wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 5

Total questions: 20

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Ketiga-tiga kawasan berikut telah menjadi tumpuan imperialisme Barat.


China

India

Asia Tenggara


Apakah tarikan utama kuasa Barat terhadap ketiga-tiga kawasan tersebut?

a)

Penemuan pasaran baru

b)

Kaya dengan sumber minyak

c)

Kedudukan yang strategik

d)

Sistem pengangkutan yang maju

2.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kesan penciptaan telegraf semasa perkembangan imperialisme Barat di Asia Tenggara.


Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.

X

Ahli-ahli perniagaan di Barat dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur.


Apakah kesan X?

a)

England muncul sebagai pelopor

b)

Mudahkan urusan perniagaan

c)

Kos perhubungan yang murah

d)

Persaingan pesat kuasa-kuasa Barat

3.

Apakah imperialis Barat memberi tumpuan kepada kedua-dua negara berikut?


China

India

a)

Kekayaan bahan mentah

b)

Tenaga mahir yang ramai

c)

Tanah pamah yang subur

d)

Kawasan pasaran yang baru

4.

Apakah ciri-ciri umum sistem birokrasi yang diperkenalkan di negara-negara Asia Tenggara semasa penjajahan Barat yang kekal hingga hari ini?

a)

Pengenalan undang-undang Barat

b)

Pelantikan Gabenor Kecil sebagai ketua pentadbir

c)

Gabenor Jeneral sebagai ketua biro

d)

Golongan Datu sebagai pentadbir bandar

5.

Selepas dikuasai oleh Perancis, pentadbiran di IndoChina diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral.


Mengapakah Gabenor Jeneral bertanggungjawap terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris?

a)

Kawalan pemerintahan penjajah

b)

Permintaan rakyat IndoChina

c)

Pertelingkahan yang tiada penghujung

d)

Kebangkitan rakyat tempatan

6.

Maklumat berikut menunjukkan sistem pemerintahan di Vietnam sebelum penjajahan Perancis?


Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.


Bagaimanakah pelantikan golongan tersebut dijalankan?

a)

Proses pilihan raya

b)

Sistem penggiliran

c)

Melalui peperiksaan

d)

Berasaskan keturunan

7.

Pembaharuan berikut merupakan beberapa perkara yang diperkenalkan oleh British semasa mentadbir Tanah Melayu.


Pengenalan sistem kehakiman Barat

Pelaksanaan sistem pengutipan cukai

Pembahagian negeri kepada daerah

X


Apakah X?

a)

Penubuhan balai polis

b)

Peluang pekerjaan kepada wanita

c)

Rampasan wang graduiti kerabat diraja

d)

Kekejaman kepada kaum minoriti

8.

Apakah peranan kemunculan persatuan-persatuan berikut dalam perkembangan politik di Asia Tenggara?


Persatuan Belia Buddha

Pan-Islamisme

a)

Menjadi alat perpaduan

b)

Menyampaikan mesej penjajahan

c)

Menewaskan gerakan pengkristianan

d)

Menentang penjajah barat

9.

Maklumat berikut merupakan kesan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh penjajah.


Kemasukan imigran secara besar-besaran telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.


Apakah dasar tersebut?

a)

Autonomi

b)

Buka pintu

c)

Keterbukaan

d)

Campur tangan

10.

Tokoh berikut telah berjasa kepada negara kita.


Dato Maharaja Lela

Dato Bahaman

Haji Abdul Rahman Limbong


Apakah jasa mereka?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Menetang Malayan Union

c)

Mencetuskan gerakan nasionalisme

d)

Menyokong perluasan imperialisme

11.

British telah memperkenalkan dasar berikut untuk mengukuhkan kedudukan politiknya di Negeri-Negeri Melayu.


Dasar Penaklukan British


Bagaimanakah British bertindak untuk memenuhi hasrat tersebut?

a)

Mengikat penduduk dengan pelbagai peraturan

b)

Mendapatkan kerjasama pemimpin tempatan

c)

Mendapatkan sokongan golongan imigran

d)

Memperkenal dasar pecah dan perintah

12.

Mengapakah British memperkenalkan perkara berikut semasa menjajah penduduk tempatan di Tanah melayu?


Sistem Cukai

Undang-Undang

Peraturan Tanah

a)

Mengajar penduduk tempatan

b)

Memaksimumkan hasil pendapatan

c)

Menyebarkan kemajuan Barat

d)

Memodenkan negara keseluruhan

13.

Maklumat berikut merupakan peraturan tanah yang diperkenalkan oleh british di Terengganu.


Setiap tanah yang dibuka mesti mendapat keizinan British

Pengenalan cukai tanah


Mengapakah masyarakat tempatan menentang peratauran tersebut?

a)

Mengambil alih kuasa pembesar

b)

Bertentangan amalan tradisi masyarakat

c)

Tanpa berunding dengan masyarakat tempatan

d)

Menghapuskan sistem pemilikan tanah orang Melayu

14.

Tokoh berikut merupakan pemimpin Iban yang telah melakukan penentangan terhadap James Brooke pada tahun 1853.


Mengapakah beliau bertindak menentang James Brooke?

a)

Penempatan orang iban dimusnahkan

b)

Orang Iban mangsa kerahan tenaga

c)

Layanan buruk terhadap orang Iban

d)

Orang Iban dianggap lanun

15.

Maklumat berikut berkaitan konsep kedaulatan yang merupakan ciri negara dan bangsa zaman Kesultanan Melayu Melaka?


Konsep kedaulatan zaman Kesultanan Melayu Melaka dikatakan berbeza daripada konsep kedaulatan negara moden pada hari ini.


Pada zaman Kesultanan Melayu melaka, Kedaulatan merujuk kepada.......

a)

Wilayah yang dikuasai

b)

Rakyat yang diperintah

c)

Raja yang memerintah

d)

Alat kebesaran diraja

16.

maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan di Malaysia.


Perlembagaan merupakan peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan.


Apakah tujuan perlembagaan tersebut?

a)

Mewujudkan kestabilan politik

b)

Menjadi panduan kepada rakyat

c)

Mengawal tingkah laku masyarakat

d)

Menjamin perlindungan kepada rakyat

17.

Perkara berikut merupakan undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Hukum Kanum Melaka

Undang-Undang Laut Melaka


Mengapakah undang-undang tersebut diwujudkan?

a)

Mencegah kegiatan jenayah

b)

Memelihara keamanan negara

c)

Mengawal salah laku pembesar

d)

Menjatuhkan hukuman terhadap pesalah

18.

Monolog berikut mungkin berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Hamid: Sebagai Rakyat yang bertanggungjawab,saya mesti mentaati raja yang memerintah negara ini.


Bagaimanakah rakyat menunjukkan tanda taat setia kepada negara?

a)

Meningkatkan ilmu pengetahuan

b)

Membayar cukai pendapatan

c)

Mengadakan gotong-royong

d)

Mengusir penjajah Barat

19.

Apakah kepentingan undang-undang berikut?


Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu



a)

Menjamin keharmonian rakyat

b)

Memperkenal pentadbiran Barat

c)

Menghalang perluasan kuasa British

d)

Memantapkan sistem raja berkuasa mutlak

20.

Perkara berikut merupakan gelaran yang digunakan oleh golongan pembesar di kelantan.


Nik

Wan


Bagaimanakah golongan tersebut mengukuhkan kewibawaan sultan?

a)

Menjalankan upacara pelantikan

b)

Menggunakan unsur mitos

c)

Memberikan kesetiaan

d)

Menyediakan kerahan tenaga