wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Rekreasi dan Kesenggangan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Manakah benar tentang aktiviti rekreasi dan kesenggangan ?

a)

Rekreasi melibatkan aktiviti terancang yang menyeronokkan, memberi kepuasan dan cabaran

b)

kesenggangan merupakan aktiviti tidak terancang dan lebih relaks serta kurang menggunakan tenaga

c)

memberi sumbangan dalam hubungan sesama rakan dan ahli keluarga yang lebih erat melalui penglibatan bersama-sama dalam melakukan aktiviti.

d)

komponen penting untuk gaya hidup yang seimbang dan sihat dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial seperti pengurangan dalam tahap stres dan kemurungan serta jiwa yang lebih tenang apabila dikelilingi alam semula jadi

2.

Apakah alat yang biasa digunakan semasa aktiviti pandu arah ?

a)

kompas

b)

peta

c)

kad arahan

3.

Cikgu Hasyariee menunjukkan gambar di atas kepada pelajar. Apakah label A

a)

Petunjuk arah

b)

Anak panah orienteering

c)

Jarum magnetik

d)

Garisan melaras

4.

Penanda khas dengan kod dalam bentuk nombor atau huruf yang bertujuan untuk memastikan peserta pandu arah tiba di titik kawalan yang betul. Di situ akan disertakan dengan penebuk (puncher) untuk menebuk kad kawalan sebagai bukti peserta telah melawati titik kawalan tersebut.

a)

Penanda kawalan

b)

Nombor rahsia

c)

Huruf rahsia

d)

Penanda rahsia

5.

Manakah di antara berikut menunjukkan cara menggunakan kompas

a)
b)
c)
6.

Apakah kelebihan aktiviti pandu arah ?

a)

menggalakkan keseronokan dan kepimpinan

b)

menggalakkan kerja sepasukan

c)

menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi

d)

membina kecergasan fizikal

7.

Apakah kelebihan aktiviti pandu arah ?

a)

keseronokan dan kepimpinan

b)

kerja sepasukan dan kemahiran berfikir aras tinggi

c)

membina kecergasan fizikal

d)

sesuai untuk semua peringkat umur.

8.

Pernyataan manakah menerangkan tentang dodgeball ?

a)

Pasukan Malaysia merupakan juara Kejohanan Dunia 2017 di Kanada bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan

b)

Permainan ini memerlukan kemahiran membaling, mengelak,

mengadang, menerima bola serta memerlukan strategi bermain secara berpasukan

c)

Untuk mendapatkan mata, satu pasukan perlu menyingkirkan kesemua pemain pasukan lawan sehingga masa tamat

d)

Permainan ini melibatkan pemain bergerak dalam gelanggang sambil mengelakkan diri dari terkena bola yang dituju kepada

mereka oleh pihak lawan

9.

Pernyataan manakah menerangkan tentang Permainan Gelap Cerah ?

a)

juga dikenali sebagai permainan Galah Panjang atau permainan Toi

b)

Permainan ini menguji kecekapan dan kepantasan pemain yang melibatkan dua kumpulan pemain, satu kumpulan menyerang dan satu kumpulan pengadang.

c)

Dalam permainan ini, satu kumpulan cuba melepasi halangan yang dibuat oleh kumpulan lawan pada garisan yang ditetapkan.

d)

Lazimnya permainan ini dimainkan apabila terdapat cahaya bulan, pada hari perayaan atau majlis tertentu.

10.

Pernyataan manakah menerangkan tentang Permainan Aci Sep ?

a)

juga dikenali sebagai Aci Cup atau Aci Lup Sep

b)

Permainan ini bertujuan menguji ketangkasan dan kecekapan pengejar menyentuh pemain lain yang cuba mengelak daripada disentuh olehnya

c)

Pemain yang dikejar boleh berehat atau menyelamatkan

diri dengan mencangkung dan menyebut “cup”

d)

Jika semua pemain telah "cup" dan tidak disepkan, pengejar akan membilang 1, 2, 3 dan pemain yang terakhir berdiri akan menjadi pengejar baharu.

11.

Berikut merupakan nama lain bagi permainan Gelap Cerah, kecuali :

a)

Dam Aji

b)

Permainan Toi

c)

Galah Panjang

d)

Gelap Cerah

12.

Berapakah ukuran gelanggang permainan Gelap Cerah :

a)

10 m lebar

b)

6-9 m panjang & 2-3 m lebar

c)

2-3 m panjang & 6-9 m lebar

d)

10 km

13.

Aktiviti rekreasi dan kesenggangan biasanya dilakukan pada waktu ___________ .

a)

tertentu

b)

makan

c)

lapang

d)

terindah

14.

Berikut merupakan antara aktiviti rekreasi dan kesenggangan KECUALI

a)

aktiviti pandu arah

b)

permainan hidup mati

c)

permainan libat

d)

olahraga

15.

Antara berikut yang manakah BUKAN tujuan aktiviti rekreasi dan kesenggangan :

a)

Keseronokan

b)

Ketenangan minda

c)

Merehatkan badan

d)

Pertandingan