wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah ayah Adnan?

a)

Pak Karim

b)

Pak Saidi

c)

Lebai Pian

d)

Pak MAT

2.

Siapakah nama Isteri Adnan

a)

Mak Milah

b)

Sophia

c)

Sapiah

d)

Saadiah

3.

TEMA yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah

a)

Kisah anak yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya

b)

Kisah anak muda yang memulakan perniagaan ternakan ayam

c)

Kisah ibu yang mengharapkan kasih sayang daripada seorang anak

d)

Keberanian dan keperwiraan seorang anak muda yang bernama Adnan dalam usahanya mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing

4.

Manakah berikut BUKAN Persoalan dalam novel Leftenan Adnan

a)

Persoalan pandangan jauh seorang ketua keluarga. Pak Saidi berpandangan bahawa anak-anaknya perlu menyambung pelajaran ke sekolah menengah dan sekolah tinggi.

b)

Persoalan harapan seorang ayah terhadap anaknya. Pak Saidi mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.

c)

Persoalan minat dan kecenderungan seseorang sukar diubah. Sejak kecil Adnan menanam minat untuk menjadi askar. Minat beliau dalam bidang ketenteraan tidak pernah padam.

d)

Persoalan sikap cemburu dan panas baran membawa penyesalan. Zahid cemburu akan isterinya, Waheeda kerana kerap berurusan dengan lelaki lain semasa bertugas.

5.

SAMAD dalam novel Leftenan Adnan digambarkan sebagai watak:

a)

Watak Bulat

b)

Watak Statik

c)

Watak Antagonis

d)

Watak Pipih

6.

Berikut manakah menggambarkan LATAR MASYARAKAT dalam novel Leftenan Adnan

a)

Masyarakat yang berpandangan jauh. Pak Saidi telah menghantar anaknya ke sekolah Inggeris demi memastikan anaknya mendapat ilmu yang tidak ada di sekolah Melayu

b)

Masyarakat yang percaya kepada kuasa bomoh dalam merawat penyaki

c)

Masyarakat yang mempunyai profesion pendidikan yang tinggi seperti pensyarah dan doktor

d)

Masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan

7.

Padanan Nilai dan Huraian yang betul dalam novel Leftenan Adnan ialah:


I. Nilai keberanian - Contohnya Leftenan Adnan mempunyai sifat keberanian yang luar biasa


II. Nilai Cinta akan Negara - Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan guru demi menjadi askar dan bertujuan mempertahankan negara


III. Nilai Ketabahan - Adnan rajin membantu ibu bapanya menoreh getah, bersawah dan menjaga kebun durian.


IV. Nilai Rasional - Sophia bersikap rasional apabila taat mengikuti suaminya yang mahukan dia dan anak-anak pulang ke kampung.

a)

I dan II

b)

I, II, dan III

c)

II,III dan IV

d)

Semua Jawapan di atas

8.

Padanan mana merujuk kepada LATAR TEMPAT dalam novel Leftenan Adnan?

a)

Bilik Pembedahan, Stesen Bas, Restoran KFC Seksyen 2 Shah Alam, Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam

b)

Hospital HUKM, Sekolah Menengah Alam Sari, Klinik Gigi Wong, Kedai Basikal Rama

c)

Pusat Beli Belah Aeon, Kompleks Sukan Skuasy Kuala Lumpur, Pasar Malam Taman Seri Gading

d)

Sg Ramal, Port Dickson, Bukit Candu, Pagar Ruyung, Pasir Panjang

9.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa KECUALI

a)

Kita hendaklah memiliki wawasan dan berpandangan jauh

b)

Kita perlulah memiliki semangat cinta akan tanah air akan negara yang tingg

c)

Kita perlulah berani mempertahankan negara

d)

Kita mestilah selalu mengingati ibu bapa yang sakit dan telah uzur

10.

Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.Contoh :

a)

Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.

b)

Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.

c)

Isteri Leftenan Adnan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anak-anak

11.

Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.Plot bahagian

a)

Permulaan

b)

Perkembangan

c)

Klimaks

d)

Peleraian

12.

Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.

a)

Permulaan

b)

Perkembangan

c)

Klimaks

d)

Peleraian

13.

Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.

a)

teknik imbas hadapan

b)

teknik monolog

c)

teknik imbas kembali

d)

teknik pemerian

14.

Akibat kehabisan peluru, askar Melayu sanggup bertempur dari jarak dekat dengan menggunakan ?

a)

PEDANG SAMURAI

b)

BAYONET

c)

MOKTAR

d)

KERIS

15.

Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.

a)

teknik dialog

b)

teknik imbas kembali

c)

teknik monolog

d)

teknik monolog dalaman