)

mencuci

b)

menenun

c)

menyirat

d)

menjala

8.

Orang ramai bersorak ketika Faheed _________ piala kemenangan selepas menjuarai kejohanan bola sepak itu.

a)

menjulang

b)

memikul

c)

mengelek

d)

menjinjing

9.

Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.

a)

menyeberang

b)

menongkah

c)

menyusur

d)

meredah

10.

Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang _______________ gawang gol.

a)

membolos

b)

melepasi

c)

melewati

d)

menepati

11.

Flavia ______________ keluar batu-batu kecil

yang terlekat pada kasutnya.

a)

mencolek

b)

mencucuk

c)

mencuit

d)

mencungkil

12.

Mak Minah duduk di bawah rumah sambil ___________ lidi untuk dibuat penyapu

a)

meraut

b)

melarik

c)

mengikis

d)

menghiris

13.

“__________ mahu semua rakyat bersatu padu demi menjaga keharmonian

negara,” titah , Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena sambutan

Hari Kemerdekaan negara.

a)

patik

b)

beta

c)

tuanku

d)

baginda

14.

Hujah-hujah bidasan pihak pembangkang amat __________ sehingga sukar untuk ditangkis oleh pihak pencadang.

a)

bestari

b)

baik

c)

padu

d)

bernas

15.

Cikgu Azizi terpaksa memakai cermin mata gelap untuk mengelakkan

__________ cahaya matahari semasa beliau menunggang motosikal.

a)

biasan

b)

sinaran

c)

kiasan

d)

panahan

16.

“Masukkan kira-kira tiga __________ beras ke dalam tiap-tiap sarung ketupat itu,” kata ibu kepada Zaleda.

a)

suku

b)

separuh

c)

semua

d)

setengah

17.

Nakhoda kapal dagang mengarahkan kelasi kapalnya agar _________sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.

a)

melabuh

b)

membongkar

c)

menarik

d)

membuka

18.

Sebelum meninggalkan majlis kenduri kahwin itu, Encik Nazri menghulurkan __________ bunga telur kepada para tetamu sebagai buah tangan.

a)

sejambak

b)

sekuntum

c)

sekaki

d)

sebiji

19.

Pak Mamat menggunakan _____________ untuk membuat ukuran pada bingkai tingkap.

a)

sesiku

b)

kekisi

c)

kekuda

d)

jejari

20.

PILIH AYAT YANG BETUL.


i)Puan Pretty membawa anak bongsunya ke klinik desa

untuk periksa doktor.


ii)Tuan hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu

hukuman penjara seumur hidup.


iii) Pendingin hawa di makmal komputer itu sedang dibaiki oleh Encik Munap.


iv) Berbagai barangan keperluan harian dijual dengan

harga yang murah di ekspo itu.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

21.

Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat _______________ kerana hujan turun dengan lebatnya.

a)

berteduh

b)

berlindung

c)

berhenti

d)

berehat

22.

Pandangan Pak Ikhmal _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.

a)

bersinar-sinar

b)

berpinar-pinar

c)

berbalam-balam

d)

berpusing-pusing

23.

Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.

a)

sasaran

b)

wawasan

c)

harapan

d)

impian

24.

Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.

a)

nian

b)

betul

c)

benar

d)

paling

25.

Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk __________ pemikiran serta mengasah minda kita.

a)

memperkuat

b)

memperjelas

c)

memperlebar

d)

mempertajam

26.

Puan Airin lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.

a)

prabawa

b)

pracukai

c)

prabayar

d)

prasyarat

27.

Kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia _____________ untuk Hafizah melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

membuka jalan

b)

membuka mata

c)

membuka langkah

d)

membuka ruang

28.

Buaya yang besar itu ___________ ekornya sebelum membaham mangsanya.

a)

melebarkan

b)

mengibaskan

c)

mengibarkan

d)

melibaskan

29.

"Hamba hanya ____________ titah perintah baginda tuanku," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

menurut

b)

menjunjung

c)

mematuhi

d)

merafak

30.

Kami dapat melihat perahu-perahu nelayan yang ____________ dipukul ombak ketika mengambil angin di tepi pantai itu.

a)

terliang-liuk

b)

terolang-aling

c)

terkontang-kanting

d)

terpontang-panting

31.

Harapan pasukan hoki sekolah Fahid untuk menjulang piala pada tahun ini agak ____________ kerana pasukan lawan mempunyai banyak pemain yang handal.

a)

tipis

b)

nipis

c)

kecil

d)

sedikit

32.

Kita hendaklah sentiasa bersenam ________ makan makanan yang menyihatkan __________ tidak mahu mendapat penyakit.

a)

dan ... jika

b)

serta ... ketika

c)

dengan ... jika

d)

lalu ... sekiranya

33.

Encik Estho menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

a)

seutas

b)

sebutir

c)

sebilah

d)

sebentuk

34.

Kasihan Ricario. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah

a)

sudah jatuh ditimpa tangga

b)

biar lambat asal selamat

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

nasi sudah menjadi bubur

35.

Semua pihak memberikan sokongan yang __________ kepada Yang Dipertua PIBG yang baharu itu.

a)

padu

b)

teguh

c)

gagah

d)

kukuh

36.

________________ itu mengenakan pakaian tradisional Melayu daripada fabrik songket dalam suatu pertunjukan fesyen.

a)

Seniwati

b)

Peragawati

c)

Pramugari

d)

Biduanita

37.

Kemenangan Zilma dalam pertandingan Pidato Antarabangsa itu telah membuktikan bahawa dia ____________ dalam bidang tersebut.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

ada bakat

d)

ada harapan

38.

Syarikat-syarikat swasta terkemuka dipelawa tampil untuk menaja beberapa program sukan yang _________ di negara kita.

a)

beretika

b)

berprestij

c)

berkualiti

d)

berhemah

39.

Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumah Norlyn telah ______________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.

a)

mekar

b)

rimbun

c)

kuncup

d)

kembang

40.

Cikgu Laip melonjak kegembiraan sebaik sahaja pelari sekolahnya_________ ke garisan

penamat.

a)

menempuhi

b)

mencecah

c)

menemu

d)

melalui