Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Suruhanjaya

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Suruhanjaya terdiri daripada beberapa orang yang dilantik oleh kerajaan untuk melakukan tugas tertentu. Berikut merupakan tugas penubuhan suruhanjaya, kecuali...

a)

Membolehkan sesuatu pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal awam dilaksanakan dengan baik dan betul

b)

Mengkaji dan menyelidik sesuatu objektif yang dilaksanakan agar sesuai dan berkesan

c)

Memberi keyakinan tentang kredibiliti suruhanjaya untuk menjalankan tugas dengan cekap dan memastikan kualiti pekerjaan yang tinggi

d)

Mengaudit dan mengesahkan penyata kewangan dan melaporkan hasil pemeriksan laporan kepada pihak yang terlibat

2.

Pilih pernyataan yang betul berkenaan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)


I. Menasihat dan membantu kerajaan merumus perundangan dan tatacara serta tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah hak asasi

II. Memupuk kesedaran tentang hak asasi manusia serta mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan mengedarkan hasil penyelidikan

III. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemuan kesalahan rasuah

IV. Meneliti aduan bagi menentukan kesahihan pelanggaran hak asasi manusia

a)

I & II sahaja

b)

II, III & IV

c)

I, II & III

d)

I, II & IV

3.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ditubuhkan pada 31 Ogos 1957.


Berikut merupakan peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kecuali...

a)

Melantik anggota dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan

b)

Melantik Ketua Hakim Negara

c)

Mengambil tindakan tatatertib bagi kakitangan perkhidmatan awam

d)

Mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan awam

4.

I. Mengesahkan dan memasukkan ahli pasukan dalam jawatan tetap dan berpencen

II. Memastikan perjalanan penguatkuasaan pihak terlibat dijalankan secara teratur

III. Meningkatkan taraf dan memodenkan pasukan yang terlibat

IV. Berunding dengan orang lain yang bukan ahli


Berikut merupakan peranan bagi suruhanjaya...

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b)

Suruhanjaya Polis

c)

Majlis Angkatan Tentera

d)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

5.

I. Menguatkuasa dalam penggantungan lesen kenderaan

II. Mengawasi perjalanan tugas yang betul dan tatatertib ahli-ahli dalam perkhidmatan undang-undang

III. Memantau & mengawal selia tahap dan perkhidmatan yang diberikan oleh operator melalui perlesenan

IV. Melakar pelan induk yang bersepadu kepada pembangunan infrastruktur


Pilih pernyataan yang benar berkenaan peranan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

a)

I, II, IV

b)

II, III & IV

c)

I, II & III

d)

I, III & IV

6.

Suruhanjaya Pilihan Raya diwujudkan di bawah Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958 ( Akta 19).

Berikut merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh SPR, kecuali...

a)

Memecat anggota pilihan raya

b)

Membuat kajian dan persempadanan semula

c)

Memastikan perjalanan pilihan raya dijalankan secara adil

d)

Mendaftarkan pemilih yang sah & layak

7.

I. Membuat perlantikan dalam perkhidmatan perguruan

II. Mengawal tatatertib dan hukuman yang dikenakan ke atas pegawai perkhidmatan awam.


Berdasarkan pernyataan di atas, suruhanjaya yang manakah perlu melaksanakan tanggungjawab tersebut?

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

c)

Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

d)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

8.

Berikut merupakan peranan yang perlu dimainkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kecuali...

a)

Membanteras segala bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berterusan

b)

Mengawal tatatertib dan hukuman bagi kakitangan perkhidmatan pelajaran

c)

Mendedahkan orang awam menentang rasuah

d)

Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan penemua kesalahan penyalagunaan kuasa.

9.

Melantik anggota Perkhidmatan Awam bagi Negeri Negeri Sembilan, Perlis, Melaka & Pulau Pinang


Berdasarkan pernyataan di atas, suruhanjaya yang manakah perlu memainkan peranan tersebut?

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

c)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri

d)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

10.

Siapakah pegawai yang mengetuai Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Datuk Dr. Seri Noor Hisham

b)

YBHG. Tan Sri Dr Khair bin Mohammad Yusof

c)

YBHG. Datuk Abdul Ghani bin Salleh

d)

Tan Sri Othman Hashim