Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU - SINONIM
Total questions: 55
Worksheet time: 28mins
Kami menangguhkan permainan itu kerana hujan renyai-renyai.
Sinonim bagi renyai-renyai
lebat-lebat
titik-titik
rintik-rintik
sikit-sikit
Beberapa ekor burung nuri hinggap di atas dahan pokok jambu.
Sinonim bagi hinggap.
tenggek
duduk
tidur
beratur
Meor menangis kerana dia kehilangan wangnya.
Sinonim bagi wang.
bekal
duit
makanan
ringgit
Rumah kayu di kampungitu terbakar dijilat api.
Sinonim bagi terbakar.
panggang
hangus
rentung
hangit
Saya melihat seekor ular menelan seekor katak.
Sinonim menelan.
melulur
menjilat
menerkam
meratah
Soalan yang dikemukakan oleh Cikgu Nazmi sangat susah.
Sinonim bagi susah.
teruk
parah
payah
kuat
Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
kuat
berani
gentar
kasar
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
layu
hidup
kuncup
kembang
Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
leka
lena
mudah
selesa
Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
sepi
nyata
jelas
kabur
Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.
riuh
hiba
tenang
lengang
Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.
menelan
mematuk
memakan
memagut
Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.
laju
yakin
tegas
petah
Encik Abdullah sekeluarga akan berhijrah ke Sabah pada bulan hadapan.
beralih
berpindah
bertandang
berangkat
Kami menikmati panorama indah di Pulau Tioman itu ketika berkunjung ke sana pada hujung tahun lepas.
mendapati
menggemari
menghayati
mengingati
Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
leka
lena
mudah
selesa
Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.
wasiat
arahan
utusan
siasatan
Air Sungai Kerian telah mencecah ke paras bahaya, kata ketua kampung.
tiba
tepat
dekat
sampai
Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Long minggu depan, kata Fauzan.
urusan
halangan
sekatan
bantahan
2.Walaupun ubi kayu itu direbus selama 30 minit, ubi kayu itu masih______.
empuk
keras
Pemuda itu kelihatan bergaya apabila memakai sepasang baju Melayu.
Pilih perkataan sinonim bagi bergaya.
segak
kemas
molek
tegap
Pak Samad bermandi peluh kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari.
Pilih perkataan sinonim bagi gigih.
tegap
tekun
tekad
tegas
Undang-undang lama akan terbatal apabila undang-undang baharu diperkenalkan.
Pilih perkataan sinonim bagi terbatal .
termaktub
termansuh
terkecuali
terpakai
Datuk Suren telah mengemukakan usul dalam mesyuarat pada pagi tadi.
Pilih perkataan sinonim bagi usul.
rumusan
cadangan
rancangan
keterangan
Kejadian aneh yang berlaku di pekan itu menarik perhatian orang ramai.
Pilih perkataan sinonim bagi aneh.
takjub
hairan
sulit
pelik
Para pemandu kenderaan diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu.
Pilih perkataan sinonim bagi berhati-hati .
berwaspada
berjimat
cermat
teliti
Akhirnya, muslihat pasukan lawan diketahui juga.
Pilih perkataan sinonim bagi muslihat.
taktik
rahsia
ancaman
tipu daya
"Kamu sudah besar tetapi mengapakah fikiran kamu dangkal sangat?" Puan Malini berleter kepada anaknya.
Pilih perkataan sinonim bagi dangkal.
lemah
cetek
tumpul
kurang
"Kami tidak terlibat dalam pergaduhan itu,cikgu," kata Lim dan Gopal.
pilih perkataan sinonim bagi terlibat.
bercampur
termasuk
terbabit
terkecuali
Penduduk di perkampungan orang asli itu masih mengekalkan adat perkahwinan tradisi mereka.
Pilih perkataan sinonim bagi mengekalkan.
membaiki
melaksanakan
memelihara
mengutamakan
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Pembonceng motosikal itu nyaris-nyaris dilanggar oleh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
jauh-jauh
rapat-rapat
dekat-dekat
hampir-hampir
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Cikgu Haishah sudah jelak dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Khairi.
loya
akur
jemu
biasa
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Pembonceng yang terlibat dalam kemalangan itu terpelanting ke seberang jalan.
terbiar
tercampak
terseret
terperosok
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Membaca akhbar sudah menjadi rutin harian ayah.
minat
kelainan
kesukaan
kelaziman
Pilih sinonim bagi perkataan yang bergaris.
Tok Wan sedang menjirus pokok bunga di halaman rumah.
membaja
mencabut
menyiram
membajak
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Othman duduk berlunjur sambil menahan kesakitan pada kakinya akibat kemalangan.
beriba
bersila
bersandar
bersimpuh
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
"Parang yang tajam itu mesti disimpan dalam laci," pesan Pak Long.
ngilu
tumpul
runcing
buruk
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Beberapa orang gadis yang menyertai pertandingan itu sudah kandas pada pusingan awal lagi.
dapat
gagal
berjaya
mengalah
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Pokok-pokok renek ini sudah berusia hampir 10 tahun.
tinggi
pendek
besar
lonjong
Pilih antonim bagi perkataan yang bergaris.
Kami sukar membuat pilihan kerana kesuntukan waktu.
payah
lalai
susah
senang
Abang menggali lubang di belakang rumah.
Sinonim bagi menggali.
menimbus
mendalamkan
menambun
mengorek
Kanak-kanak yang bijak itu mendapat hadiah tempat pertama.
Sinonim bagi bijak.
bongok
sejahtera
cerdik
comel
Ramli mengenakan sepasang baju melayu berwarna hijau.
Sinonim bagi mengenakan.
memakai
memakaikan
menjahit
membasuh
Kelapa yang sudah tua berwarna coklat.
Sinonim bagi tua.
muda
sedang
ranum
matang
Para peserta wisata ke Singapura dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan.
Sinonim bagi wisata.
rombongan
perkampungan
istirahat
sukan
Pak Tua gigih mengerjakan sawah hingga mengalir keringat.
Sinonim bagi keringat.
darah
peluh
air mata
air liur
Abang menggondolkan kepalanya di sebuah kedai tukang pangkas.
Sinonim bagi pangkas.
pangkah
bengkel
gunting
belati
Semua orang terpegun melihat pengantin yang sangat ayu itu.
Sinonim bagi ayu.
molek
kacak
jelita
kurus
Darwish dan keluarganya berpiknik di Lata Bayu.
Sinonim bagi berpiknik.
berkelah
berkhemah
berdansa
berbual
Perasaan Mardhiah menjadi sayu apabila mendengar berita sedih itu.
Sinonim bagi sayu.
sayang
suka
teruja
gundah
Kakak Uzma menghadiahkan sejambak bunga kepada Syahira.
Sinonim bagi sejambak.
sekuntum
sebatang
sejambangan
sehelai
Puan Salwani menyusun buku-buku di rak mengikut jenisnya.
Sinonim bagi menyusun.
mengatur
melambak
mengumpul
mengambil
Wahyun Yuha dibenarkan oleh ayahnya menyertai lawatan penanda aras ke Singapura.
Sinonim bagi dibenarkan.
ditegah
titakdirkan
disahkan
diizinkan
Periuk nasi yang lama itu telah tembus.
Sinonim bagi tembus.
pecah
lubang
bocor
tiris
Perkataan seerti bagi HUTAN ialah _________.
rimba
taman
padang
