wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Akidah Tingkatan 3

Total questions: 27

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Kaya dan tidak memerlukan kepada sesuatu yang lain merujuk kepada maksud.

a)

Al Qawiyyu

b)

Al Ghaniyyu

c)

Al Musowwir

d)

Al Qadir

2.

Berikut adalah bukti Allah bersifat al Ghaniyyu kecuali.

a)

Allah mencukupkan keperluan makhluk dengan kurniaanNYA

b)

Semua makhluk sentiasa berhajat kepada Allah

c)

Allah melapangkan dan menyempitkan rezeki hamba-hambaNya

d)

Allah menguasai seluruh makhluk langit dan bumi

3.

Al Razzaq dari segi bahasa bermaksud.

a)

tidak memerlukan

b)

memberi rezeki

c)

memberi keperluan

d)

memberi kemudahan

4.

Pilih pernyataan yang bukan menunjukkan Allah bersifat dengan nama Al Razzaq.

a)

Allah memberi rezeki kepada manusia dan seluruh makhluk

b)

Allah menambahkan rezeki hambaNya yang bersyukur

c)

Allah menjamin rezeki hambaNya

d)

Allah tidak berhajat kepada ketaatan makhluk

5.

• Ilmu pengetahuan • Ketenangan • keamanan

Pernyataan di atas adalah contoh bagi:

a)

rezeki berkat

b)

rezeki zahir

c)

rezeki halal

d)

rezeki batin

6.

.Berikut adalah contoh rezeki zahir kecuali.

a)

Makanan

b)

kenderaan

c)

Pakaian

d)

Keberkatan

7.

Rasul bersifat menyampaikan semua ajaran yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada mereka Pernyataan di atas merujuk kepada Rasul bersifat.

a)

Al Sidq

b)

Al Amanah

c)

Al Tabligh

d)

Al Fatanah

8.

Rasul memiliki sifat manusia biasa yang tidak mencacatkan martabat kenabian dan kerasulan mereka Pernyataan di atas merujuk kepada sifat yang _______________ bagi rasul.

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

mustahil

9.

Berbohong dan berdusta merujuk kepada sifat mustahil bagi rasul iaitu.

a)

Al Kitman

b)

Al Baladah

c)

Al Khianah

d)

Al Kizb

10.

Berikut adalah hikmah rasul dipilih dalam kalangan manusia kecuali.

a)

Menyukarkan manusia untuk beriman apabila rasul dikurniakan mukjizat

b)

Menunjukkan kemuliaan manusia yang dipilih menjadi khalifah di muka bumi

c)

Menjadi ujian kepada manusia sama ada menerima kebenaran rasul atau tidak

d)

Rasul dapat menunjukkan contoh ikutan yang sempurna

11.

Maksud Ismah Al rasul dari segi bahasa ialah.

a)

terpilih melakukan kebaikan

b)

terpelihara dari sesuatu keburukan

c)

keistimewaan yang melemahkan

d)

kecekalan hati menghadapi ujian

12.

Pilih pasangan nabi dan mukjizat yang betul dari pernyataan di bawah

a)

Nabi Sulaiman – unta yang sempurna sifat keluar dari batu

b)

Nabi Soleh – memerintah angin yang membawa baginda ke tempat jauh

c)

Nabi Isa – menghidupkan burung yang diperbuat dari tanah lalu meniupnya

d)

Nabi Daud – Tongkat baginda bertukar menjadi ular kemudia menelan ular jelmaan tukang sihir

13.

Berikut adalah contoh kecekalan nabi Musa kecuali

a)

Berlawan dengan tukang sihir Firaun

b)

Berhadapan dengan Firaun iaitu pemerintah Mesir yang zalim

c)

Berhijrah ke Palestin bersama kaum Bani Israil yang degil dan ingkar

d)

Ditentang oleh Yahudi sehingga mereka membuat konspirasi untuk membunuh baginda

14.

Berikut ialah rasul-rasul Ulul Azmi kecuali.

a)

Nabi Ibrahim

b)

Nabi Nuh

c)

Nabi Isa

d)

Nabi Yusof

15.

Pilih pernyataan yang bukan tugas-tugas rasul.

a)

Menjadi saksi terhadap umat manusia sama ada beriman atau tidak

b)

Menyembunyikan berita azab daripada orang ingkar dan kafir

c)

Menyeru umat manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah

d)

Menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada umat manusia

16.

Anak saudara nabi Ibrahim • Diutuskan kepada kaum Sadum yang melakukan maksiat liwat • Kaum Sadum dihapuskan dengan hujan batu dan terbalikkan bumi Pernyataan di atas merujuk kepada nabi.

a)

Musa

b)

Soleh

c)

Yusuf

d)

Luth

17.

Nabi Ibrahim digelar sebagai ________________ kerana ramai nabi dan rasul lahir dari keturunan baginda

a)

Abu Al Basyar

b)

Khatim al Nabiyyin

c)

Sayyid al Mursalin

d)

Abu al Anbiyak

18.

Nabi yang telah ditelan oleh ikan Nun ialah Nabi....

a)

Nabi Ishak

b)

Nabi Yaakub

c)

Nabi Ilyas

d)

Nabi Yunus

19.

Nabi yang telah diuji dengan kehilangan harta, anak dan mendapat penyakit yang lama ialah.

a)

Nabi Ismail

b)

Nabi Ayub

c)

Nabi Idris

d)

Nabi Hud

20.

Nabi yang dikurniakan mukjizat boleh melenturkan besi ialah

a)

Nabi Harun

b)

Nabi Sulaiman

c)

Nabi Zulkifli

d)

Nabi Daud

21.

Hari berkekalan merujuk kepada nama.

(a)  

22.

Balasan buruk yang dijanjikan Allah kepada orang yang melanggar perintahNya merujuk kepada maksud.

(a)  

23.

Selepas seseorang itu mati rohnya akan ditempatkan di.

(a)  

24.

Perhitungan amalan manusia dalam perbicaraan di Mahsyar merujuk kepada maksud.

(a)  

25.

Bersifat amanah dalam sesuatu pekerjaan • Bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan • Sanggup berkorban masa, harta dan jiwa.

Pernyataan di atas merujuk kepada kesan beriman kepada hari akhirat dari aspek.

(a)  

26.

Tekun melaksanakan ibadat kepada Allah kerana mengharapkan rahmat Allah.

Penyataan diatas merujuk kepada kesan beriman kepada qadak dan qadar dari aspek

(a)  

27.

Menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah dan yakin bahawa hanya Allah yang menentukan keberhasilan perkara tersebut merujuk kepada pengertian.

(a)