Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 5 - HABA DAN SUHU

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?

a)

Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.

b)

Kuantiti haba dalam sesuatu bahan.

c)

Sukatan haba yang terdapat dalam sesuatu bahan

d)

Tahap kepanasan sesuatu bahan.

2.

Unit untuk menyukat suhu ialah.....

a)

sentimeter padu (cm3)

b)

darjah celsius (oC)

c)

mililiter (ml)

d)

meter sesaat (ms-1)

3.

Antara peralatan berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat suhu? * TANDAKAN DUA.

a)
b)
c)
d)
4.

Kedudukan meniskus yang betul semasa mengambil bacaan suhu ialah.....

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah corak perubahan suhu air pada situasi B dalam masa 15 minit?

a)

Suhu menurun.

b)

Suhu tidak berubah.

c)

Suhu meningkat.

d)

Suhu meningkat, kemudian meurun.

6.

Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?

a)

Belon mengembang kerana panas.

b)

Belon bersifat kenyal.

c)

Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.

d)

Udara dalam botol bertambah apabila menerima haba.

7.

Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?

a)

Panaskan bebola logam.

b)

Rendam bebola logam dalam air.

c)

Panaskan bebola dan gelang logam.

d)

Rendam gelang logam dalam air

8.

Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok pada hari panas?

a)

Besarkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

b)

Kecilkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

c)

Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.

d)

Bina landasan keretapi yang lurus.

9.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah yang terjadi jika botol di dalam air panas dipindahkan ke bekas yang mengandungi air sejuk?

a)

Belon terus mengembang.

b)

Belon menjadi semakin kecil

c)

Belon akan meletup

d)

Saiz belon tidak berubah..

10.

Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?

a)

Rendam gelas P dalam air panas.

b)

Rendam gelas Q dalam air panas.

c)

Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.

d)

Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.

11.

Rajah menunjukkan sebahagian termometer. Berapakah bacaan suhu yang termometer itu?

a)

90 oC

b)

88 oC

c)

85 oC

d)

84 oC

12.

Bacaan termometer dalam rajah meningkat. Apakah inferens yang sesuai?

a)

Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.

b)

Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila menerima haba.

c)

Isipadu merkuri dalam bebuli termometer bertambah.

d)

Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.

13.

Antara yang berikut, yang manakah cara yang betul mengendalikan termometer?

a)
b)
c)
d)
14.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu?

a)

Binokular

b)

Mikroskop

c)

Termometer

d)

Stetoskop

15.

Unit piawai bagi suhu ialah

a)

cm

b)

ml

c)

ºC

d)

kg

16.

Berapakah bacaan termometer di atas?

a)

60 ºC

b)

62 ºC

c)

61 ºC

d)

50 ºC

17.

Mengapa tangan kamu berasa panas apabila memegang gelas yang berisi air panas?

a)

Tangan menjadi panas apabila menerima haba daripada air panas

b)

Tangan menjadi panas apabila kehilangan haba daripada air panas

c)

Tangan menjadi panas apabila tangan kehilangan haba

18.

Dalam satu penyiasatan yang dijalankan, didapati bahawa suhu air menurun apabila disejukkan dan menaik apabila air dipanaskan. Mengapa keadaan ini berlaku?

a)

Suhu meningkat apabila kehilangan haba dan suhu menurun apabila menerima haba

b)

Suhu meningkat apabila menerima haba dan suhu menurun apabila kehilngan haba

19.

Mengapakah paras air bewarna dalam salur kaca menurun apabila dimasukkan dalam bekas berisi ais?

a)

Air mengecut apabila disejukkan

b)

Air mengembang apabila dipanaskan

c)

Salur kaca megecut apabila disejukkan

d)

Salur kaca mengembang apabila dipanaskan

20.

Mengapakah bebola besi tidak dapat melalui gelang besi selepas dipanaskan?

a)

Gelang besi mengembang apabila dipanaskan

b)

Gelang besi mengecut apabila dipanaskan

c)

Bola besi megembang apabila dipanaskan

d)

Bola besi mengecut apabila dipanaskan

21.

Mengapakah kabel elektrik dipasang secara kendur?

a)

Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengembang semasa cuaca sejuk

b)

Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengecut semasa cuaca sejuk

c)

Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengambang semasa cuaca panas

d)

Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengecut semasa cuaca sejuk

22.

Apakah maksud suhu?

a)

Satu bentuk tenaga.

b)

Ukuran bagi darjah kepanasan.

23.

Apakah unit piawai bagi suhu yang digunakan secara umum di Malaysia?

a)

darjah Farenheit (°F)

b)

Darjah Celsius (°C)

c)

Kelvin (K)

d)

Rankine (°R)

24.

Mengapakah terdapat ruang kecil di antara landasan kereta api?

a)

untuk membolehkan landasan mengembang semasa cuaca panas.

b)

untuk membolehkan landasan kelihatan cantik.

c)

untuk membolehkan landasan mengecut semasa cuaca panas.

25.

Ramalkan suhu air berais?

a)

3°C

b)

30°C

c)

60°C

d)

90°C