wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tajwid Tahun 5 (Mad Iwadh/Mad Tamkin/Mad Silah Qasirah)

Total questions: 25

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pengertian Mad Iwadh?

a)

Apabila bertemu dua huruf ya' di dalam satu kalimah.

b)

Apabila ha' dhomir berbaris bawah atau depan bertemu dengan huruf selain hamzah qata'.

c)

Apabila mewaqafkan bacaan pada akhir kalimah yang berbaris tanwin diatas kecuali pada huruf ta' marbutah.

d)

Memberhentikan bacaan dengan mengambil nafas yang baharu.

2.

Qadar panjang bacaan Mad Iwadh adalah...

a)

2 harkat.

b)

4 harkat.

c)

5 harkat.

d)

6 harkat.

3.

Menukarkan baris tanwin kepada huruf alif adalah cara membaca...

a)

Mad Lin.

b)

Mad Lazim Harfi Mukhaffaf.

c)

Mad Tamkin.

d)

Mad Iwadh.

4.

Pilih misal- misal yang betul bagi Mad Iwadh.

a)

مِهَادًا

b)

حُيِّيتُم

c)

أَوْتَادًا

d)

إِنَّهُ, كَانَ

5.

Mad Iwadh hanya berlaku ketika...

a)

waqaf sahaja.

b)

wasal sahaja.

c)

apabila terdapat ta' marbutah di akhir kalimah.

d)

ha' dhomir bertemu dengan hamzah qata'.

6.

Berikut merupakan misal yang salah tentang Mad Iwadh kecuali..

a)

عَلِيمٌ

b)

إِنشَآءً

c)

بِالسَّاعَةِ

d)

عِلِّيِّينَ

7.

"Apabila bertemu dua huruf ya' di dalam satu kalimah, ya' pertama berbaris bawah dan bertashdid manakala ya' kedua mati"

Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian..

a)

Mad Iwadh.

b)

Mad 'Aridh Lissukun.

c)

Mad Tamkin.

d)

Mad Wajib Mutasil.

8.

Pilih pernyataan yang benar tentang qadar panjang bacaan Mad Tamkin.

a)

4 harkat.

b)

6 harkat.

c)

4 atau 5 harkat.

d)

2 harkat.

9.

Mad Tamkin termasuk di dalam kategori mad..

a)

badal.

b)

asli.

c)

lazim.

d)

farqu.

10.

Hukum Mad Tamkin hanya terdapat pada _____ kalimah sahaja di dalam al Quran.

a)

tiga

b)

satu

c)

lima

d)

tujuh

11.

Manakah bukan misal Mad Tamkin?

a)

كَثِيرًا

b)

حُيِّيتُم

c)

وَالْأُمِّيِّينَ

d)

عِلِّيِّينَ

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Silah Qasirah?

a)

Apabila ha' dhomir berbaris bawah atau depan bertemu dengan huruf selain hamzah qata'.

b)

Apabila huruf lin bertemu dengan huruf mati kerana waqaf.

c)

Apabila mewaqafkan bacaan pada akhir kalimah yang berbaris tanwin di atas kecuali pada huruf ta' marbutah.

d)

Apabila ha' dhomir berbaris bawah atau depan bertemu dengan hamzah qata'.

13.

Berapakah qadar panjang bacaan Mad Silah Qasirah?

a)

2 harkat.

b)

4 harkat.

c)

4 atau 5 harkat.

d)

6 harkat.

14.

Manakah contoh Mad Silah Qasirah ha' dhomir berbaris bawah?

a)

فَسَبِّحْ

b)

إِنَّهُۥ كَانَ

c)

بِهِۦ رَيۡبَ

d)

فَضْلُ الّلهِ

15.

Mad Silah Qasirah, Mad Tamkin dan Mad Iwadh dikategorikan sebagai..

a)

Mad Jaiz Munfasil.

b)

Mad Lazim.

c)

Mad Asli.

d)

Mad 'Aridh Lissukun.

16.

Cara membaca Mad Iwadh adalah dengan...

a)

dengung.

b)

menukarkan baris tanwin kepada ta' marbutah.

c)

menukarkan baris tanwin kepada huruf alif.

d)

idgham berserta dengung.

17.

Mad Iwadh ialah apabila ____________ bacaan pada akhir kalimah yang berbaris tanwin di atas kecuali pada huruf ta' marbutah.

a)

mewaqafkan

b)

mewasalkan

c)

mendengungkan

d)

memasukkan

18.

Mad terbahagi kepada _________ bahagian.

a)

4

b)

3

c)

2

d)

1

19.

Memanjangkan bacaan atau suara pada huruf- huruf mad adalah erti bagi..

a)

waqaf.

b)

mad.

c)

ibtida'.

d)

nun sakinah.

20.

Pilih bahagian Mad Asli yang betul.

a)

Tanwin.

b)

Mad Asli Kalimi.

c)

Mad Asli Harfi.

d)

Mad Farqu.

21.

Apakah huruf mad?

a)

ا

b)

و

c)

ص

d)

ي

22.

أَهۡلِهِۦ مَسۡرُورٗا adalah misal...

a)

Mad Iwadh.

b)

Mad Silah Qasirah.

c)

Mad Silah Towilah.

d)

Mad Tamkin.

23.

Zaid sedang mengaji al Quran. Dia ingin mewaqafkan bacaannya pada kalimah أَوْتَادًا di akhir kalimah.

Berapakah qadar panjang bacaan yang perlu dilakukan oleh Zaid?

a)

6 harkat.

b)

5 harkat.

c)

4 harkat.

d)

2 harkat.

24.

Setelah itu, Zaid terjumpa pula kalimah إِنَّهُۥ كَانَ yang merupakan misal Mad Silah Qasirah.

Berapakah qadar panjang bacaan yang perlu Zaid lakukan?

a)

1 harkat.

b)

2 harkat.

c)

3 harkat.

d)

4harkat.

25.

Adik Zaid juga sedang membaca al Quran. Dia terjumpa kalimah حُيِّيتُم semasa membaca surah An-Nisa' ayat 86.

Apakah hukum tajwid pada kalimah حُيِّيتُم?

a)

Mad Iwadh.

b)

Mad Lin.

c)

Mad Tamkin.

d)

Mad 'Aridh Lissukun.