wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sediakan payung sebelum hujan

a)

berfikir sebelum mengambil tindakan

b)

memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya

c)

membuat persediaan sebelum terlambat

d)

melakukan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh

2.

Bagai pahat dengan pemukul

a)

suka membuang masa

b)

suka menangguhkan masa

c)

melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh

d)

membuat sesuatu pekerjaan hanya apabila disuruh

3.

Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan segala kesusahan tidak akan terasa lagi apabila sudah biasa mengalaminya atau melakukannya

a)

alah bisa tegal biasa

b)

alang-alang berminyak, biar licin

c)

alah membeli, menang memakai

d)

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

4.

Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan kehandalan dan kemahiran seseorang dalam menilai sesuatu benda atau perkara ialah

a)

indah khabar daripada rupa

b)

hanya jauhari yang mengenal manikam

c)

seperti harimau menyembunyikan kukunya

d)

seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul

5.

Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan usaha orang miskin yang harus bekerja keras demi kelangsungan hidupnya ialah

a)

kais pagi makan pagi, kais petang makan

petang

b)

pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air

c)

kera di hutan disusui, anak di rumah mati kebuluran

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

6.

Datuk Malik dan Datin Laili menjaga dan menyayangi Suri ...................kerana dia merupakan anak tunggal kepada pasangan tersebut

a)

bapa borek anak rintik

b)

bagai menatang minyak yang penuh

c)

bagaimana acuan, begitulah kuihnya

d)

kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

7.

Kita haruslah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Jika tidak kita akan dianggap

a)

bagai kacang melupakan kulit

b)

menatang minyak yang penuh

c)

marahkan nyamuk kelambu dibakar

d)

umpama buah kepayang, di makan mabuk dibuang sayang

8.

Semasa berbincang, mereka berhati-hati dalam memberikan pendapat. Mereka tidak mahu ada pihak yang berkecil hati

a)

menangguk di air keruh

b)

lunak gigi daripada lidah

c)

membuang garam ke laut

d)

menarik rambut di dalam tepung

9.

Peribahasa yang berikut membawa maksud nasihat yang tidak dihargai, kecuali

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

seperti belut turun ke lumpur

d)

masuk telinga kiri keluar telinga kanan

10.

Peribahasa yang berikut membawa maksud perbuatan yang salah sehingga memalukan diri sendiri, kecuali

a)

menconteng arang ke muka

b)

meludah ke langit, muka juga yang bersalah

c)

meludah air di dulang terpercik ke muka sendiri

d)

malu bertanya sesat jalan, malu mendayung perahu hayut

11.

Peribahasa yang di bawah ini menggambarkan hal-hal yang berhubung dengan kekeluargaan, kecuali

a)

air dicencang tiada putus

b)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

d)

jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya

12.

Sofea seorang yang ___________ jadilah tidak ada kawan

a)

ikat perut

b)

hidung tinggi

c)

ikat janji

d)

habis jodoh

13.

Harga pakaian di kedai itu semuanya___________

a)

iri hati

b)

ikut jejak

c)

hati emas

d)

harga mati

14.

________ Ain apabila mendapat markah yang rendah

a)

iri hati

b)

harga pokok

c)

hancur hati

d)

ibu pertiwi

15.

Kelakuan ketua itu seperti ________ kerana setelah habis semua kerja, khidmat khairul tidak diperlukan lagi

a)

habis madu sepah dibuang

b)

hilang di mata di hati jangan

c)

intan berlian jangan dipijakkan

d)

isi dada bekal berjalan

16.

Ikhwan dikatakan _________ kerana cuba mendekati Alysa walaupun perempuan itu tidak suka dia.

a)

hilang di mata di hati jangan

b)

ikan di hulu tuba di hilir

c)

ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi

d)

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

17.

Encik Haris cuba semua usaha membantu keluar abangnya yang ditimpa malang ________.

a)

itik diajar berenang

b)

ibarat perahu takkan karam sebelah

c)

jangan bersandar di batang rengas

d)

jangan berkemudi di haluan

18.

Encik Daniel seperti ________ kerana dia langsung tidak tahu kemajuan dunia.

a)

lagi lebai lagi berjanggut

b)

katak di bawah tempurung

c)

kepala yu, ekor babi

d)

lagi lauk lagi nasi

19.

Mereka sungguh kagum akan suaranya yang ________

a)

malu berani, takut jangan

b)

merdu bagai buluh perindu

c)

nasi sudah menjadi bubur

d)

nasi masak, periuk pecah

20.

Amni menyesal kerana malas belajar menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan, bagaimanapun ________

a)

pipit sama pipit enggang sama enggang

b)

naik tang bertangga, turun tak berpintu

c)

pelanduk dua serupa

d)

nasi sudah menjadi bubur