Font size
WorksheetsFEQAH DARJAH 5
Total questions: 81
Worksheet time: 45mins
Apakah hukum mendirikan solat?
Wajib
Sunat
Makruh
Berapakah syarat sah solat orang sakit?
3
4
5
Berikut merupakan syarat sah solat orang sakit kecuali ...........
Ada keuzuran
Berdiri betul
Menghadap qiblat
Berapakah cara solat orang sakit?
3
4
5
Orang sakit boleh melakukan solat secara duduk,baring mengiring,baring menelentang atau kedudukan yang ........
Tertinggi
Termampu
Tersedar
Orang yang tidak mampu solat dengan duduk, baring mengiring atau menelentang hendaklah solat dengan ........
Berdiri
Duduk
Isyarat mata
Seseorang yang berkemampuan untuk berdiri .......... memulakan niat solat dan takbiratul ihram dalam keadaan berdiri.
Wajib
Sunat muakkad
Harus
Di antara berikut yang manakah merupakan pergerakan di dalam solat?
Menutup aurat
Yakin terhadap pertolongan Allah
Duduk antara dua sujud
Berikut merupakan hikmah solat orang sakit kecuali .....
Suci daripada hadas dan najis
Bersyukur dengan nikmat Allah
Memperolehi ketenangan jiwa
Suci daripada hadas dan najis merupakan syarat sah solat di dalam kenderaan. Berapakah bahagian najis?
1
2
3
Nabi Muhammad saw hanya solat atas tunggangannya untuk solat ...... sahaja. Apabila melakukan solat fardhu, Baginda saw turun dari tunggangannya.
Fardhu
Sunat
Kedua-duanya sekali
Solat sunat aidilfitri di lakukan pada .......
Pagi 1 Syawal
Pagi 10 Zulhijjah
Pagi 10 Muharram
Tandakan 2 solat sunat dua hari raya.
Solat sunat istikharah
Solat sunat aidil adha
Solat sunat aidilfitri
Solat sunat aidiladha dilakukan pada pagi .......
10 Zulkaedah
10 Zulhijjah
10 Syawal
Berapakah bilangan rakaat solat sunat dua hari raya?
2 rakaat
4 rakaat
6 rakaat
Apakah hukum menunaikan solat sunat dua hari raya?
Wajib
Makruh
Sunat muakkad
Berapakah bilangan takbir dan tasbih dalam rakaat pertama solat sunat dua hari raya?
5 & 4
7 & 6
8 & 7
Apakah yang mengiringi solat sunat dua hari raya?
Dua khutbah
Takbir hari raya
Tahlil
Solat sunat dua hari raya didirikan selepas terbit ........ hingga gelincir ..........
Fajar & Matahari
Matahari & Matahari
Matahari & Bulan
Menutup aurat merupakan syarat sah solat sunat dua hari raya. Manakah di antara berikut merupakan batas aurat perempuan?
Antara pusat hingga lutut
Keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan
Kedua-dua berikut
Pilih 2 hikmah solat sunat dua hari raya.
Mengagungkan kebesaran Allah
Sabar dan tabah menghadapi kesakitan
Mengeratkan hubungan silaturahim
.......... mandi, berpakaian bersih dan memakai minyak wangi sebelum menunaikan solat sunat dua hari raya.
Diharuskan
Diwajibkan
Disunatkan
Berapakah kewajipan terhadap jenazah?
3
4
5
Apakah hukum menguruskan jenazah?
Harus
Fardhu Ain
Fardhu Kifayah
Apabila seseorang muslim meninggal dunia, jenazahnya hendaklah dimandikan, dikafankan .......... & dikebumikan.
Di Sembahyangkan
Di Tangisi
Di tanam
Letakkan jenazah di tempat yang tinggi dan dalam keadaan baring ......
Mengiring
Meniarap
Terlentang
Apakah tujuan ditekan perut semasa memandikan jenazah?
Supaya keluar kotoran
Supaya keluar anak
Supaya keluar angin
Siram air yang bercampur dengan .......
Kapur tulis
Kapur barus
Kapur kasut
Kain kafan berwarna .......
Hitam
Kuning
Putih
Berapakah lapisan kain kafan?
1 @ 3 @ 5
2 @ 4 @ 5
4 @ 5 @ 6
....... menyembahyangkan jenazah orang kafir.
Sunat
Fardhu kifayah
Haram
Pilih 2 syarat jenazah yang disembahyangkan.
Jenazah orang Islam
Bukan mayat mati syahid
Jenazah orang kafir
Jenazah orang yang mati syahid tidak ....... dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.
Harus
Wajib
Sunat
Kedudukan imam ketika solat jenazah lelaki adalah bersetentang dengan ...... jenazah.
Badan
Pinggang
Kepala
Kedudukan imam ketika solat jenazah perempuan adalah bersetentang dengan ....... jenazah.
Kepala
Pinggang
Kaki
........ menyegerakan pengebumian jenazah sesudah dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.
Makruh
Sunat
Wajib
Berapakah kadar kedalaman lubang kubur?
1.8 meter
50 meter
1 cm
Puasa ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit ........ hingga terbenam matahari.
Fajar Sadiq
Matahari
Cahaya
Apakah hukum berpuasa di bulan Ramadhan?
Wajib
Haram
Makruh
Puasa Ramadhan mula diwajibkan kepada umat Islam pada tahun ...... Hijrah.
Pertama
Kedua
Ketiga
Berikut merupakan syarat wajib puasa kecuali ......
Islam
Baligh
Lelaki
Berikut merupakan perkara-perkara sunat ketika berpuasa.
Merasa makanan dengan lidah
Melewatkan makan sahur
Muntah dengan sengaja
Pilih 2 perkara makruh puasa.
Mandi berlebihan
Membaca doa sebelum berbuka
Berbekam atau mengambil darah
Lelaki yang melakukan persetubuhan pada siang hari pada bulan Ramadhan wajib qada dan ........
Fidyah
Kifarah
Kedua-duanya sekali
Orang tua yang tidak terdaya berpuasa hendaklah wajib ......
Qada' Sahaja
Fidyah sahaja
Qada' dan Fidyah
Pilih 2 puasa-puasa sunat.
Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah)
Puasa pada Hari A'syura (10 Muharram)
Puasa pada Hari Tasyrik (11,12 & 13 Zulhijjah)
Pilih 2 hari yang diharamkan berpuasa.
Puasa pada Hari Syak (sehari sebelum 1 Ramadhan)
Puasa pada Hari Tasua' (9 Muharram)
Puasa pada 1 Syawal
Tandakan 2 hikmah puasa.
Diampunkan dosa-dosa yang lalu.
Merasai kesusahan golongan fakir dan miskin.
Menghilangkan sikap bakhil dan kedekut.
....... boleh mengurangkan pahala puasa.
Bersedekah
Mengumpat
Solat
Pilih 2 pengertian zakat dari segi bahasa.
Bersih dan suci
Berkembang
Berkurang
Zakat dari segi syarak ialah kadar tertentu daripada harta yang wajib diberikan kepada ....... dengan beberapa syarat tertentu.
Asnaf
Ibu tunggal
Anak Yatim
Apakah hukum membayar zakat?
Wajib ke atas semua orang Islam
Wajib ke atas tiap² orang Islam yang cukup syarat
Tidak wajib
Pilih 2 syarat wajib zakat.
Cukup Haul
Islam
Sihat
Berapakah bahagian zakat?
1
2
3
Zakat fitrah dibayar pada bulan .......
Rejab
Syaaban
Ramadhan
Tandakan 2 jenis zakat harta.
Emas dan Perak
Pendapatan dan Gaji
Perkakas Rumah
Berikut merupakan jenis haiwan ternakan yang wajib dikeluarkan zakat ke atasnya kecuali ......
Unta
Kucing
Kambing
Pilih 2 yang termasuk di dalam harta rikaz.
Bijih Timah
Petroleum
Perniagaan
Berikut merupakan golongan yang berhak menerima zakat kecuali ....
Muallaf
Amil
Anak Yatim
Pilih 2 hikmah zakat.
Menanamkan perasaan simpati dan kasih antara sesama manusia.
Doa dimakbulkan.
Dapat menampung kecacatan yang mungkin berlaku pada ibadah puasa.
Apakah yang dimaksudkan dengan fidyah?
Ganti
Denda
Pinjam
Apakah yang dimaksudkan dengan qada'?
Hutang
Ganti
Denda
Pilih 2 kenderaan yang dibolehkan menunaikan solat di dalamnya.
Motosikal
Kapal Terbang
Kereta
اصلي سنة لعيد الفطري ركعتين لله تعالي merupakan lafaz niat solat ......
Tahajjud
Aidilfitri
Dhuha
Berikut adalah lafaz takbir
الحمد لله
الله اكبر
سبحان الله
نويت ان اغسل لهذه الميتة لله تعالي adalah lafaz niat memandikan jenazah ........
Kanak-Kanak Perempuan
Lelaki
Perempuan
Digalakkan menutup tempat-tempat tertentu dengan ...... ketika mengkafankan jenazah.
Tisu
Kain
Kapas
اصلي علي هذا الميت ........ اربع تكبيرات لله تعالي.
الطفلة
الطفل
الميتة
Meletakkan jenazah di dalam kubur dengan membaringkan ke atas lambung ........ menghadap qiblat.
Kanan
Kiri
Atas
Pilih 2 perkara yang dilarang sewaktu menziarahi kubur.
Berbual kosong
Membaca al-Quran
Bergelak ketawa
Dalil puasa terdapat di dalam surah .......
البقرة
الكهف
يس
Adakah musafir diwajibkan berpuasa?
Tidak
Ya
Tidak Pasti
Apakah 2 maksud "menahan diri" dalam tajuk pengertian puasa?
Tahan Makan
Tahan Tidur
Tahan Minum
Manakah antara berikut merupakan doa sebelum berbuka puasa.
نويت ان اغسل لهذا الميت لله تعالي
اللهم لك صمت وعلي رزقك افطرت
اصلي سنة التهجد لله تعالي
Pilih 2 perkara yang membatalkan puasa.
Mabuk/Pitam sepanjang hari
Murtad
Gosok gigi selepas gelincir matahari
Orang sakit dan musafir diharuskan berbuka puasa dan diwajibkan ........
Qada' sahaja
Fidyah sahaja
Qada' dan Fidyah
Adakah perempuan yang mengandung atau menyusukan anak boleh berbuka puasa?
Tidak boleh sama sekali
Boleh
Tidak Pasti
Apakah yang dimaksudkan dengan puasa enam pada bulan Syawal?
Puasa pada hari keenam dalam bulan Syawal
Puasa enam hari dalam bulan Syawal
Puasa enam sebelum bulan Syawal
Berapakah bayaran zakat fitrah mengikut nilai wang semasa?
RM7.00
RM8.00
RM9.00
Apakah yang dimaksudkan dengan "cukup haul"?
Cukup tenpoh masa sebulan
Cukup tempoh masa setahun
Cukup tempoh masa 2 tahun
Emas dan perak yang menjadi perhiasan perempuan ........... zakat kecuali yang berlebihan daripada sepatutnya.
Diwajibkan
Disunatkan
Tidak Diwajibkan
