wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Revison chapter 4 sains T4- TEKNOLOGI HIJAU

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan empat tonggak kelestarian dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

a)

Tenaga

b)

Kesihatan

c)

Alam Sekitar

d)

Ekonomi

2.

Berikut adalah salah satu sektor dalam Teknologi Hijau.

a)

Sektor pendidikan

b)

Sektor pelancongan

c)

Sektor pengangkutan

d)

Sektor perindustrian

3.

Yang manakah antara berikut bukan merupakan sumber tenaga hijau?

a)

Solar

b)

Air

c)

Arang batu

d)

Angin

4.

Berikut adalah isu sosiosaintifik sektor tenaga

a)

Bekalan bahan api fosil yang berlebihan

b)

Bekalan bahan api fosil yang berkurangan

c)

Penggunaan bahan api fosil tidak terkawal

d)

Penggunaan bahan api yang tidak sistematik

5.

Mengapakah penggunaan racun serangga kimia merupakan salah satu isu sosiosaintifik sektor pertanian?

a)

Harga yang amat mahal

b)

Sukar untuk diperolehi

c)

Menjejaskan kesihatan

d)

Tidak dapat disimpan untuk tempoh yang lama

6.

Aktiviti penyahutanan dijalankan atas faktor-faktor berikut kecuali

a)

pembukaan kawasan pertanian

b)

pembinaan stesen hidro elektrik

c)

pembinaan kawasan tadahan hujan

d)

pembinaan kawasan perumahan

7.

Berikut adalah contoh kenderaan cekap tenaga melainkan

a)

Kenderaan hibrid

b)

Kenderaan hidroelektrik

c)

Kenderaan elektrik

d)

Kenderaan bahan bakar alternatif

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan jejak karbon ?

a)

Pembebasan gas oksigen hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan penurunan suhu mukabumi

b)

Pembebasan gas oksigen hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan suhu mukabumi

c)

Pembebasan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida hasil dari aktiviti manusia yang menyebabkan kenaikan suhu mukabumi

d)

Pembebasan gas karbon dioksida hasil dari aktiviti manusia

yang menyebabkan penurunan suhu mukabumi

9.

Apakah maksud Teknologi Hijau?

a)

Aplikasi produk dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam semula jadi

b)

Pembangunan dan aplikasi sistem dalam memelihara alam sekitar serta mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia

c)

Penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan sesuatu kerja dengan kadar yang sama

d)

Aplikasi peralatan dalam memelihara alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara

10.

Antara yang berikut, manakah kepentingan Teknologi Hijau?

I. Mengurangkan pengeluaran karbon

II. Mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar

III. Menjimatkan penggunaan sumber asli negara

IV. Meningkatkan ekonomi negara

a)

I dan II sahaja

b)

I dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

11.

Antara yang berikut, manakah benar tentang kesan amalan kecekapan tenaga?

I. Meningkatkan penjimatan sumber tenaga

II. Mengurangkan penjimatan sumber tenaga

III. Mengukuhkan ekonomi negara

IV. Mengurangkan pembaziran

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

12.

Antara yang berikut, manakah bukan usaha dalam pelaksanaan kecekapan tenaga?

a)

Kempen kesedaran alam semula jadi

b)

Kempen teknologi cekap tenaga

c)

Label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik

d)

Indeks Bangunan Hijau

13.

Antara yang berikut, manakah padanan yang betul terhadap sektor dan fungsinya dalam Teknologi Hijau?

a)

Sektor ICT: Fokus kepada penambahbaikan prasarana

b)

Sektor Perindustrian dan pembuatan: Fokus kepada program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga

c)

Sektor Bangunan: Fokus kepada pengawalan kadar gas karbon dioksida di udara

d)

Sektor Pengangkutan: Fokus untuk meminimumkan pembangunan sisa dan air sisa

14.

Antara yang berikut, manakah aktiviti yang menimbulkan isu sosiosaintifik terhadap alam sekitar?

a)

Memotong rumput

b)

Memburu binatang

c)

Penebangan hutan

d)

Menjala ikan di laut

15.

Antara yang berikut, manakah kesan daripada pembebasan gas rumah hijau?

I. Peningkatan suhu

II. Banjir kilat

III. Kemarau

IV. Tanah runtuh

a)

I dan II sahaja

b)

II dan II sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

I, II dan III sahaja

16.

Antara yang berikut, apakah yang dititikberatkan dalam Teknologi Hijau bagi mengatasi isu sosiosaintifik?

I. Cara tenaga digunakan

II. Cara tenaga dijana

III. Kecekapan penggunaan tenaga

IV. Agihan tenaga yang dihasilkan

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

17.

Antara yang berikut, manakah bentuk pengangkutan hijau?

a)

Berbasikal

b)

Pengangkutan awam

c)

Teksi

d)

Kenderaan individu

18.

Yang manakah antara berikut merupakan isu sosiosaintifik sektor pengangkutan?

a)

Harga kenderaan yang terlalu tinggi

b)

Pembakaran bahan api dalam enjin kenderaan membebaskan gas rumah hijau.

c)

Jumlah kenderaan berat semakin bertambah di atas jalan raya.

d)

Penggunaan sumber tenaga hijau oleh kenderaan menjejaskan kesihatan

19.

BERIKUT IALAH GAS RUMAH HIJAU KECUALI

a)

KARBON DIOKSIDA

b)

METANA

c)

KLOROFLUOROKARBON (CFC)

d)

KARBON MONOKSIDA

20.

Dalam Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa, aktiviti yang disasarkan adalah untuk meminimumkan kesan pembuangan sisa terhadap alam. Berikut adalah contoh kategori sisa KECUALI

a)

sisa rumah

b)

sisa industri

c)

sisa pembinaan

d)

sisa manusia

21.

Yang manakah antara berikut merupakan sumber tenaga boleh baharu (pilih 2)

a)

sisa tumbuhan

b)

arang batu

c)

angin

d)

radioaktif

22.

Antara Tenaga Boleh Baharu berikut, yang manakah digunakan paling meluas di Malaysia?

a)

Tenaga angin

b)

Tenaga hidro

c)

Tenaga solar

d)

Tenaga biojisim

23.

Maklumat berikut menunjukkan kesan aktiviti-aktiviti manusia ke atas alam sekitar

  • peningkatan aras laut
  • pencairan ais di Artik
  • peningkatan suhu dunia
  • tumbuhan layu dan mati

Apakah yang menyebabkan kesan-kesan di atas?

a)

hujan asid

b)

hakisan tanah

c)

pemanasan global

d)

penipisan lapisan ozon

24.

Rajah di bawah menunjukkan sejenos pencemaran dari sebuah kilang. Apakah langkah terbaik untuk mengawal pencemaran itu?

a)

tutup cerobong asap

b)

rendahkan cerobong asap

c)

tambahkan lebih banyak cerobong asap

d)

pasang penapis udara pada cerobiong asap

25.

Jagung boleh digunakan untuk menghasilkan sejenis bahan api. Apakah bahan api itu?

Corn can be used to produce a type of fuel. What is the fuel?

a)

Arang batu / Coal

b)

Bahan api bio / Biofuel

c)

Bahan api fosil / Fossil fuel

d)

Petrol / Petrol