Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Y5 bm 11月 2nd week

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

“Tiap-tiap tahun ibu akan menempah baju raya untuk saya dan adik-adik. ________ dibenarkan untuk memilih warna masing-masing," kata Zamri kepada Weng Kiat.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Saya

d)

Kami

2.

"_________ perintahkan supaya sesiapa yang tidak menjaga kebersihan ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal," titah Sultan Azim Shah.

a)

Aku

b)

Beta

c)

Kami

d)

Patik

3.

Antara amalan diet yang terkenal pada zaman ini adalah dengan mengambil hidangan yang ___________ protein.

a)

kaya

b)

tinggi

c)

rendah

d)

mewah

4.

"Saya berpendapat bahawa __________ lori sampah dapat memastikan alam sekitar di taman ini lebih bersih," kata Ranjeet dalam mesyuarat rukun tetanggga.

a)

perjalanan

b)

pengurusan

c)

perkhidmatan

d)

penghantaran

5.

Jurulatih wushu yang baharu itu _________ jurulatih kami sebelum ini kerana teknik yang digunakan hampir sama.

a)

sekaya

b)

secepat

c)

sekacak

d)

sehandal

6.

Cikgu Sherry berpesan supaya membawa beberapa _________ berus kerana akan belajar menghasilkan kaligrafi Cina.

a)

bilah

b)

buah

c)

bentuk

d)

batang

7.

Jenny bersyukur mempunyai Sanjeeta sebagai rakan karib yang sentiasa membantunya __________ dalam kesusahan.

a)

dan

b)

kerana

c)

semasa

d)

selepas

8.

Pakaian Detektif Razman yang ________ hanyalah sebahagian daripada penyamarannya sebagai pengemis untuk mengawasi suspek kes curi itu.

a)

hina-dina

b)

calar-balar

c)

cerai-berai

d)

compang-camping

9.

Pilih peribahasa yang sesuai.

"Kamu semua hendaklah bekerjasama ______," kata Cikgu Rozita kepada murid-muridnya.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai bulan dipagari bintang

c)

bagai melukut di tepi gantang

d)

bagai anjing dengan bayang-bayang

10.

Pilih peribahasa yang sesuai.

Dato' Lim __________ untuk menyumbangkan beberapa buah basikal kepada anak-anak yatim itu.

a)

ada hati

b)

sakit hati

c)

hati batu

d)

murah hati