wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA UPSR

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apabila Adam mendapat markah terendah dalam ujian Sains, ____________ bimbang dimarahi bapanya.

a)

kita

b)

dia

c)

kamu

d)

beliau

2.

Darnessa segera menanggalkan _________nya lalu berlari masuk ke dalam rumah.

a)

topi

b)

kaki

c)

kasut

d)

kepala

3.

Abu menggunakan ____________ untuk memasang palang untuk membina pondok.

a)

bebiri

b)

kekuda

c)

kekabu

d)

tetupai

4.

Darren bingkas bangun daripada kerusi ____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Amir.

a)

jika

b)

hingga

c)

apabila

d)

sejak

5.

“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Kalian

6.

“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

d)

Beta

7.

Semasa berada di Tanah Tinggi Genting, dia memakai pakaian yang tebal untuk———————— badannya.

a)

kepanasan

b)

berpanas

c)

memanasi

d)

memanaskan

8.

Murid yang ________ itu sentiasa dipuji oleh gurunya.

a)

ringan kepala

b)

ringan tangan

c)

ringan tulang

d)

ringan mulut

9.

Perbuatan ________ di pusat beli-belah tidak akan mendatangkan faedah kepada mereka.

a)

membeli-belah

b)

melihat-lihat

c)

merayau-rayau

d)

meninjau-ninjau

10.

____________, indah sungguh pemandangan di tepi pantai itu pada waktu senja!

a)

Amboi

b)

Oh

c)

Aduhai

d)

Cis

11.

Dia menyimpan semua wangnya dalam bank _______ selamat.

a)

serta

b)

supaya

c)

sementara

d)

kalau

12.

Nelayan itu terjumpa seekor ikan paus ______ di pantai Port Dickson.

a)

terbaring

b)

tertiarap

c)

terperosok

d)

terdampar

13.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Jemputlah datang ke rumah saya apabila kamu ada masa," kata Mahadi kepada Shaiful.

a)

Shaiful menjemput Mahadi melawat ke rumahnya jika ada masa.

b)

Mahadi mengundang Shaiful datang ke rumahnya apabila ada masa.

c)

Mahadi dijemput oleh Shaiful ke rumahnya pada masa lapang.

d)

Mahadi memaksa Shaiful datang ke rumahnya kalau ada masa.

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Raziq merupakan anak yang ke satu dalam keluarganya.

b)

Mak Lina rindukan anaknya yang sedang belajar di luar negara.

c)

Bunga yang ditanam oleh ibu itu cantik dan terharum sekali.

d)

Kedua-dua orang peragut itu telah diberkas oleh polis semalam.

15.

Mak Cik Fatimah membeli dua ________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani pagi tadi.

a)

ikat

b)

papan

c)

tangkai

d)

rumpun

16.

Abang terpilih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Dia akan ke _______________ untuk melapor diri pada minggu depan.

a)

sini

b)

sana

c)

itu

d)

ini

17.

Keadaan laut Pantai Batu Feringgi yang agak ________ itu berbahaya untuk aktiviti perkelahan atau mandi-manda di situ.

a)

dalam

b)

curam

c)

rendah

d)

dangkal

18.

Pinggan mangkuk di dapur itu ___________ dibasuh oleh kakak.

a)

sudah

b)

mesti

c)

pernah

d)

harus

19.

Keputusan peperiksaan UPSR _____________ diketahui pada pagi esok.

a)

sedang hendak

b)

belum pernah

c)

belum boleh

d)

akan dapat

20.

Alynna__________ ibunya memasak di dapur, ___________ kakaknya membasuh pakaian.

a)

dan ...... lalu

b)

dan ..... maka

c)

dan .... manakala

d)

dengan .... sementara