Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU PEMAHAMAN 16/11/20
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
Emak memasukkan beberapa ............. cecair perisa vanila ke dalam adunan kek itu.
titis
genggam
tompok
cubit
Semua dokumen di pejabat sekolah itu sedang ............ oleh ketua kerani agar segala urusan pentadbiran berjalan lancar.
dikemas kini
dipindah milik
dicampur aduk
dibaik pulih
Dalam ucapannya, guru besar ............. agar murid-murid tahun enam sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
mengajak
mendesak
mengajarkan
menyarankan
Adik hanya dapat makan ............... daripada kek-kek cawan itu kerana sudah kekenyangan.
sebilangan
segala
seluruh
setiap
Ikan pari yang berjaya dipancing oleh Encik Badrul itu berbentuk .......... dan mempunyai ekor yang berbisa.
tirus
leper
bujur
lonjong
Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi ............... pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
riuh-rendah
simpang-siur
kelam-kabut
bengkang-bengkok
Ibu masih menyimpan koleksi barangan .................... milik nenek sebagai kenang-kenangan.
lampau
lanjut
lama
lalu
Puan Zaleha .............. apabila melihat baju-baju yang dijual di butik yang baru dibuka itu.
putih mata
gelap mata
mata duitan
rambang mata
Emak ________________sepucuk surat kepada abang yang kini menuntut di sebuah universiti.
memberi
menghulurkan
mengirimkan
menyalurkan
Pak Abu sedang memasang ____________________kawat mata punai di sekeliling reban ayamnya.
secebis
segulung
selembar
serawan
Air sungai di belakang rumah datuk mengalir dengan ____________setiap kali hujan turun dengan lebat.
deras
cepat
cergas
pantas
"Ibu, duit __________ hilang,"kata Amin kepada ibunya.
kita
kami
saya
dia
"Jersi yanag manakah menjadi pilihan _____________?. Jersi yang berwarna putih atau yang berwarna merah?" tanya Suresh kepada Amirul.
kita
kami
kamu
kalian
Pohon kelapa yang tumbang itu telah ________________pondok kayu yang terletak di tepi sawah itu.
menghempas
menghempap
menghentak
menghantuk
Ketua Kampung Temasik berusaha untuk ______ masalah kecurian yang berlaku di kampungnya semenjak akhir-akhir ini.
penyelesaian
diselesaikan
menyelesaikan
keselesaian
Ayuni memegang tangan adiknya dengan ___ semasa melintas Jalan raya yang agak sibuk itu.
ketat
erat
kedap
mantap
Pasukan bomba bertungkus-lumus_______________ api yang marak itu.
dipadamkan
memadamkan
terpadam
Perjalanan dari Jerteh ke Pasir Puteh _________________ masa selama setengah jam.
mengambil
terambil
diambil
Di dalam gua itu terdapat sarang ___________________.
tetikus
lelabah
pepohon
Para pemandu dinasihatkan agar memandu dengan ________________ di jalan raya.
berlumba-lumba
perlahan-lahan
berhati-hati
