WorksheetsKUIZ EKONOMI PENDAPATAN INDIVIDU
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Upah benar adalah
sejenis pendapatan yang diterima oleh individu
berhubung secara langsung dengan upah wang
dipengaruhi oleh tingkat harga purata barang dalam pasaran
baki upah wang setelah ditolak dengan caruman KWSP dan cukai pendapatan
Untung adalah ganjaran yang diterima oleh usahawan kerana
menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang
membenarkan orang lain mengurus perniagannya
menabung dalam institusi kewangan Islam
menyelaras faktor-faktor pengeluaran
Mengapakah pemberi pinjaman perlu dibayar ganjaran faedah?
Meningkatkan daya produktiviti
Menampung kekurangan wang semasa
Menambah keuntungan pada masa depan
Menanggung risiko pinjaman tidak dibayar balik
Yang manakah antara yang berikut merupakan bayaran pindahan?
Sewa tanah
Wang pampasan
Dividen Amanah Saham Bumiputera
Faedah tabungan
Antara berikut, pendapatan yang manakah diterima oleh seorang individu tanpa menggunakan faktor pengeluaran?
Sewa
Upah
Wang saku
Dividen
Antara yang berikut, yang manakah faedah sampingan?
Peluang kenaikan pangkat
Rawatan perubatan
Pejabat berhawa dingin
Upah
Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh individu yang bekerja sendiri?
Upah
Untung
Pencen
Sewa
En Ali berkelulusan Ijazah Undang-undang tetapi memilih bekerja sebagai seorang Guru Tadika.Faktor pemilihan pekerjaan manakah yang mendorong En Ali berbuat demikian?
Upah
Faedah sampingan
Prospek pekerjaan
Kepuasan pekerjaan
Encik Azam menerima bantuan akibat banjir semasa monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Pendapatan yang diterima oleh Encik Azam ialah
Upah
Elaun
Komisen
Bayaran pindahan
Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma.
Output : 1 000 unit
Harga jualan seunit : RM15.00
Kos purata : RM10.00
Berapakah untung firma tersebut?
RM5 000
RM10 000
RM15 000
RM25 000
