WorksheetsPENANDA WACANA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Ahmad Saiful kemalangan pagi tadi. ......................, dia hanya cedera ringan.
Oleh itu
Selain itu
Sehubungan itu
Walau bagaimanapun
Nenek gembira menyambut kepulangan kami. ..............., nenek juga menghidangkan lauk-pauk kegemaran kami.
Malahan
Sebaliknya
Misalnya
Namun begitu
Pak Abu menternak ayam daging. ............., dia juga menternak kambing.
Di samping itu
Seterusnya
Dengan demikian
Kesimpulannya
Farid batuk-batuk sejak pagi. .................., ibu membawanya ke klinik untuk membuat pemeriksaan.
Seterusnya
Namun begitu
Oleh itu
Tambahan pula
Amirul gigih mengulang kaji pelajaran. ................, dia berjaya dengan cemerlang dalam UPSR.
Akhirnya
Misalnya
Sesungguhnya
Walau bagaimanapun
Pak Halim mempunyai beberapa bidang sawah. .............., dia tidak mampu mengerjakannya kerana sudah uzur.
Dengan itu
Namun begitu
Sementara itu
Sebaliknya
Amalan ziarah menziarahi pada hari raya wajar dijadikan budaya. ......................., hubungan antara kita dapat diperkukuhkan.
Selain itu
Seterusnya
Di samping itu
Dengan demikian
Pagi itu, hujan turun dengan lebatnya. ........................., Pak Deris tidak boleh menoreh getah.
Di samping itu
Oleh sebab itu
Sementara itu
Walau bagaimanapun
.........................., program motivasi tersebut sangat bermanfaat dan wajar diadakan lagi pada masa depan.
Akhirnya
Sebaliknya
Kesimpulannya
Tambahan pula
Bahan bacaan yang bermutu sangat penting untuk perkembangan minda anak-anak. ..........................., ibu bapa perlu bijak memilih bahan bacaan yang sesuai.
Namun begitu
Pertama sekali
Dengan demikian
Konklusinya
