NEW
Font size
WorksheetsPK Tahun 2: Pastikan Selamat
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Umar ingin keluar bermain-main dengan Hadif di padang sekolah. Apakah perlu Umar lakukan sebelum itu?
Umar keluar secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
Umar keluar daripada pintu dapur agar ayahnya tidak perasan ketiadaannya.
Umar bertemu ibunya di dapur dan meminta izin untuk keluar.
Umar mengajak adiknya keluar tanpa memaklumkan kepada ibu dan ayah.
Aisyah pergi ke sekolah berjalan kaki kerana jaraknya dekat. Ramai jiran-jirannya juga turut berjalan kaki pergi ke sekolah. Apakah yang sepatutnya Aisyah lakukan?
Aisyah berjalan laju-laju berseorangan agar cepat sampai ke sekolah.
Aisyah bergelak berlumba lari dengan jiran-jirannya sehingga sampai ke sekolah.
Aisyah berjalan berseorang tanpa mempedulikan jiran-jirannya sehingga tiba di sekolah.
Aisyah berjalan berkumpulan dengan jiran-jirannya sehingga sampai di pintu pagar sekolah.
Ketika Ganesh pergi ke kedai, seseorang yang tidak dikenali telah memanggilnya. Apa tindakan Ganesh yang sepatutnya?
Ganesh menaiki kereta bersama-sama orang itu.
Ganesh menolak ajakan orang itu untuk ke kedai bersama-sama
Ganesh menjerit mengejek orang itu.
Ganesh mengambil gula-gula yang diberi orang itu.
Maksud orang yang dikenali bermaksud orang yang ___________ dengan diri kita.
rapat
jauh
musuh
asing
Siapakah orang yang tidak dikenali?
Penyamar
Jiran
Guru
Rakan
Aktiviti manakah yang selamat untuk anda lakukan bersama-sama kawan?
Membawa kawan bermain congkak di rumah.
Menerima ajakan kawan mandi sungai di hujung kampung.
Mengajak kawan bermain basikal lajak pada tengah hari.
Mengayuh basikal sambil bergurau senda.
Seorang lelaki mengajak menarik tangan kamu untuk menaiki keretanya. Apakah tindakan kamu?
Menjerit meminta tolong.
Mengucapkan terima kasih.
Naik kereta dengan gembira.
Bertanya khabar lelaki itu.
Seorang wanita muda yang tidak dikenali memberikan sebuah bungkusan. Apakah tindakan terbaik kamu?
Menerima bungkusan itu dengan ucapan terima kasih.
Mencampakkan bungkusan ke muka wanita muda itu.
Menolak pemberian dengan isyarat tangan yang sopan.
Membuka bungkusan itu di hadapan wanita muda itu.
Apakah akibat mengikut orang yang tidak dikenali?
Mungkin mendapat hadiah
Mungkin mengenali kawan baharu
Mungkin menjadi kaya raya
Mungkin diculik orang.
Perkara manakah yang membuatkan ibu bapa risau apabila apabila kamu keluar berseorangan?
Bertemu rakan sebaya di perpustakaan.
Bertemu seseorang di pasar malam.
Bertemu cikgu di kelas tambahan.
Bertemu atok dan nenek di kampung.
