wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang Kaji PKP (Bab 1/Tingkatan 1)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah sejarawan yang dimaksudkan berdasarkan pernyataan berikut:


"Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan."

a)

E.H. Carr

b)

Ibn Khaldun

c)

Khoo Kay Kim

d)

Muhd Yusof Ibrahim

2.

Apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk mengkaji sumber sejarah berikut?

a)

Lisan

b)

Bertulis

c)

Arkeologi

d)

Pandang dengar

3.

Apakah tujuan kita mempelajari sejarah?


I Mengenal asal usul

II Membenci kuasa asing

III Menanamkan sifat kesukuan

IV Memupuk semangat patriotisme

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Perkataan historia berasal daripada

a)

bahasa Itali

b)

bahasa Yunani

c)

bahasa Inggeris

d)

bahasa Portugis

5.

Berikut merupakan sumber sekunder kecuali


I buku

II majalah

III artifak

IV batu bersurat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Antara kaedah penyelidikan sejarah ialah

a)

Kaedah bertulis

b)

Kaedah lisan

c)

Kaedah pandang dengar

d)

Kaedah merebus

e)

Kaedah arkeologi

7.

Apakah persamaan tokoh berikut dari segi sumbangan dalam bidang sejarah?


  • E.H. Carr
  • Herodotus
  • Ibn Khaldun
a)

Mendefinisikan sejarah

b)

Mengumpul buku sejarah

c)

Menulis buku teks sejarah

d)

Mengarang sejarah Malaysia

8.

Jadual merujuk kepada konsep masa dalam sejarah.


X - Jangka masa sepuluh tahun

Alaf - Jangka masa seribu tahun


Apakah X?

a)

Dekad

b)

Zaman

c)

Hijrah

d)

Masihi

9.

Mengapakah sejarawan perlu mengumpul sumber sejarah?

a)

Memberi hujah

b)

Menulis sejarah

c)

Mendapat ilham

d)

Membuat laporan

10.

Di manakah anda boleh melihat tinggalan sejarah berikut?


  • Artifak
  • Peta lama
a)

Istana Negara

b)

Muzium Negara

c)

Memorial Negara

d)

Perpustakaan Negara

11.

Apakah sumber sekunder yang perlu dirujuk oleh Rayyan untuk mengkaji sejarah negeri Perak?

a)

Rangka Perak Man

b)

Buku Salasilah Perak

c)

Peralatan Zaman Prasejarah

d)

Menemu bual pemimpin Perak

12.

Mengapakah tarikh 31 Ogos merupakan tarikh bermakna kepada negara kita?

a)

Laungan kemerdekaan bergema

b)

Ulang tahun kemerdekaan negara

c)

Bendera Malaysia pertama kali dikibarkan

d)

Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu

13.

Mengapakah berlaku perbezaan tafsiran dalam sejarah?


I Tujuan penulisan

II Perbezaan ideologi

III Sumber yang terhad

IV Pengaruh orang sumber

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah peristiwa sejarah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita?

a)

Pembukaan Melaka

b)

Peristiwa pendudukan Jepun

c)

Pengisytiharan kemerdekaan

d)

Perasmian bangunan sekolah

15.

Apakah catatan yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M?

a)

Teknik peperangan

b)

Sistem pentadbiran

c)

Hukum agama Islam

d)

Kaedah perdagangan